Anjing pemburu serigala Ireland

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing pemburu serigala Ireland
seekor anjing tinggi berbulu dan bertungkai panjang
Seekor anjing pemburu serigala Graham, 1897
Negara asalEngland[a]
Trait
Berat Jantan minimum 54.5 kg (120 lb)[1]
Betina minimum 40.5 kg (89 lb)[1]
Tinggi 81–86 cm (32–34 in)[1]
Jantan minimum 79 cm (31 in)[1]
Betina minimum 71 cm (28 in)[1]
Bulu kasar dan keras pada kepala, tubuh, dan tungkai; janggut dan bulu yang di sebelah atas mata khususnya mirip dawai
Warna hitam, brindle, perang kekuning-kuningan, kelabu, merah, putih metah, atau mana-mana warna yang terlihat pada anjing pemburu rusa
Saiz perinduk 4–12 ekor[2]
Jangka hayat 7–10 tahun[3][4]
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing pemburu serigala Ireland[b] ialah satu baka anjing pemburu penglihatan besar dan salah satu baka terbesar. Baka moden dikembangkan pada lewat abad ke-19 oleh G.A. Graham, yang bertujuan untuk menghasilkan anjing pemburu serigala Ireland yang telah pupus semula.[5][6][7] Baka ini, yang dikelaskan oleh penyelidikan genetik terkini ke dalam Sighthound United Kingdom Rural Clade (Fig. S2) ("Klad Pedalaman United Kingdom Anjing Pemburu Penglihatan"),[8] digunakan untuk pemburu coursing yang telah menghargainya kerana kebolehannya untuk menguruskan buruan yang ditangkap oleh anjing pemburu penglihatan lain yang lebih cepat.[9][10] Pada tahun 1902, anjing pemburu serigala Ireland diisytiharkan sebagai maskot rejimen bagi Irish Guards.[11]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Irish Greyhound in a mountainous landscape (1804), Philip Reinagle
Anjing pemburu serigala Ireland, Muzium Ulster, Belfast

Pra-abad ke-19[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 391, terdapat rujukan kepada anjing besar oleh Quintus Aurelius Symmachus, seorang Konsul Rom yang mendapat tujuh ekor "canes Scotici" ("anjing Scotland") sebagai hadiah untuk digunakan untuk bertarung dengan singa dan beruang, dan yang menulis "seluruh Rom menyaksikan (anjing-anjing itu) dengan hairan".[12] Scoti ialah nama bahasa Latin untuk orang Gael (Ireland kuno).[13] Dansey, penterjemah awal abad ke-19 bagi versi lengkap pertama bagi karya Arrianos dalam bahasa Inggeris, On Coursing, mencadangkan bahawa "greyhound" Ireland dan Scotland diterbitkan daripada leluhur sama, iaitu vertragus, dan telah berkembang dengan orang Scoti dari Ireland merentasi Kepulauan Barat dan ke tempat yang kini merupakan Scotland.[14]

Jenis anjing ini dibayangkan oleh sesetengah pihak sebagai jenis sangat tua. Anjing pemburu serigala digunakan sebagai anjing pemburu oleh orang Gael, yang memanggilnya cú faoil[15][16] (Sebutan bahasa Ireland: [ˌkuː ˈfˠiːlʲ], yang terdiri daripada unsur "anjing [pemburu]"[17] dan "serigala",[18] maka "anjing [pemburu] serigala"). Anjing disebut sebagai dalam undang-undang dan kesusasteraan Ireland yang bertarikh dari abad keenam atau, dalam kes saga, dari tempoh bahasa Ireland Kuno, 600–900 Masihi. Perkataan kerap digunakan sebagai julukan untuk pahlawan serta raja, yang menandakan bahawa mereka layak untuk menerima penghormataan dan kesetiaan seekor anjing. Cú Chulainn, seorang pahlawan mitos yang namanya memaksudkan "anjing Culann", sepatutnya memperoleh nama ini semasa kecil apabila dia membunuh anjing pengawal ganas Culann. Sebagai balasan, dia menawarkan dirinya sebagai pengganti.[16]

