Anjing pemburu berang-berang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Anjing pemburu memerang)
Anjing pemburu berang-berang
Anjing pemburu berang-berang
Nama lainOtterhound
Negara asalEngland
Trait
Berat Jantan 115 paun (52 kg)
Betina 80 paun (36 kg)
Tinggi Jantan 69 sentimeter (27 in)
Betina 61 sentimeter (24 in)
Bulu Lapis bulu ganda, dengan lapis bulu bawah lembut dan lapis bulu luar lebih panjang dan lebih kasar. Kedua-dua lapis bulu sedikit berminyak.
Warna Berwarna lengkap, grizzle, pasir, merah, gandum, biru; dalam gabungan dengan tanda-tanda sedikit putih di hujung-hujung. Putih dalam gabungan dengan tanda-tanda sedikit lemon, biru, atau bercorak bejar. Hitam dan sawo matang, biru dan sawo matang, hitam dan krim, kadang-kadang berwarna hati, sawo matang dan hati, sawo matang dan putih.
Jangka hayat 10 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing pemburu berang-berang, anjing berang-berang, atau otterhound[a] ialah satu baka anjing Inggeris. Ia merupakan anjing pemburu bau dan buat masa ini diiktiraf oleh The Kennel Club sebagai Baka Asli Rentan, dengan sekitar 600 ekor individu di seluruh dunia.[1][2]

Keleluhuran[sunting | sunting sumber]

Otterhound tercatat pertama yang diketahui menyerupai baka semasa berasal dari barat laut England pada separuh pertama abad ke-19 – contohnya, Pemburuan Berang-berang Hawkstone dan Otterhound Squire Lomax. Pada separuh kedua abad ke-19, grifon Perancis disilangkan ke luar, termasuk seperlapan silangan serigala/grifon Vendée daripada Comte de Canteleu di Normandie.[3][4] Pada awal abad ke-20, grifon Nivernais disilangkan ke dalam baka ini, dan khususnya seekor anjing, Boatman, seekor silangan grifon besar Vendée/anjing pemburu darah, menjadi leluhur untuk beberapa kenel.[5]

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Anjing pemburu berang-berang ialah anjing besar berlapis bulu kasar, dan beranggota tubuh lurus. Kepalnya dalam tetapi tidak lebar dengan lapis bulu kasar yang memberinya janggut atau misai semacam. Hidungnya lebar. Matanya terletak dalam-dalam dengan kelopak mata ketiga yang hanya sedikit tertunjuk. Telinganya panjang dan labuh, bergulung ke arah dalam untuk mewujudkan penampilan tirai. Lehernya panjang dan sedikit gelambir diizinkan. Tungkai hadapannya lurus dari siku ke tanah. Pasternanya sedikit melengkung. Tungkai belakangnya cukup berotot dengan paha amat berotot; dalam pendirian normal, tungkai belakangnya dari keting ke tanah adalah serenjang. Kakinya besar, bulat, dan beralas tebal. Ekornya tebal di pangkal dan langsung tidak melingkar ke atas belakang. Lapis bulunya sepanjang 4–8 cm (1.6–3.1 in), padat, kasar, dan kalis air; kelihatan putus-putus. Ketinggian pada paras bahu ialah 69 cm (27 in) untuk jantan dan 61 cm (24 in) untuk betina.[6]

Anjing pemburu berang-berang pada umumnya berukuran seberat 80–115 paun (36–52 kg).[7]

Warna bulu[sunting | sunting sumber]

Warna-warna beriktiraf merupakan: berwarna menyeluruh, grizzle, pasir, merah, gandum, dan biru; dengan tanda-tanda putih yang diizinkan pada kesemuanya serta tanda-tanda lemon, biru, atau pied bejar.[6]

Perburuan[sunting | sunting sumber]

Seorang pemburu mink dengan seekor anjing pemburu berang-berang

Pemburuan berang-berang bertarikh kembali ke awal Zaman Pertengahan, dengan rujukan kepadanya yang ditemukan seawal tahun 1360. Otterhound, walau bagaimanapun, hanya dapat dijejak kembali sebagai baka tersendiri sejauh awal tahun 1800-an.[perlu rujukan]

Untuk menjadi setara dengan berang-berang, anjing pemburu berang-berang dikatakan memerlukan "keberanian buldog, kekuatan anjing Newfoundland di dalam air, hidung pointer, kebijaksanaan anjing pengutip, stamina anjing pemburu rubah, kesabaran beagle, dan kecerdasan collie".[8]

