Anjing pengutip pemburu itik Nova Scotia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing pengutip pemburu itik Nova Scotia
Nama lainAnjing pengutip Nova Scotia
Yarmouth toller
Tolling retriever
Little red duck dog
Little River duck dog
Nama ringkasToller
Duck toller
Negara asalKanada
Trait
Berat Jantan 20–23 kilogram (44–51 lb)
Betina 17–20 kilogram (37–44 lb)
Tinggi Jantan 48–51 sentimeter (19–20 in)
Betina 45–48 sentimeter (18–19 in)
Bulu Lapis bulu sederhana panjang dengan lapis bulu bawah lebih lembut dan padat
Warna Pelbagai cahaya warna merah dan jingga, dengan putih pada dada, kaki, dan di atas hidung
Saiz perinduk 6–10 ekor anak anjing
Jangka hayat 10–14 tahun
CatatanAnjing provinsi Nova Scotia
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing pengutip pemburu itik Nova Scotia[a] atau anjing pengutip Nova Scotia[b] ialah satu baka gundog bersaiz sederhana yang dibiakbakakan terutamanya untuk perburuan. Ia kerap dirujuk sebagai "toller", daripada nama aslinya. Ia merupakan anjing pengutip terkecil dan kerap disalah anggap sebagai anjing pengutip keemasan kecil. Toller adalah cerdas, berkeinginan untuk menggembirakan, dan bertenaga.[1] Nama toller diterbitkan daripada kebolehannya untuk mengumpan unggas air di dalam jarak tembakan. Baka ini berasal dari Kaunti Yarmouth, Nova Scotia, Kanada.[2] American Kennel Club menilai toller sebagai baka ke-87th paling popular.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Baka ini dikembangkan dalam komuniti Acadia di Little River Harbour di Kaunti Yarmouth, Nova Scotia, pada sekitar permulaan abad ke-19. Toller pada asalnya dirujuk sebagai Little River Duck Dog ("anjing itik Little River") sebelum diiktiraf secara rasmi oleh Canadian Kennel Club pada tahun 1945 sebagai anjing baka tulen. Toller ialah campuran anjing pengutip, spaniel, seter, dan mungkin anjing baka kacuk collie ladang, tetapi ini masih belum disahkan. Baka ini disempurnakan pada separuh kedua abad ke-19.[2]

Baka ini mendapat pengiktirafan kebangsaan pada tahun 1980 dan diisytiharkan sebagai anjing provinsi Nova Scotia pada tahun 1995, apabila dua ekor anjing pengutip pemburu itik Nova Scotia dianugerahi Best in Show dalam acara kejuaraan yang menyertakan banyak baka.[3]

Kegunaan dalam perburuan[sunting | sunting sumber]

Toller dinamai sempena kebolehannya untuk menarik atau mengumpan unggas air dalam jarak tembakan, yang dipanggil "tolling".[4] Pemburu kekal tersembunyi di titik buta dan mengutus anjing keluar untuk bermain-main dekat dengan air, biasanya dengan membaling bola atau batang kayu untuk diambil. Penampilan anjing ini serupa dengan penampilan rubah. Kegiatan luar biasa dan tanda-tanda putihnya menimbulkan rasa ingin tahu daripada itik dan angsa yang berenang mendekat untuk menyiasat.[5]

Apabila burung berada dekat, pemburu memanggil anjing kembali ke titik buta, kemudian bangkit, membuat burung terbang dan membolehkan diri menembak burung. Toller kemudian mengutip mana-mana burung tumbang. Ia khususnya sesuai untuk pengutipan dalam iklim air sejuk kerana lapis bulu ganda kalis airnya.[5]

Perihal[sunting | sunting sumber]

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Toller berwarna tembaga gelap dari sisi yang menunjukkan jumbai ketara pada tungkai berwarna lebih cerah dan ekor panjang lebat
Kepala toller yang menunjukkan warna lapis bulu jingga pekat dan rupa bentuk kepala "mirip rubah" yang diingini untuk baka ini

Toller kerap disalah anggap sebagai anjing pengutip keemasan kecil, tetapi toller adalah lebih aktif, secara fizikal dan mental.[6] Menurut piawaian baka, toller adalah atletik, berotot, padat, bertulang sederhana hingga berat, seimbang, dan berkuasa.[2] Dadanya dalam. Hakim pengakuran menghendaki toller yang berkebolehan untuk melakukan tolling dan kecacatan fizikal yang menghambat kebolehan kerja dikenakan penalti berat. Ia patut berbinaan sederhana — kekurangan isi atau binaan berat dikenakan penalti oleh hakim kerana kedua-duanya menyimpang daripada piawaian baka dan kesukanan. Tungkainya tegap dan padu dan ia mempunyai kaki renang.[4][5]