Dalam pembincangan bukti sistematik bagi saiz anjing bersejarah di Ireland, ahli zooarkeologi Ireland Finbar McCormick menegaskan bahawa tiada anjing dengan saiz anjing pemburu serigala Ireland yang diketahui dari tapak-tapak zaman Zaman Besi 1000 SM hingga zaman Kristian awal hingga tahun 1200 Masihi. Berdasarkan tulang-temulang anjing bersejarah yang tersedia, anjing dengan saiz anjing pemburu serigala Ireland semasa kelihatannya merupakan perkembangan agak moden: "mesti ada kesimpulan bahawa anjing Cú Chulainn tidak lebih besar daripada anjing Alsace dan bukan binatang bersaiz anak lembu daripada bayangan popular".[19]

Anjing pemburu diidamkan dan kerap dihadiahkan kepada tokoh penting dan bangsawan asing. Raja John dari England, pada kira-kira tahun 1210, menghadiahkan seekor anjing pemburu Ireland bernama Gelert kepada Llywelyn, Putera Wales. Pemuisi The Hon William Robert Spencer mengabadikan anjing ini dalam puisi.[16]

Dalam Historie of Ireland karya beliau, yang ditulis pada tahun 1571, Edmund Campion memberikan keterangan tentang anjing yang digunakan untuk pemburuan serigala di Pergunungan Dublin dan Pergunungan Wicklow. Beliau berkata: "Mereka (orang Ireland) bukan tanpa serigala dan grehaun untuk memburu serigala itu, bertulang dan beranggota lebih besar daripada anak kuda jantan". Oleh sebab kepopularannya di luar negara banyak anjing dieksport ke rumah diraja Eropah sehingga menyebabkan bilangan di Ireland berkurangan. Ini membawa kepada pengisytiharan oleh Oliver Cromwell yang diterbitkan di Kilkenny pada 27 April 1652 untuk memastikan bahawa bilangan cukup kekal untuk mengawal populasi serigala.[20][21]

Rujukan kepada anjing pemburu serigala Ireland pada abad ke-18 menceritakan saiz besar, kekuatan, dan rupa bentuk grehaun serta ketidakcukupannya. Yang menulis pada tahun 1790, Thomas Bewick memerihalkannya sebagai yang terbesar dan paling cantik antara kaum anjing; kira-kira setinggi 36 inci (91 cm), pada umumnya berwarna putih atau kayu manis, agak seperti grehaun tetapi lebih teguh. Beliau berkata bahawa aspeknya adalah sederhana, pembawaan damai, dan kekuatan begitu hebat sehingga dalam pertempuran mastif atau buldog jauh daripada setanding dengannya.[22]

"Large Irish Greyhound", "grehaun lama Ireland", daripada Entwurf einiger Thiere (1738) oleh Johann Elias Ridinger; imej terawal bagi anjing pemburu serigala Ireland seperti yang digambarkan oleh Thomas Bewick[23]

Serigala terakhir di Ireland dibunuh di Kaunti Carlow pada tahun 1786.[22][24][25] Ia dipercayai telah dibunuh di Myshall, di lereng Gunung Leinster, oleh sekawan anjing serigala yang dibela oleh En. Watson dari Ballydarton. Anjing pemburu serigala yang kekal di tangan segelinitr keluarga, yang terutamanya merupakan keturunan penghulu-penghulu lama Ireland, kini merupakan simbol status dan bukan digunakan sebagai pemburu, dan ini dikatakan sebagai yang terakhir daripada kaumnya.[22]

Thomas Pennant (1726–1798) melaporkan bahawa beliau tidak dapat menemukan lebih daripada tiga ekor anjing serigala ketika beliau melawat Ireland. Pada mesyuarat tahun 1836 Persatuan Geologi Dublin, John Scouler membentangkan kertas kerja berjudul "Notices of Animals which have disappeared from Ireland" ("Notis haiwan yang telah lenyap dari Ireland"), termasuk sebutan tentang anjing serigala.[23]

Anjing pemburu serigala Ireland moden[sunting | sunting sumber]

Pegawai Tentera Darat British Kapten George Augustus Graham (1833–1909), dari Rednock House, Dursley, Gloucestershire, bertanggungjawab atas pewujudkan baka anjing pemburu serigala Ireland moden. Beliau menyatakan bahawa beliau tidak dapat menemukan baka "dalam keutuhan aslinya" untuk dikerjakan:

Tiada kepura-puraan bahawa kami memiliki baka ini dalam keututhan aslinya; pada masa sama, ada kepercayaan yakin bahawa terdapat strain-strain yang kini wujud yang dijejak kembali, dengan lebih kurang jelas, kepada baka asli; dan kelihatannya ada toleransi pasti bahawa deerhound kami diturunkan daripada haiwan mulia itu, dan memberi kita gambaran elok tentang diri terdahulunya, walaupun sudah pasti jauh lebih rendah dari segi saiz dan kuasa.

