Anjing pemburu berbulu kasar Stiria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing pemburu berbulu kasar Stiria
Nama lainAnjing pemburu berbulu kasar Steiermark
Anjing pemburu Peintinger
Anjing pemburu gunung berbulu kasar Stiria
Anjing pemburu gunung berbulu kasar Steiermark
Negara asalAustria
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing pemburu berbulu kasar Stiria atau anjing pemburu berbulu kasar Steiermark[a] ialah satu baka hound bersaiz sederhana yang berasal dari provinsi Stiria di Austria. Ia dibiakbakakan sebagai anjing pemburu bau untuk memburu babi hutan di rubah bumi pergunungan. Baka ini merupakan salah satu baka anjing pemburu besar Austria.

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Anjing pemburu berbulu kasar Stiria ialah hound bersaiz sederhana dengan ketinggian 45–53 cm (18–21 in) pada paras kelasa dan berat 15–18 kg (33–40 lb) dengan tubuh cukup berotot dan wajah serius.[1][2]

Nama baka ini merujuk bulunya, yang keras dan kasar (namun tidak berumbai). Warna bulunya ialah merah dan perang kekuning-kuningan; tanda putih di dada mungkin ada. Baka ini tahan dengan baik terhadap suhu ekstrem dan kekal sebagai baka sihat melalui "pembiakbakaan segar semula" (Auffrischungszucht, persilangan luar).[3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Baka ini dihasilkan pada tahun 1870-an oleh Carl Peintinger, seorang usahawan dari Stiria.[4] Peintinger menyilangkan "Hela 1" beliau, daripada jenis lama anjing pemburu bau Hanover, dengan seekor anjing pemburu Istria, dan meneruskan pembiakbakaan terpilih sehingga anjing pemburu berbulu kasar tahan lasak tercapai.[1][2] Baka ini digunakan oleh orang Austria dan orang Slovenia untuk memburu babi hutan. Ia juga boleh digunakan untuk menjejak haiwan cedera melalui rupa bumi mencabar dan di altitud tinggi.

Seperti banyak baka yang dibiakbakakan untuk kerja, anjing ini pada amnya tidak dipelihara sebagai anjing teman dan bukan anjing peliharaan yang bagus; ia memerlukan banyak ruang dan senaman, dan mampu menjadi dominan dan destruktif.

Pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

Anjing pemburu berbulu kasar Stiria kadang-kadang dipanggil anjing pemburu Peintinger sempena pencipta baka ini pada tahun 1870-an. Baka ini pertama kali diiktiraf pada tahun 1889.[4] Ia diiktiraf di tanah airnya oleh Österreichische Kynologenverband (Kelab Kenel Austria) dan di peringkat antarabangsa oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa sebagai anjing pemburu bau bersaiz sederhana, baka nombor 62. Baka ini juga diiktiraf di Amerika Utara oleh United Kennel Club dalam Kumpulan Anjing Pemburu Bau. Di Austria, pembiakbakaannya diselia dan pengujian perburuannya dilakukan oleh Österreichischer Verein Brack (kelab perburuan).[5] Baka ini juga mungkin disenaraikan oleh pelbagai kelab kenel dan pertubuhan kecil di bawah nama aslinya, terjemahan bahasa Inggeris, nama alternatif, atau pelbagai gabungan, dan dipromosikan sebagai baka jarang untuk mereka yang mencari haiwan peliharaan luar biasa.

Baka berkaitan[sunting | sunting sumber]

Anjing pemburu hitam dan sawo matang Austria (brandlbracke, anjing pemburu berbulu pendek Austria atau vieräugl) (FCI 63) dan anjing pemburu Tirol (FCI 68) merupakan dua baka berbulu pendek bagi anjing pemburu besar Austria yang diturunkan daripada jenis hound purba sama.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو بربولو کاسر ستيريا; انجيڠ ڤمبورو بربولو کاسر ستايرمرک; Jerman: steirische Rauhaarbracke; steirische Rauhhaarbracke; bahasa Inggeris: coarse-haired Styrian hound

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "FCI - Standard Nr. 62 STEIRISCHE RAUHHAARBRACKE" [Piawaian FCI No. 62 Anjing Pemburu Berbulu Kasar Stiria] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Perancis). 10 Oktober 1995. Dicapai pada 20 Disember 2023.
  2. ^ a b "FCI-Standard N° 62 STEIRISCHE RAUHHAARBRACKE (Coarse-Haired Styrian Hound)" [Piawaian FCI No. 62 Anjing Pemburu Berbulu Kasar Stiria] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh C. Seidler. 18 Jun 1996. Dicapai pada 20 Disember 2023.CS1 maint: others (link)
  3. ^ Steirische Rauhhaarbracke (Jerman)
  4. ^ a b Clark, Anne Rogers; Andrew H. Brace (1995). The International Encyclopedia of Dogs (dalam bahasa Inggeris). Howell Book House. m/s. 96, 97. ISBN 0-87605-624-9.
  5. ^ Maklumat pembiakbakaan dan ujian perburuan (Jerman)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]