Anjing pengutip berbulu keriting

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing pengutip berbulu keriting
Seekor anjing pengutip berbulu keriting hitam ditunjukkan di sini. Curly juga dapat berwarna hati.
Negara asalEngland
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing pengutip berbulu keriting,[a] juga dipanggil curly sebagai singkatan, ialah satu baka anjing yang pada asalnya dibiakbakakan di England untuk pemburuan burung tanah tinggi dan unggas air. Ia merupakan yang tertinggi antara baka anjing pengutip dan mudah dibezakan dengan gumpalan keriting halus melitupi tubuhnya. Anjing pengutip berbulu keriting dan anjing pengutip berbulu beralun (kini dikenali sebagai anjing pengutip berbulu rata) merupakan dua baka anjing pengutip pertama yang diiktiraf setelah diasaskan seawal tahun 1860.[1]

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Anjing pengutip berbulu keriting ialah anjing aktif dan cukup berotot dibiakbakakan untuk pemburuan burung tanah tinggi dan unggas air. Anjing pengutip berbulu keriting agak berbeza dari segi struktur berbanding dengan anjing pengutip lebih lazim. Anjing pengutip berbulu keriting kelihatan bertungkai lebih panjang sedikit tetapi sebenarnya lebih panjang sedikit daripada ketinggian. Ia seimbang dan tangkas dengan daya ketahanan, kekuatan, dan keanggunan ketara. Anjing pengitip berbulu keriting bermulut lembut dan kerap mengendalikan buruan dengan berhati-hati. Piawaian pertunjukan mensyaratkan jantan yang setinggi 25–27 inci (64–69 cm) pada paras kelasa dan betina yang setinggi 23–25 inci (58–64 cm), namun pelbagai saiz wujud, khususnya pada anjing yang dibiakbakakan untuk padang, yang pada umumnya lebih kecil. Piawaian baka negara asal (United Kingdom) mensyaratkan jantan dan betina lebih tinggi, dengan hanya 27 inci (69 cm) untuk jantan dan 25 inci (64 cm) untuk betina yang tersenarai. Berat patut berperkadaran dengan ketinggian anjing.

Baka ini memiliki lapis bulu keriting halus dan segar. Lapis bulu keriting halus pada anjing pengutip berbulu keriting menangkis air, gerigis, dan mencegah kerosakan yang tidak dapat dielakkan oleh anjing sukan lain dengan lapis bulu lebih lembut dan lebih nipis. Warna yang boleh diterima untuk anjing pengutip berbulu keriting merupakan hitam padu dan hati padu. Bulu putih sekali-sekala diizinkan, tetapi tompok putih besar ialah kecacatan serius. Mata patut sama ada berwarna hitam atau perang pada anjing hitam dan coklat atau ambar pada anjing hati. Mata kuning adalah luar biasa. Hidung patut sepenuhnya berpigmen dan berwarna sama dengan lapis bulu anjing.

Perangai[sunting | sunting sumber]

Anjing pengutip berbulu keriting pada asalnya dikembangkan sebagai gundog penjaga mergastua dan perangai serta pengakurannya mencerminkan tujuan ini. Anjing pengutip berbulu keriting masih digunakan di banyak negara sebagai teman pemburuan burung, termasuk dalam pemburuan tanah tinggi dan unggas air. Anjing pengutip berbulu keriting merupakan anjing peliharaan keluarga cemerlang, kerana pada umumnya ia mempunyai pembawaan tenang dan mantap serta tidak terlebih bertenaga seperti sesetengah anjing pengutip lain. Walau bagaimanapun, ia masih memerlukan senaman dan rangsangan mental mencukupi.

Anjing pengutip berbulu keriting kadang-kadang dapat menyendiri terhadap orang asing tetapi biasanya sangat setia dan penyayang dengan pemilik dan keluarganya, yang mencerminkan asal usulnya kerana ia membantu bertindak sebagai anjing pengawal untuk penjaga mergastua zaman Victoria pada masa pemburu haram berpotensi untuk menjadi ganas. Ia tidak patut sekali-kali menjadi gugup atau agresif. Anjing pengutip berbulu keriting pada umumnya amat cerdas, tetapi pelatihan kadang-kadang dapat menjadi sukar kerana ia mudah bosan dengan latihan berulang.

Penjagaan[sunting | sunting sumber]

Bulu[sunting | sunting sumber]

Anjing pengutip berbulu keriting ialah baka berlapis bulu tunggal tanpa lapis bulu bawah dan keriting halus kecil bagi anjing piawaian pertunjukan adalah sangat mudah untuk dijaga. Anjing pengutip berbulu keriting yang dibela sebagai teman dan/atau haiwan pemburu tidak perlu didandani dengan teliti tetapi perlu sentiasa dikekalkan bersih dan bebas daripada kusustan untuk kesihatan anjing. Semua anjing pengutip berbulu keriting bersalin bulu walaupun tidak sebanyak yang dilakukan oleh anjing dengan lapis bulu bawah. Betina baka anjing ini biasanya menggugurkan bulu dengan lebih banyak semasa kitaran estrusnya (biasanya dua kali setahun). Jantan dan betina juga mungkin lebih menggugurkan bulu pada musim bunga, terutamanya yang tinggal di kawasan dengan perubahan suhu musim ekstrem. Mandi patut mengikut keperluan dengan menggunakan syampu anjing.

Pempamer gelanggang biasanya memangkas jumbai daripada ekor, telinga, perut, tungkai, dan kaki. Pemangkasan tidak diperlukan apabila mempamerkan anjing pengutip berbulu keriting dalam pertunjukan anjing pengakuran, tetapi kebanyakan hakim mungkin menolak anjing berkenaan jika bulunya tidak dipangkas. Pemangkasan berlebihan bagi lapis bulu tubuh tidak diingini. Warnanya hanya terdapat dalam hati dan hitam padu.

Senaman[sunting | sunting sumber]

Anjing pengutip berbulu keriting suka bersenam; ia dibiakbakakan untuk atletisisme dan daya ketahanan di padang. Anjing pengutip berbulu keriting ialah anjing cerdas dan ia paling gembira apabila ia mendapatkan cukup senaman, rangsangan mental, dan permainan. Anjing pengutip berbulu keriting ialah anjing hebat untuk sukan aktif seperti ujian perburuan, flyball, dan ujian ketangkasan anjing kerana ia menyukai aktiviti ruangan luaran, bekerja dengan orang, dan sebarang jenis aktiviti. Walaupun aktif dan bersemangat di ruangan luaran, semasa bermain, atau di padang, anjing pengutip berbulu keriting dewasa pada umumnya ialah anjing rumah tenang. Menurut International Encyclopedia of Dogs (1984), "keceriaan anjing ini ialah berenang", yang telah menjadikannya anjing pengutip berharga terutamanya apabila terdapat sungai dan anak sungai yang perlu diseberangi.

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Kelanjutan usia[sunting | sunting sumber]

Purata jangka hayat ialah 9–14 tahun, walaupun terdapat contoh anjing pengutip berbulu keriting yang hidup sehingga usia 15 hingga 17 tahun.[perlu rujukan]

Isu perubatan yang diketahui[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤڠوتيڤ بربولو کريتيڠ; bahasa Inggeris: curly-coated retriever

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Raad van beheer". Raad van Beheer op Kynologisch Gebied in Nederland (dalam bahasa Belanda).
  • Stanley Dangerfield dan Elsworth Howell, The International Encyclopedia of Dogs (Inggeris) (edisi 1984) Mermaid Books.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]