— Kapten G. A. Graham[26]

Berdasarkan tulisan orang lain, Graham telah membentuk pendapat bahawa anjing yang menyerupai anjing pemburu serigala Ireland asli dapat diwujudkan semula dengan menggunakan contoh terbesar dan terbaik daripada anjing pemburu rusa Scotland dan anjing besar Denmark, dua baka yang dipercayai oleh beliau telah diterbitkan lebih awal daripada anjing pemburu serigala itu.[27][23][28] Untuk baka luar, beliau menggunakan seekor borzoi milik Duchess Newcastle, yang sebelum ini telah membuktikan kebolehan pemburuan serigala di tanah airnya Rusia, dan seekor "anjing serigala Tibet", yang barang kali merupakan seekor kyi apso Tibet.[29][30][31][32]

Pada tahun 1885, Kapten Graham mengasaskan Irish Wolfhound Club dan Piawaian Mata Baka untuk mengasaskan dan mempersetujui ideal yang patut dicita-citakan oleh para pembiak baka.[20][33] Pada tahun 1902, anjing pemburu serigala Ireland diisytiharkan sebagai maskot rejimen Irish Guards.[11]

Anjing pemburu serigala Ireland ialah lambang kebangsaan Ireland dan kadang-kadang dianggap sebagai anjing kebangsaan Ireland.[34] Ia juga telah diterima pakai sebagai lambang oleh kedua-dua kod ragbi. Pasukan liga ragbi kebangsaan digelar the Wolfhounds dan Kesatuan Bola Sepak Ragbi Ireland, yang mentadbir kesatuan ragbi, mengubah nama pasukan kebangsaan A (peringkat kedua) negara itu dalam kod itu kepada Ireland Wolfhounds pada tahun 2010. Salah satu lambang yang dipunyai oleh pihak berkuasa cukai di Ireland pada setem hasil mereka ialah anjing pemburu serigala Ireland. Dalam permainan video The Elder Scrolls V: Skyrim, anjing pemburu serigala Ireland ialah baka anjing untuk semua anjing dalam permainan asas.[perlu rujukan]

Analisis DNA[sunting | sunting sumber]

Analisis genom menunjukkan bahawa walaupun telah terdapat sesetengah perkongsian DNA antara anjing pemburu serigala Ireland dengan anjing pemburu rusa, whippet, dan grehaun Inggeris, telah ada perkongsian DNA signifikan antara anjing pemburu serigala Ireland dengan anjing besar Denmark.[35] Seorang penulis telah menyatakan bahawa untuk anjing pemburu serigala Ireland, "penampilan great dane sangat ketara sebelum abad ke-20".[23] George Augustus Graham menghasilkan baka anjing pemburu serigala Ireland moden dengan mengekalkan penampilan bentuk asli, tetapi bukan keleluhuran genetiknya.[24]

Ciri[sunting | sunting sumber]

Anjing pemburu serigala Ireland bercirikan saiz besarnya. Menurut piawaian FCI, jangkaan julat ketinggian pada paras kelasa ialah 81–86 sentimeter (32–34 inci); ketinggian dan berat minimum merupakan 79 cm (31 in)/54.5 kg (120 lb) dan 71 cm (28 in)/40.5 kg (89 lb) masing-masing untuk jantan dan betina.[1] Ia bertubuh lebih besar daripada anjing pemburu rusa Scotland, tetapi kurang daripada anjing besar Denmark.[1]

Lapis bulunya keras dan kasar pada kepala, tubuh, dan tungkai, dengan janggut dan bulu di atas mata yang khususnya mirip dawai. Ia mungkin berwarna hitam, brindle, perang kekuning-kuningan, kelabu, merah, putih metah, atau mana-mana warna yang terlihat pada anjing pemburu rusa.[1]