Pada tahun 1978, oleh sebab penurunan dramatik angka berang-berang, berang-berang ditempatkan dalam senarai spesies terlindung di Britain. Maka, pemburuan berang-berang terhenti.[perlu rujukan] Pemburuan tidak pernah diharamkan di Britain, namun para pemburu berang-berang menghentikan pemburuan secara sukarela, kerana mereka sedar bahawa angka berang-berang menurun dengan dramatik dan mengundang perhatian pihak berkuasa kepadanya.[perlu rujukan] Menjelang tahun 1977, sembilan kawanan anjing pemburu berang-berang berdaftar masih wujud. Beberapa perburuan beralih kepada pemburuan mink atau koypu, tetapi banyak kawanan asli anjing pemburu berang-berang berhenti wujud sama sekali. Anjing kerap diserahkan kepada kawanan anjing pemburu mink yang baru ditubuhkan. Anjing pemburu mink Pembroke dan Carmarthenshire merupakan dua kawanan kini dengan kawanan anjing pemburu berang-berang tulen. Oleh sebab anjing telah dibiakbakakan secara terpilih untuk kebolehan perburuannya, hanya sedikit susur galur yang sesuai untuk pembiakbakaan sebagai haiwan pendamping.[5]

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Tinjauan anggota kelab baka di United Kingdom mendapati jangka hayat sebanyak 10.21 tahun.[9] Tinjauan sama mengenal pasti predisposisi terhadap volvulus pendilatan gastrik dengan 9% daripada jumlah anjing pemburu berang-berang yang menghidap keadaan ini dan 7.4% kematian yang dapat diatributkan kepada keadaan ini.[10]

Baka terancam[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2012, ada anggaran bahaw terdapat sekitar 600 ekor anjing pemburu berang-berang di dunia. Ia dianggap sebagai baka asli terancam di Britain dengan hanya 41 pendaftaran baharu pada tahun 2016.[1] Sebahagian ini adalah kerana anjing pemburu berang-berang tidak pernah banyak, malah juga pada awal abad ke-20, yang merupakan zaman kepopularan sukan pemburuan berang-berang, angka anjing ini masih kecil. Ia berada dalam senarai Baka Asli Rentan sebagaimana yang dikenal pasti oleh The Kennel Club dan banyak usaha sedang dilakukan untuk menyelamatkan baka ini.[11]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو برڠ٢; انجيڠ برڠ٢; اوترهاءون; bahasa Inggeris: otterhound

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "UK native dog breeds 'at risk of extinction' [{en}}, BBC News
  2. ^ "English Otterhound" (dalam bahasa Inggeris). Otterhound. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  3. ^ Adair, Rod J. A CHAIN OF BUBBLES... OTTER HUNTS 1157–1977 & MINK HUNTS 1977-1998 (dalam bahasa Inggeris).
  4. ^ Lee, Rawdon B, 1893, History and Description of the Modern Dogs of Great Britain and Ireland, Sporting Division
  5. ^ a b Cunliffe, J, 2003, Otterhound: Special Rare Breed Edition, Kennel Club Books
  6. ^ a b "Otterhound Standard". The Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 Mac 2024.
  7. ^ "Otterhound" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Disember 2014. Dicapai pada 29 Disember 2023.
  8. ^ Leighton, R, 1910, Dogs and All About Them, Cassel and Company Ltd, London
  9. ^ Adams, V. J.; Evans, K. M.; Sampson, J.; Wood, J. L. N. (1 Oktober 2010). "Methods and mortality results of a health survey of purebred dogs in the UK". Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). 51 (10): 512–524. doi:10.1111/j.1748-5827.2010.00974.x. PMID 21029096.
  10. ^ Evans, Katy M.; Adams, Vicki J. (2010). "Mortality and morbidity due to gastric dilatation-volvulus syndrome in pedigree dogs in the UK". Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). 51 (7): 376–381. doi:10.1111/j.1748-5827.2010.00949.x. ISSN 0022-4510. PMID 20626784.
  11. ^ "The puppies rarer than giant pandas", The Daily Telegraph, 5 Mac 2007, hlm. 9

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Leighton, Robert (2004). Dogs and All About Them (dalam bahasa Inggeris). Kessinger Publishing. ISBN 1419116363.
  • Cunliffe, Juliet (2003). Otterhound: Rare Breed Special Editions (dalam bahasa Inggeris). Kennel Club Books. ISBN 1-84286-058-5.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Kategori berkenaan Anjing pemburu berang-berang di Wikimedia Commons