Anjing pemburu biru besar Gascogne

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing pemburu biru besar Gascogne
Anjing pemburu biru besar Gascogne
Negara asalPerancis
Trait
Tinggi Jantan 65–72 cm (26–28 in)
Betina 62–68 cm (24–27 in)
Bulu Pendek dan tebal
Warna Hitam dan putih berbelak
Jangka hayat Melebihi 10 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing pemburu biru besar Gascogne atau anjing biru besar Gascogne[a] ialah satu baka hound jenis anjing pemburu bau yang berasal dari Perancis dan digunakan untuk perburuan dalam kawanan. Baka kini merupakan keturunan salah satu jenis sangat lama bagi anjing pemburu besar dan merupakan baka penting dalam keleluhuran banyak hound lain.

Perihal[sunting | sunting sumber]

Anjing pemburu biru besar Gascogne merupakan anjing besar yang mengagumkan dan anjing pemburu kawanan tipikal daripada jenis terlama, dengan tubuh langsing dan beroto, tungkai panjang, kepala sedikit berkubah, telinga panjang layu, dan bibir jebik. Saiznya ialah 65–72 cm (26–28 inci) pada paras kelasa dan betinanya lebih kecil sedikit. Anjing baka ini patut memiliki sikap kekuatan tenang dan kebangsawanan.[1][2]

Warna bulunya ialah putih berbelak hitam, yang menghasilkan penampilan menyeluruh biru loh. Terdapat tompok-tompok hitam pada salah satu sisi kepala, dengan kawasan putih di sebelah atas kepala yang padanya ada bujur hitam kecil. Tanda "kening" sawo matang ada di sebelah atas setiap mata. Kecacatan merupakan penyimpangan penampilan yang mempunyai kesan terhadap kesihatan dan kebolehan kerja bagi anjing berkenaan, serta kekurangan ciri-ciri jangkaan warna, struktur, dan saiz, yang menandakan bahawa anjing dengan kecacatan sedemikian tidak patut dibiakbakakan. Kecacatan termasuklah agresi atau kegerunan, kecacatan bentuk anatomi, dan kekurangan jenis.[1][2]

Sungguhpun anjing ini merupakan anjing besar, "besar" pada namanya tidak semestinya merujuk saiz anjing. "Dalam kebanyakan kes, ini hanya label untuk kawanan yang digunakan untuk buruan lebih besar".[3] Kini, baka ini digunakan untuk memburu babi hutan, rusa, dan buruan lain.[4] Anjing pemburu biru besar Gascogne ialah anjing sangat besar yang berukuran seberat 80–120 lb (36–54 kg).

Kesihatan dan perangai[sunting | sunting sumber]

Tiada masalah kesihatan luar biasa atau dakwaan kesihatan luar biasa yang telah didokumenkan untuk baka ini. Perangai individu mungkin berbeza-beza.

Sejarah dan kegunaan[sunting | sunting sumber]

Anjing pemburu biru besar Gascogne sezaman dengan anjing pemburu Santo Hubert dan anjing pemburu selatan Inggeris,[5] Comte Foix memelihara sekawan pada abad ke-14 dan Henry IV dari Perancis memelihara sekawan pada hujung abad ke-16 dan pada awal abad ke-17.Templat:Citation requested

Anjing pemburu biru besar Gascogne memiliki sejarah panjang di Amerika Syarikat sebagai anjing pertama yang dibiakbakakan di sana pada abad ke-18; ada lebih anjing daripada baka ini di Amerika Syarikat berbanding dengan yang di Perancis.[6] Jeneral Lafayette mempersembahkan sekawan tujuh ekor anjing pemburu biru besar Gascogne kepada George Washington pada tahun 1785, yang membandingkan suara-suara merdu mereka dengan genta-genta Mosko.[7]

Anjing pemburu biru besar Gascogne terkenal kerana tumpuannya dalam perburuan, serta hidung bagus dan lolongan dalam yang khusus dan bergema. Baka ini ialah anjing pemburu kawanan yang menurut naluri.[1][2] Pada zaman dahulu, ia digunakan untuk memburu rusa, serigala, dan babi hutan; di lapangan, ia dianggap sebagai pekerja agak perlahan dan berat dan kini lebih banyak digunakan untuk memburu kelinci.[7]

Anjing pemburu biru besar Gascogne pernah memiliki pengaruh ketara terhadap perkembangan beberapa baka anjing pemburu bau. Selepas Revolusi Perancis, ia digunakan untuk menggiatkan anjing-anjing pemburu lama Saintonge semula, lalu menghasilkan anjing pemburu Gascogne Saintonge, dan anjing pemburu rakun berbintik biru dianggap sebagai keturunan langsung bagi anjing pemburu biru besar Gascogne. Anjing pemburu biru besar Gascogne digunakan oleh Sir John Buchanan-Jardine dalam perkembangan anjing pemburu Dumfriesshire; di Britain pula, sebarang anjing pemburu asli dengan bulu bertelau biru masih dirujuk sebagai 'frenchie' (anjing perancis) sempena baka ini.[8]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو بيرو بسر ݢسکوڽا; انجيڠ بيرو بسر ݢسکوڽا; Perancis: grand bleu de Gascogne; bahasa Inggeris: great Gascony blue

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Standard FCI N° 22 GRAND BLEU DE GASCOGNE" [Piawaian FCI No. 22 Anjing Pemburu Biru Besar Gascogne] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Perancis). 24 Januari 1996. Dicapai pada 19 Disember 2023.
  2. ^ a b c "FCI-Standard N° 22 GRAND BLEU DE GASCOGNE (Great Gascony Blue)" [Piawaian FCI No. 22 Anjing Pemburu Biru Besar Gascogne] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Peggy Davis. 18 Februari 1997. Dicapai pada 19 Disember 2023.CS1 maint: others (link)
  3. ^ Clarke, Brace, & Sporre-Willes, hlm. 87.
  4. ^ UKC, 2009 Diarkibkan 22 Januari 2009 di Wayback Machine
  5. ^ Alderton, hlm. 95.
  6. ^ Fogle, hlm. 162.
  7. ^ a b Alderton, hlm. 96.
  8. ^ Hancock, hlm. 149.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]