Anjing pemburu serigala Ireland ialah anjing pemburu penglihatan dan berburu dengan persepsi visual sahaja. Lehernya berotot dan agak panjang dan kepalanya terangkat tinggi-tinggi.[1] Ia sepatutnya kelihatan lebih panjang daripada ketinggiannya[36] dan mampu menangkap dan membunuh serigala.[37]

Perangai[sunting | sunting sumber]

Anjing pemburu serigala Ireland mempunyai pelbagai keperibadian dan paling kerap terkenal kerana ciri-ciri peribadi dan individualisme.[38] Walau bagaimanapun, anjing pemburu serigala Ireland jarang tidak berfikiran dan, walaupun saiznya besar, jarang didapati bersikap pemusnah di dalam rumah atau riuh. Ini kerana baka ini pada umumnya bersifat introvert, cerdas, dan menyendiri. Sebagai haiwan santai, anjing pemburu serigala Ireland bersifat pendiam. Anjing pemburu serigala kerap menjalin ikatan kuat dengan keluarganya dan dapat menjadi agak bersikap pemusnah atau muram jika dibiarkan bersendirian untuk jangka masa lama.[39]

Anjing pemburu serigala Ireland merupakan penjaga berkesan dan mengagumkan. Baka ini menjadi terikat dengan pemilik dan anjing lain yang dibesarkan bersama-sama dan oleh itu bukan baka yang paling mudah disesuaikan. Anjing pemburu serigala Ireland, yang dibiakbakakan untuk sifat berdikari, tidak semestinya berminat untuk mempertahankan ruang. Anjing pemburu serigala paling mudah diperihalkan dengan moto bersejarahnya, "lemah lembut apabila dibelai, ganas apabila diprovokasi".[39]

Ia tidak patut bersikap agresif secara teritorial terhadap anjing bela jinak lain tetapi lahir dengan kemahiran khusus dan anjing yang bermain lazimnya meng-course anjing lain. Ini ialah tingkah laku perburuan khusus, bukan tingkah laku laga atau dominasi wilayah. Kebanyakan anjing pemburu serigala adalah lemah lembut dengan kanak-kanak. Anjing pemburu serigala Ireland agak mudah untuk dilatih. Ia bergerak balas dengan baik terhadap kepemimpinan tegas, namun lemah lembut dan tekal. Walau bagaimanapun, mengikut sejarah, anjing ini dikehendaki bekerja pada jarak jauh dari tuannya dan berfikir secara bebas semasa berburu dan bukan menunggu arahan terperinci dan ini masih dapat terlihat pada baka ini.[40]

Anjing pemburu serigala Ireland kerap digemari kerana kesetiaan, sifat penyayang, kesabaran, dan pengabdiannya. Walaupun pada sesetengah titik dalam sejarahnya ia telah digunakan sebagai anjing pengawas, tidak seperti sesetengah baka, anjing pemburu serigala Ireland biasanya tidak dapat dipercayai dalam peranan ini kerana ia kerap beramah mesra dengan orang asing, walaupun saiznya dapat menjadi penghalang semula jadi. Walau bagaimanapun, apabila perlindungan diperlukan, anjing ini tidak pernah didapati berkeinginan. Apabila ia atau keluarganya berada dalam bahaya yang ditanggap, ia memaparkan sifat tidak takut. Pengarang dan pembiak baka anjing pemburu serigala Ireland, Linda Glover, percaya bahawa kesemendaan rapat anjing ini dengan manusia menjadikannya amat sedar dan sensitif terhadap niat jahat yang membawa kepada kecemerlangannya sebagai penjaga dan bukan anjing pengawal.[41]

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Seperti banyak baka anjing besar, anjing pemburu serigala Ireland mempunyai jangka hayat agak singkat. Anggaran jangka hayat terbitan berbeza-beza antara 6 dengan 10 tahun dengan purata 7 tahun. Kardiomiopati terdilat dan kanser tulang merupakan punca utama kematian dan seperti semua anjing berdada dalam, kilasan gastrik (kembung) adalah lazim; baka ini terjejas akibat pirau portosistemik intrahepar keturunan.[42]

