Anjing pemburu berbulu pendek Istria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing pemburu berbulu pendek Istria
Anjing pemburu berbulu pendek Istria
Negara asalCroatia
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing pemburu berbulu pendek Istria[a] ialah satu baka anjing dari Istria di Croatia, yang diturunkan daripada jenis anjing pemburu bau sangat lama. Anjing pemburu ini ialah padanan lebih kecil sedikit bagi anjing pemburu berbulu dawai Istria yang berbulu lebih panjang dari rantau sama.

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Anjing pemburu berbulu pendek Istria mempunyai lapis bulu pendek, licin, berkilat, dan keras, yang kebanyakannya putih dengan sedikit tompok jingga. Baka ini memilik tubuh berotot tipikal bagi hound, dengan tungkai panjang dan ekor panjang. Kepalanya agak lebar dan rata (tidak berkubah di atas) dengan telinga layu pendek (berbanding dengan hound tipikal) yang tergantung rapat dengan kepala, jenis yang secara tipikal disebut jenis Eropah Timur.[1]

Tinggi unggul untuk anjing jantan dewasa ialah 50 cm (20 in) pada paras kelasa dan beratnya kira-kira ialah 18 kg (40 lb). Betinana lebih kecil sedikit.[2]

Raungan atau lolongan semasa perburuan (penting untuk anjing pemburu bau) diperihalkan sebagai suara berterusan dan tajam.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Walaupun namanya menunjukkan Istria sebagai tempat asal, tempat pembentukan baka juga merupakan Pesisir Croatia dan Dalmatia.[3] Perihal yang diberikan oleh Uskup Đakovo Petar Bakić pada tahun 1719.[4] Jenis lama terlihat pada anjing pemburu Posavina dan anjing pemburu berbulu dawai Istria. Anjing pemburu berbulu licin dan anjing pemburu berbulu kasar digunakan untuk perburuan di Istria sementara anjing pemburu Posavina datang dari Lembah Sava (Posavina). Anjing pemburu Istria disangkakan sebagai baka anjing pemburu tertua di rantau Balkan.[1]

Sebuah buku pembaka diasaskan pada tahun 1924 untuk mendokumenkan anjing-anjing yang dianggap tergolong dalam baka ini. FCI menerima baka ini pada tahun 1949, namun piawaian baka pertama tidak diterbitkan sehingga tahun 1973 (FCI tidak mengarang piawaian baka tetapi sebaliknya piawaian baka ditulis di negara asal baka dan diterbitkan oleh FCI untuk kegunaan antarabangsa, suapay negara lain juga memerihalkan baka ini dengan cara sama seperti di tanah air baka ini, dan tidak mengubahnya sesuka hati).[4] Ia diiktiraf dalam Kumpulan 6 Anjing Pemburu Bau. Ia juga diiktiraf dalam Kumpulan Anjing Pemburu Bau di Amerika Utara oleh United Kennel Club dan di bawah nama aslinya, terjemahan piawai bahasa Inggeris, terjemahan bahasa lain, atau gabungan terjemahan dan nama bahasa Croatia oleh kelab kenel kecil dan pertubuhan lain. Ia juga dipromosikan sebagai baka jarang untuk yang mencari haiwan peliharaan luar biasa.

Anjing pemburu berbulu pendek Istria masih dibela di tanah airnya di kawasan berdekatan untuk perburuan, bukan sebagai anjing peliharaan, dan terutamanya dihargai untuk pemburuan rubah dan arnab.[1]

Kesihatan dan perangai[sunting | sunting sumber]

Tiada masalah kesihatan luar biasa atau dakwaan kesihatan luar biasa yang telah didokumenkan untuk baka ini. Perangai unggul menurut piawaian baka ialah kejinakan dan ketenangan, dan semangat tinggi dan kesungguhan apabila berburu.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو بربولو ڤينديق ايستريا; Croatia: istarski kratkodlaki gonič; bahasa Inggeris: Istrian short-haired hound

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Clark, Anne Rogers; Andrew H. Brace (1995). The International Encyclopedia of Dogs (dalam bahasa Inggeris). Howell Book House. m/s. 266. ISBN 0-87605-624-9.
  2. ^ "UKC Standard" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Januari 2009. Dicapai pada 23 Disember 2023.
  3. ^ Špoljarić, Boris (2020). "65 godina priznanja pasmina istarskih goniči" [65 tahun pengiktirafan baka anjing-anjing pemburu Istria] (PDF). Moj Pas (Anjingku) (dalam bahasa Croatia) (Jun): 6. Dicapai pada 1 November 2020.
  4. ^ a b "FCI-Standard N° 151 ISTARSKI KRATKODLAKI GONIČ (Istrian short-haired hound)" [Piawaian FCI No. 151 Anjing Pemburu Berbulu Pendek Istria] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Christina Bailey. Disemak oleh Renée Sporre-Willes. Bahasa rasmi: Bahasa Jerman. 29 Mei 2015. Dicapai pada 23 Disember 2023.CS1 maint: others (link)