Anjing pemburu firaun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Anjing pemburu firaun
Pies faraona e34.jpg
Seekor anak anjing pemburu firaun jantan
Nama lain Anjing firaun
Anjing arnab
Nama ringkas Pharaoh
Negara asal Malta
Naungan Great Britain
Ciri
Nota Anjing kebangsaan Malta
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing pemburu firaun atau anjing firaun (Bahasa Inggeris: pharaoh hound), atau anjing arnab (Templat:Lang-mt) ialah satu baka anjing dan hound kebangsaan negara Mediterranean Malta. Nama asalnya kelb tal-fenek (jamak: klieb tal-fenek) dalam bahasa Malta, yang bermaksud "anjing arnab". Anjing ini secara tradisional digunakan oleh sesetengah orang Malta untuk pemburuan.[1]

Berdasarkan analisis DNA,[2] baka ini tidak mempunyai hubungan dengan Mesir Purba. Walau bagaimanapun, mitos popular menyatakan bahawa baka ini diturunkan daripada tesem, satu daripada anjing pemburu Mesir purba. Sesetengah percaya bahawa ada persamaan antara baka ini dengan imej anjing yang ditemui di dinding makam Mesir purba. Mitos ini mencadangkan bahawa anjing pemburu firaun dibawa oleh orang Phoenicia ke Malta, dan wujud selama melebihi 2,000 tahun.[3]

Baka ini telah dikelaskan sebagai ahli kumpulan anjing pemburu penglihatan.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Kelb tal-Fenek - National Hound of Malta". Kelb-tal-fenek.de. http://www.kelb-tal-fenek.de/indexeng.htm. Capaian 16 November 2011. 
  2. Parker, Heidi. et al. 2004 “Genetic Structure of the Purebred Domestic Dog”. Science 304, 1160
  3. "About the Breed". Kelab Anjing Pemburu Firaun Amerika Syarikat. 2013. http://www.ph-club.org/about-the-breed/. 
  4. "Fieldwork Description". Kelb tal-Fenek. http://www.kelb-tal-fenek.com/fieldwork.htm. Capaian 16 November 2011. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]