Dalam sebuah kajian tajaan persendirian yang dijalankan di bawah naungan Irish Wolfhound Club of America dan berdasarkan tinjauan pemilik, anjing pemburu serigala Ireland di Amerika Syarikat dari tahun 1966 hingga tahun 1986 hidup sehingga purata usia 6.47 tahun dan paling kerap mati akibat kanser tulang.[43] Sebuah kajian lebih terkini oleh The Kennel Club United Kingdom meletakkan purata umur kematian pada 7 tahun.[3]

Kajian telah menunjukkan bahawa peneuteran dikaitkan dengan risiko lebih tinggi bagi kanser tulang pada pelbagai baka,[44][45][46] dengan sebuah kajian yang mencadangkan bahawa pengembirian patut dielakkan.[42]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Anjing pemburu serigala Ireland asli dalam sejarah berasal dari Ireland. Walau bagaimanapun, baka moden dikembangkan di Gloucestershire, England (untuk maklumat lanjut, lihat Anjing pemburu serigala moden).
  2. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو سريݢالا اءيرلند; Ireland: cú faoil, lit.'anjing pemburu serigala', Sebutan bahasa Ireland: [ˈkuː ˈfˠiːlʲ]; bahasa Inggeris: Irish wolfhound

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h i "FCI-Standard N° 160 IRISH WOLFHOUND" [Piawaian FCI No. 160 Anjing Pemburu Serigala Ireland] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). 2 April 2001. Dicapai pada 24 Januari 2024.
  2. ^ Manfield, Mark (2019). Irish Wolfhound Bible And Irish Wolfhounds (dalam bahasa Inggeris). DYM Worldwide Publishers. ISBN 9781913154042.
  3. ^ a b "2004 Pedigree Dog Health Survey" (PDF). The Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. 2004. Dicapai pada 24 Januari 2024.
  4. ^ National Research Council (2001). Cells and Surveys (dalam bahasa Inggeris). National Academies Press. m/s. 204. ISBN 978-0-309-07199-4.
  5. ^ DeQuoy, Alfred W. (1971). The Irish Wolfhound in Irish literature and law (dalam bahasa Inggeris). ASIN B003S8E6J2.
  6. ^ Scharff, R. F. (Ogos 1924). "On the breeds of dogs peculiar to Ireland and their origin". The Irish Naturalist (dalam bahasa Inggeris). 33 (8): 77–88. JSTOR 25525370.
  7. ^ Hogan, Edmund I. (1897). The History of the Irish Wolfdog (dalam bahasa Inggeris). Read Books (diterbitkan 9 Februari 2009). ISBN 978-1-4437-9697-2.
  8. ^ Parker; dll. (2017). "Genomic Analyses Reveal the Influence of Geographic Origin, Migration, and Hybridization on Modern Dog Breed Development". Cell Reports (dalam bahasa Inggeris). 19 (4): 697–708. doi:10.1016/j.celrep.2017.03.079. PMC 5492993. PMID 28445722.
  9. ^ Almirall, Leon V. (1941). Canines and Coyotes (dalam bahasa Inggeris). Caxton Printers, Limited. m/s. 55. ASIN B0006APB8A.
  10. ^ Copold, Steve (1977). Hounds, Hares & Other Creatures: The Complete Book of Coursing (dalam bahasa Inggeris). Hoflin Publishing. m/s. 58. OCLC 3071190.
  11. ^ a b "Regimental mascots - Irish Guards 1902-1910". www.irishwolfhounds.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 Mac 2024.
  12. ^ Samaha, Joel (1657). The New Complete Irish Wolfhound (dalam bahasa Inggeris). Howell Book House (diterbitkan 15 April 1991). m/s. 2. ISBN 978-0-87605-171-9.
  13. ^ Duffy, Seán, penyunting (2004). Medieval Ireland: An Encyclopedia (dalam bahasa Inggeris). Routledge. m/s. 698. ISBN 978-0-415-94052-8.
