Anjing pemburu Hamilton

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing pemburu Hamilton
Anjing pemburu Hamilton jantan
Nama lainAnjing pemburu rubah Sweden
Foxhound Sweden[a]
Nama ringkasHamilton
Negara asalSweden
Trait
Tinggi Jantan 53–61 cm (21–24 in)
Betina 49–57 cm (19–22 in)
Bulu Lapis bawah pendek, rapat, dan lembut, amat tebal semasa musim sejuk; Lapis bulu atas sangat tahan cuaca terletak rapat dengan badan
Warna Triwarna
Jangka hayat 10–13 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing pemburu Hamilton[b] ialah satu baka anjing pemburu bau yang pada asalnya dikembangkan oleh pengasas Kelab Kenel Sweden, Count Adolf Hamilton. Leluhurnya menyertakan beberapa ekor anjing pemburu Jerman serta anjing pemburu rubah Inggeris dan harrier. Baka ini diiktiraf oleh Kelab Kenel Sweden, Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI), dan Khidmat Ternakan Asasi American Kennel Club.

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Ciri[sunting | sunting sumber]

Anjing pemburu Hamilton ialah anjing bersaiz sederhana dengan bingkai cukup seimbang dan berotot. Ia mempunyai lapis bulu pendek dan padat yang triwarna, biasanya menampilkan gabungan tanda hitam, sawo matang, dan putih. Penampilan distingtif baka ini, sekali dengan gaya jalan anggunnya, mencerminkan kedua-dua keupayaan fungsi dan daya tarikan estetiknya.[1][2] Anjing jantan patut setinggi 53–61 sentimeter (21–24 in) dan betina setinggi 49–57 sentimeter (19–22 in).[1] Ia pada umumnya berukuran seberat 23–27 kilogram (51–60 lb).[3]

Perangai[sunting | sunting sumber]

Anjing pemburu Hamilton, yang terkenal keran deria bau tajam dan kemahiran perburuannya, dibiakbakakan untuk memburu kelinci dan rubah,[4] terutamanya dalam menjejak bau bersendirian[5] di pelbagai rupa bumi Sweden, termasuk hutan tebal, padang terbuka, atau gunung berceranggah.[perlu rujukan] Deria bau tajam anjing pemburu Hamilton membolehkannya menjadi cemerlang dalam kebanyakan tugas perburuan; walau bagaimanapun, ia telah dibiakbakakan untuk enggan menjejak rusa.[6]

Anjing pemburu Hamilton ramah dan mempunyai sifat suka bergaul. Walaupun ia mempunyai naluri perburuan kuat, ia juga merupakan teman setia dan penyayang. Baka ini cenderung untuk menjalin ikatan kuat dengan anggota keluarganya dan pada umumnya baik dengan kanak-kanak. Walau bagaimanapun, baka ini dapat menjadi degil dan sosialisasi dan pelatihan awal adalah penting untuk memastikan bahawa naluri perburuan anjing disalurkan dengan betul.[6][7]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Anjing pemburu Hamilton dari 1915

Penggunaan anjing pemburu bau di Sweden bertarikh kembali sekurang-kurangnya ke tahun 1500-an apabila anjing Eropah Timur disangkakan dibawa ke Skandinavia. Terdapat sedikit perselisihan pendapat tentang leluhur anjing pemburu Hamilton dan pelbagai pihak berkuasa telah mencadangkan anjing pemburu asli Sweden, anjing pemburu Switzerland dan Jerman seperti anjing pembur Holstein atau anjing pemburu Hanover, anjing pemburu Kurzeme Latvia yang kini pupus, anjing pemburu rubah Inggeris, dan harrier.[5][3] Pada lewat abad ke-19, Count Adolf Patrick Hamilton, seorang pegawai berkuda Sweden dan presiden pertama Kelab Kenel Sweden, mendedikasikan usaha beliau untuk mengembangkan baka yang cemerlang dalam perburuan dan penjejakan dan, dalam pertunjukan anjing tahun 1886, beliau mempersembahkan dua ekor anjing yang kemudian dianggap sebagai anjing pemburu Hamilton pertama.[1][5][8] Hasilnya ialah anjing dengan binaan teguh yang sangat sesuai untuk pandu arah pelbagai rupa bumi di kawasan desa Sweden.[3][9] Walaupun sebagai anjing pemburu popular di Sweden, baka ini jarang di luar Skandinavia.[3] Baka ini, yang pada asalnya hanya dipanggil anjing pemburu Sweden, seperti anjing pemburu Schiller dan anjing pemburu Hygen, kemudiannya dinamai semula anjing pemburu Hamilton sempena penciptanya pada tahun 1921 apabila ia diiktiraf oleh Kelab Kenel Sweden pada tahun 1921.[8][1] Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI) mengiktiraf anjing pemburu Hamilton pada tahun 1955 dan baka ini kini merupakan sebahagian daripada Khidmat Ternakan Asasi American Kennel Club.[1][10][11]

Budaya popular[sunting | sunting sumber]

Menurut cerita rakyat Sweden, bunian Tomten dibantu oleh seekor anjing pemburu Hamilton bernama Karo.[3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو روبه سوءيدن; فوک‌سهاءون سوءيدن; bahasa Inggeris: Swedish foxhound
  2. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو هاميلتون; Svensk: hamiltonstövare; bahasa Inggeris: Hamilton hound

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e "FCI-Standard N° 132 HAMILTONSTÖVARE" [Piawaian FCI No. 132 Anjing Pemburu Hamilton] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Renée Sporre-Willes. 2 Oktober 2017. Dicapai pada 12 Mac 2024.CS1 maint: others (link)
  2. ^ Mason, Walter Esplin (1915). Dogs of All Nations (dalam bahasa Inggeris). Eksposisi Antarabangsa Panama-Pasifik. m/s. 92.
  3. ^ a b c d e Wilcox, Bonnie; Walkowicz, Chris (1993). Atlas of dog breeds of the world (dalam bahasa Inggeris). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. m/s. 487. ISBN 978-0-86622-551-9.
  4. ^ Jansson, Mija; Laikre, Linda (12 September 2018). "Pedigree data indicate rapid inbreeding and loss of genetic diversity within populations of native, traditional dog breeds of conservation concern". PLOS ONE (dalam bahasa Inggeris). Public Library of Science. 13 (9): 4. doi:10.1371/journal.pone.0202849. PMC 6135370. PMID 30208042 – melalui Internet Archive.
  5. ^ a b c Morris, Desmond (2002). Dogs: The Ultimate Dictionary of over 1,000 Breeds (dalam bahasa Inggeris) (ed. Cetakan semula). Trafalgar Square Pub. m/s. 102–103, 107. ISBN 978-1-57076-219-2.
  6. ^ a b "About Hamiltonstovare". Hamiltonstovare Club of America (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 Mac 2024.
  7. ^ Morris, Seren (28 Februari 2021). "The 24 Least Obedient Mid-Size Dog Breeds". Newsweek (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 Mac 2024.
  8. ^ a b Hörter, Ria (2013). "Count Adolf Patrik Hamilton and the Hamiltonstövare". Masterminds (PDF). Dogs Magazine (dalam bahasa Inggeris). m/s. 218–224.
  9. ^ "Hamiltonstövare Facts - Wisdom Panel™ Dog Breeds". Wisdom Panel™ (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 Mac 2024.
  10. ^ "Hamiltonstovare - Dog Breed Information". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 Mac 2024.
  11. ^ "HAMILTONSTÖVARE". Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 Mac 2024.