Anjing pemburu Inggeris-Perancis dan Perancis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Anjing pemburu Inggeris-Perancis dan Perancis ialah satu jenis anjing pemburu am yang termasuk anjing pemburu Perancis purba dan baka dicipta dengan pengacukan anjing Perancis dengan anjing pemburu rubah Inggeris. Ada tujuh baka anjing yang digambarkan sebagai anjing pemburu Inggeris-Perancis dan Perancis.

Baka[sunting | sunting sumber]

Nama-nama ini menggantikan nama-nama lama pada 1957, apabila diputuskan untuk menambahkan "Inggeris-Perancis" kepada nama semua baka hound yang telah disilangkan dengan anjing pemburu rubah. "Grand" (bahasa Perancis untuk "besar") tidak bererti bahawa anjing ini terutamanya besar, tetapi sebenarnya ia diperburukan dalam kawanan besar. Pemburuang dengan hound pada asalnya dilakukan dalam dua gaya, chasse-à-courre, yang melibatkan kawanan mengejar dan membunuh haiwan buruan, dan chasse-à-tir, yang melibatkan kawanan (atau kadang-kadang anjing individual) mengelilingi haiwan buruan dan mengejarnya kembali ke arah pemburu yang menunggu.[4]

Hound memburu secara individu tidak sesuai dijadikan haiwan peliharaan, kerana memerlukan banyak ruang, senaman, dan pengendalian berpengalaman. Kebanyakan baka biasanya dibela dalam kawanan atau 20 sehingga 100 ekor anjing. Anjing pemburu Inggeris-Perancis dan Perancis dibiakbakakan sebagai anjing pemburu, bukan sebagai anjing peliharaan atau untuk pertunjukan, dan didaftarkan melalui Société Centrale Canine (Persatuan Pusat Kanin) dan Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Sesetengah anjing daripada baka ini telah dieksport ke Amerika Utara dan diiktiraf oleh United Kennel Club, yang khas untuk hound pemburu selama betahun-tahun. Anjing lain daripada baka ini, terutamanya anjing pemburu buruan kecil Inggeris-Perancis, dibiakbakakan di Amerika Utara untuk pasaran haiwan peliharan baka jarang, dan didaftarkan melalui sebilangan pejabat pendaftaran kecil dan perniagaan pendaftaran anjing Internet. Satu nama baka tambahan, kelihatan dicipta di Amerika Utara, anjing pemburu buruan sederhana Inggeris-Perancis, kadang-kadang dilihat diiklankan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Piawaian baka anjing triwarna Perancis
  2. ^ Piawaian baka anjing putih dan hitam Perancis
  3. ^ Piawaian anjing pemburu Inggeris-Perancis putih dan jingga besar
  4. ^ Clark, Anne Rogers; Andrew H. Brace (1995). The International Encyclopedia of Dogs. Howell Book House. m/s. 87. ISBN 0-87605-624-9.
  • Philippe Salvadori, La Chasse sous l'Ancien Régime, Fayard, Paris, 1996 (ISBN 2-213-59728-6)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]