  14. ^ Arrian (1831). Arrian on coursing: the Cynegeticus of the younger Xenophon, translated from the Greek, with classical and practical annotations, and a brief sketch of the life and writings of the author. To which is added an appendix, containing some account of the Canes venatici of classical antiquity (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: J. Bohne. m/s. 297. OCLC 1040021079. OL 17958481M.
  15. ^ "Wolfhound". www.focloir.ie (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 Mac 2024.
  16. ^ a b c McBryde, Mary (1998). The Irish Wolfhound: Symbol of Celtic Splendor (dalam bahasa Inggeris). John Wiley & Sons. m/s. 19. ISBN 978-0-87605-169-6.
  17. ^ dalam Ó Dónaill, Niall (1977). Foclóir Gaeilge-Béarla. Dublin, Ireland: Richview Browne & Nolan Ltd. ISBN 1-85791-038-9.
  18. ^ faol dalam Ó Dónaill, Niall (1977). Foclóir Gaeilge-Béarla (dalam bahasa Inggeris). Dublin, Ireland: Richview Browne & Nolan Ltd. ISBN 1-85791-038-9.
  19. ^ McCormick, F. (1991). "The Dog in Prehistoric and Early Christian Ireland". Archaeology Ireland (dalam bahasa Inggeris). 5 (4): 7–9. JSTOR 20558375.
  20. ^ a b Howell, Elsworth S. (1971). The International Encyclopedia of Dogs (dalam bahasa Inggeris). McGraw-Hill. m/s. 254–255. ISBN 978-0-7015-2969-7.
  21. ^ McBryde, Mary (1998). The Irish Wolfhound: Symbol of Celtic Splendor (dalam bahasa Inggeris). John Wiley & Sons. m/s. 24–25. ISBN 978-0-87605-169-6.
  22. ^ a b c McBryde, Mary (1998). The Irish Wolfhound: Symbol of Celtic Splendor (dalam bahasa Inggeris). John Wiley & Sons. m/s. 27–31. ISBN 978-0-87605-169-6.
  23. ^ a b c d Gordon, John F. (Januari 1973). The Irish Wolfhound (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1). J. Bartholomew. m/s. 1–7. ISBN 978-0-85152-918-9.
  24. ^ a b Larson, Greger; Karlsson, Elinor K.; Perri, Angela; Webster, Matthew T. (5 Jun 2012). "Rethinking Dog Domestication by Integrating Genetics, Archeology, and Biogeography". Proceedings of the National Academy of Sciences (dalam bahasa Inggeris). 109 (23): 8878–8883. Bibcode:2012PNAS..109.8878L. doi:10.1073/pnas.1203005109. PMC 3384140. PMID 22615366.
  25. ^ Hickey, Kieran R. (2000). "A geographical perspective on the decline and extermination of the Irish wolf canis lupus—an initial assessment" (PDF). Irish Geography (dalam bahasa Inggeris). 33 (2): 185–198. doi:10.1080/00750770009478590. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 7 September 2012. Dicapai pada 11 Mac 2024.
  26. ^ Graham, G. A. (1885). The Irish Wolfhound (dalam bahasa Inggeris). Whitmore & Son. m/s. 1.
  27. ^ Graham, G. A. (1885). The Irish Wolfhound (dalam bahasa Inggeris). Whitmore & Son. m/s. 23. Lakukan pencarian tentang kedua-dua baka ini, ini ialah subjek buku ini.
  28. ^ Horter, Ria (2014). Masterminds: Capt. George Augustus Graham and the Irish Wolfhound (PDF) (dalam bahasa Inggeris).
  29. ^ Hamilton, Ferelith; Jones, Arthur F. (1971). The World Encyclopedia of Dogs (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1). Galahad Books. m/s. 672. ISBN 978-0-88365-302-9.
  30. ^ Various (6 September 2016). The Irish Wolfhound - A Complete Anthology of the Dog (dalam bahasa Inggeris). Read Books Ltd. ISBN 978-1-4733-5270-4.
  31. ^ "Graham to the rescue". www.irishwolfhounds.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 Mac 2024.
  32. ^ Pisano, Beverly (1996). Irish Wolfhounds (dalam bahasa Inggeris). TFH Publications, Incorporated. m/s. 12. ISBN 978-0-7938-2372-7.
  33. ^ Samaha(1991) hlm. 8–19.
  34. ^ Jordan, Cath (29 Januari 2023). "What is the national animal of Ireland?". Travel Around Ireland (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 Mac 2024.
