Anjing pemburu Jura Bruno

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing pemburu Jura Bruno
Seekor anjing pemburu Jura Bruno hitam dan sawo matang
Negara asalSwitzerland
Trait
Berat 15–20 kilogram (33–44 lb)
Tinggi 43–59 sentimeter (17–23 in)
Bulu Pendek
Warna Hitam dan sawo matang
Perang dua nada
Jangka hayat 12–13 tahun
Pengelasan dan piawaian
Tidak diiktiraf oleh mana-mana kelab kenel utama
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing pemburu Jura Bruno[a] satu ialah baka anjing pemburu bau dari Pergunungan Jura di sempadan Perancis-Switzerland.

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Anjing pemburu Jura Bruno ialah anjing pembuur bersaiz sederhana; ia biasanya berwarna hitam dan sawo matang atau berwarna perang dua nada tanpa putih langsung.[1][2][3] Anjing pemburu Jura Bruno hampir menyerupai anjing pemburu Jura Santo Hubert yang lebih besar, yang dengannya ia berkait rapat, namun ia mempunyai gelambir kurang berjuntai.[2]

Kedua-dua anjing pemburu Jura Bruno dan anjing pemburu Jura Santo Hubert berkait rapat dengan anjing-anjing pemburu Perancis berdekatan; kesemuanya dipercayai telah diturunkan daripada anjing pemburu Santo Hubert. Baka ini terdapat di kedua-dua belah sempadan Perancis-Switzerland; sesetengah penulis percaya bahawa ia berasal usul Perancis, tetapi kebanyakannya memerihalkannya sebagai anjing Switzerland.[1][2][3][4]

Anjing pemburu Jura Bruno digunakan oleh pemburu di Pergunungan Jura di sebelah Switzerland sempadan Perancis-Switzerland untuk memburu rubah, kelinci, dan rusa kecil; ia dikatakan sebagai pengikut sangat berkemampuan bagi bau malis, yang menjadikannya sangat dihargai oleh pemburu tempatan semasa berburu di rupa bumi sukar di kawasan itu.[2][3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو يورا برونو; Jerman: Bruno Jura Laufhund; bahasa Inggeris: Bruno Jura hound

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Alderton, David (2000). Hounds of the World (dalam bahasa Inggeris). Shrewsbury, United Kingdom: Swan Hill Press. m/s. 112. ISBN 1-85310-912-6.
  2. ^ a b c d Fogle, Bruce (2009). The Encyclopedia of the Dog (dalam bahasa Inggeris). New York, Amerika Syarikat: DK Publishing. m/s. 191. ISBN 978-0-7566-6004-8.
  3. ^ a b c Morris, Desmond (2001). Dogs: The Ultimate Dictionary of over 1,000 Dog Breeds (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. m/s. 94. ISBN 1-57076-219-8.
  4. ^ Hancock, David (2014). Hounds: Hunting by Scent (dalam bahasa Inggeris). Ramsbury, Marlborough, United Kingdom: The Crowood Press. m/s. 169. ISBN 978-1-84797-601-7.