Anjing pemburu Artois

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing pemburu Artois
Anjing pemburu Artois
Nama lainPicard
Briquet
Negara asalPerancis
Trait
Berat 28–30 kg (62–66 lb)
Tinggi 53–58 cm (21–23 in)
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing pemburu Artois atau anjing Artois[a] ialah satu baka anjing bersaiz sederhana. Sebagai anjing pemburu bau, anjing pemburu Artois dibiakbakakan di Perancis utara sebagai pemburu kawanan. Ia merupakan baka jarang kini tetapi pernah popular di Perancis sebelum abad ke-20. Baka ini dibiakbakakan secara bersilang dengan banyak dan terpaksa dibina semula pada tahun 1970-an untuk lebih menyerupai baka dalam sejarah.

Ciri[sunting | sunting sumber]

Anjing pemburu Artois ialah anjing berotot bersaiz sederhana yang kira-kira setinggi 53–58 sentimeter (21–23 in) pada paras kelasa dan seberat 28–30 kilogram (62–66 lb). Ia mempunyai muncung berbentuk segi empat sama dan telinga panjang tergantung rendah. Ekornya panjang dan terangkat ke arah atas dalam bentuk "sabit". Lapis bulunya pendek dan biasanya triwarna perang kekuning-kuningan gelap, "serupa dengan kelinci atau bejar".[1][2]

Sebagai anjing pemburu bau, anjing pemburu Artois ialah pemburu kawanan kecil dengan naluri kawanan kuat. Ia telah digunakan untuk memburu buruan kecil, serta rusa dan babi hutan. Seperti banyak hound, ia mempunyai salakan merdu lantang.[3][4][5]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Anjing pemburu Artois adalah dari Artois, di Perancis utara. Anjing dengan nama serupa dirujuk seawal tahun 1609, dengan Putera Alexandre de Gray yang menyebut "sekawan anjing kecil Artois" dalam sepucuk surat.[6]

Semasa abad ke-19, anjing pemburu Artois semakin kerap disilangkan dengan baka-baka British.[6] Le Couteulx de Canteleu, dalam Manuel de Vénerie Française (1890), ("Manual Perburuan Perancis"), menulis bahawa anjing pemburu Artois baka tulen semakin sukar ditemukan tetapi baka ini kekal sebagai salah satu baka terbaik untuk pemburuan kelinci.[1][2] Pada tahun 1880-an, Ernest Levair di Picardie telah mencuba pengasasan semula jenis lama anjing pemburu Artois.[6] Seorang lagi pembiak baka terulung yang sezaman dengan Levair, iaitu Mallard, juga membiakbakakan anjing pemburu Artois, tetapi anjing-anjing beliau jauh kurang serupa dengan gambaran bersejarah bagi baka ini.[1][2] Walau bagaimanapun, atas semua usaha mereka, Perang Dunia Kedua sangat kuat menjejaskan baka ini dan, selepas peperangan itu, anjing pemburu Artois dipercayai belum pupus.[6]

Pada tahun 1970-an, segelintir peminat,[3] khususnya Audrechy, membuat keputusan untuk mengasaskan baka ini semula daripada segelintir spesimen tersisa, termasuk yang milik Prince de Condé. Atas jasa mereka, anjing pemburu Artois zaman kini lebih dekat menyerupai yang asli.[6]

Anak anjing pemburu Artois, berusia tiga bulan

Anjing pemburu Artois moden diiktiraf oleh FCI dan United Kennel Club.[4][1][2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو ارتوا; انجيڠ ارتوا; Perancis: chien d'Artois; bahasa Inggeris: Artois hound

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "Standard FCI N° 28 CHIEN D'ARTOIS" [Piawaian FCI No. 28 Anjing Pemburu Artois] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Perancis). 24 Julai 1996. Dicapai pada 19 Disember 2023.
  2. ^ a b c d "FCI-Standard N° 28 CHIEN D'ARTOIS (Artois Hound)" [Piawaian FCI No. 28 Anjing Pemburu Artois] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Peggy Davis. 25 November 1996. Dicapai pada 19 Disember 2023.CS1 maint: others (link)
  3. ^ a b Arthus-Bertrand, Yann (1993). Dogs (dalam bahasa Inggeris). Cassel & Co. m/s. 384. ISBN 0-304-35630-1.
  4. ^ a b "Breed Standards : Chien d'Artois". United Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Disember 2023.
  5. ^ Morris, Desmond (2002). Dogs : the ultimate dictionary of over 1,000 dog breeds (dalam bahasa Inggeris). Internet Archive. North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Pub. ISBN 978-1-57076-219-2.
  6. ^ a b c d e Wilcox, Bonnie; Walkowicz, Chris (1989). The Atlas of Dog Breeds of the World (dalam bahasa Inggeris). T.F.H. Publications. m/s. 278–279. ISBN 978-0-86622-899-2.

Sumber lain[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]