  35. ^ Parker, Heidi G.; Dreger, Dayna L.; Rimbault, Maud; Davis, Brian W. (2017). "Genomic Analyses Reveal the Influence of Geographic Origin, Migration, and Hybridization on Modern Dog Breed Development". Cell Reports (dalam bahasa Inggeris). 19 (4): 697–708. doi:10.1016/j.celrep.2017.03.079. PMC 5492993. PMID 28445722. Rujukan Gambar Rajah 4 dan Jadual Tambahan S2: "Mean Haplotype Sharing Totals that Reach the 95% Significance Level between All Pairs of Breeds"
  36. ^ McBryde, Mary (1998). The Irish Wolfhound: Symbol of Celtic Splendor (dalam bahasa Inggeris). John Wiley & Sons. m/s. 107–132. ISBN 978-0-87605-169-6.
  37. ^ Samaha, Joel (3 Mei 2019). "Judging Irish Wolfhounds - A Guide". Irish Wolfhound Club of America (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 Mac 2024.
  38. ^ McBryde, Mary (1998). The Irish Wolfhound: Symbol of Celtic Splendor (dalam bahasa Inggeris). John Wiley & Sons. m/s. 15. ISBN 978-0-87605-169-6.
  39. ^ a b McBryde, Mary (1998). The Irish Wolfhound: Symbol of Celtic Splendor (dalam bahasa Inggeris). John Wiley & Sons. m/s. 14. ISBN 978-0-87605-169-6.
  40. ^ McBryde, Mary (1998). The Irish Wolfhound: Symbol of Celtic Splendor (dalam bahasa Inggeris). John Wiley & Sons. m/s. 97, 160–162. ISBN 978-0-87605-169-6.
  41. ^ Glover, Linda (1999). Irish wolfhound (World of Dogs) (dalam bahasa Inggeris). TFH. ISBN 978-1-85279-077-6.
  42. ^ a b Urfer SR, Gaillard C, Steiger A (2007). "Lifespan and disease predispositions in the Irish wolfhound: a review". Vet Q (dalam bahasa Inggeris). 29 (3): 102–111. doi:10.1080/01652176.2007.9695233. PMID 17970287. S2CID 38774771.
  43. ^ Bernardi, Gretchen (1997). "Longevity and Morbidity in the Irish Wolfhound in the United States - 1966 to 1986" (dalam bahasa Inggeris). Irish Wolfhound Club of America. Dicapai pada 11 Mac 2024.
  44. ^ Priester; McKay, F. W. (1980). "The Occurrence of Tumors in Domestic Animals". Journal of the National Cancer Institute (dalam bahasa Inggeris) (54): 1–210. PMID 7254313.
  45. ^ Ru, G.; Terracini, B.; Glickman, L. (1998). "Host related risk factors for canine osteosarcoma". The Veterinary Journal (dalam bahasa Inggeris). 156 (1): 31–39. doi:10.1016/S1090-0233(98)80059-2. PMID 9691849.
  46. ^ Cooley, D. M.; Beranek, B. C.; dll. (1 November 2002). "Endogenous gonadal hormone exposure and bone sarcoma risk". Cancer Epidemiology, Biomarkers & Prevention (dalam bahasa Inggeris). 11 (11): 1434–1440. PMID 12433723.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Landau, Elaine (2011). Irish Wolfhounds Are the Best (dalam bahasa Inggeris). Lerner Publishing Group. ISBN 978-0-7613-6081-0.
  • McBryde, Mary (1998). The Irish Wolfhound: Symbol of Celtic Splendor (dalam bahasa Inggeris). John Wiley & Sons. ISBN 978-0-87605-169-6.
  • Samaha, Joel (1991). The New Complete Irish Wolfhound (dalam bahasa Inggeris). Howell Book House. ISBN 978-0-87605-171-9.
  • Gardner, Phyllis; Gardner, Delphis (1931). The Irish Wolfhound. A Short Historical Sketch... With Over One Hundred Wood Engravings Specially Cut by the Author and Her Sister Delphis. Dundalgan Press. (dicetak semula pada 1981 oleh Elizabeth C. Murphy, ISBN 0-85221-104-X)
  • de Quoy, Alfred (1993). Irish Wolfhound Saga, A trilogy, Vol I (dalam bahasa Inggeris). Dicetak secara persendirian. ISBN 0-9622015-3-7.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]