Toller dapat mempunyai sebarang cahaya warna merah daripada merah keemasan melalui merah tembaga gelap dengan jumbai lebih ringan pada sisi bawah ekor, seluar, dan tubuh. Cahaya warna merah keemasan lebih cerah berpigmen sedalamnya dan kaya dengan warna. Toller tidak patut berwarna kuning pucat, perang, atau kuning air, walaupun sesetengah toller kuning pucat dan sabel muncul dalam susur galur pembiakbakaan.[4][5]

Ada kelaziman untuk toller yang mempunyai sekurang-kurangnya salah satu daripada tanda-tanda putih berikut: hujung ekor, kaki (tidak memanjang ke atas pasterna), dan dada. Kekurangan putih bukan kecacatan; toller dapat dilahirkan tanpa tanda-tanda putih. Anjing dengan putih pada bahu, di sekeliling telinga, di belakang leher, merentasi belakang atau lambung, atau dengan kawasan perak, kelabu, atau hitam pada lapis bulu disingkirkan daripada pertunjukan pengakuran.[4][5]

Toller dibiakbakakan untuk mengutip dari perairan berais dan mesti mempunyai lapis bulu ganda kalis air dengan panjang sederhana dan kelembutan serta lapis bulu bawah padat lembut. Lapis bulunya mungkin mempunyai sedikit alunan pada belakang tetapi lurus di tempat lain. Sesetengah lapis bulu musim sejuk mungkin membentuk keriting longgar panjang di tekat. Jumbainya lembut dan sederhana panjang, ekornya cukup berjumbai dan terangkat dengan bergaya apabila anjing teruja atau bergerak.[4][5] Bulu pada muncung adalah pendek dan halus. Salin bulu bermusim patut dijangkakan.[4][5]

Mereka yang membiakbakakan toller untuk pertunjukan pengakuran menganggap kepalanya (potongan bersih, berbentuk baji sedikit) sebagai ciri penting dan percaya bahawa kepalanya patut menyerupai kepala rubah dan tidak sekali-kali boleh gempal seperti kepala anjing pengutip keemasan. Telinganya berbentuk segi tiga dan terletak tinggi-tinggi dan cukup jauh ke belakang dari tengkorak.[4][5] Pigmen pada hidung, bibir, dan pinggir mata toller harus sepadan dan patut sama ada berwarna hitam (yang biasanya memudar seiring dengan usia) atau hati, sebati ke dalam lapis bulu. Bibirnya sepadan dengan agak rapat di sekeliling mulut. Gigitan betul ialah gigitan gunting dan kegigian penuh disyaratkan. Rahangnya cukup kuat untuk membawa burung besar, tetapi toller mesti mempunyai mulut lembut juga. Matanya cukup renggang, berbentuk badam, dan bersaiz sederhana dan berwarna ambar hingga perang gelap. Ekspresinya adalah ramah, berwaspada, dan cerdas.

Saiz dan perkadaran[sunting | sunting sumber]

Toller ialah baka anjing pengutip paling kecil antara semua.[4][5][7] Ketinggiannya berkisar dalam lingkungan 17–21 in (43–53 cm) pada paras kelasa dan berat dalam lingkungan 30–50 lb (14–23 kg), dengan betina yang lebih rendah dan lenih ringan sedikit.[6] Toller ialah baka bersaiz sederhana.[4][5]

Perangai[sunting | sunting sumber]

Anjing pengutip pemburu itik Nova Scotia terkenal sebagai anjing sangat cerdas, ingin tahu, berwaspada, mesra, dan bertenaga tinggi.[8] Ia penyayang, ingin menggembirakan, sibuk, dan bergaul dengan baik dengan kanak-kanak.[1] Ia merupakan anjing keluarga bagus, namun semasa proses pembuatan keputusan, bakal pemilik patut berhati-hati dengan komitmen fizikal dan mental yang diperlukan untuk memastikan agar toller sibuk.[9] Rangsangan fizikal patut disediakan untuk anjing ini setiap hari kerana ia mungkin bersikap pemusnah apabila tidak disenamkan secukupnya atau dibiarkan bersendirian untuk jangka masa lama.

Seekor toller yang mengutip

Duck toller ialah haiwan pekerja dan paling gembira apabila mempunyai pekerjaan yang perlu dilakukan. Toller ialah rakan pemburu cemerlang.[10] Ia cemerlang dalam banyak jenis pertandingan sukan seperti ketangkasan,[11] terjunan limbungan,[12] dan kepatuhan.[13] Deria bau tajam, kecerdasan, dorongan untuk kerja, dan saiz kecil menjadikannya anjing pencarian dan penyelamatan sempurna.[14] Piawaian baka menyatakan bahawa anjing ini patut mempunyai dorongan pengutipan kuat, kecenderungan kuat terhadap burung, daya ketahanan, dan kecintaan untuk air.[5]

Toller tidak mempunyai salakan agresif. Sesetengah anjing mempunyai salakan berbunyi unik yang dikenali sebagai "jeritan toller", iaitu bunyi bernada tinggi mirip lolongan yang kerap dirujuk sebagai "nyanyian"-nya.[15] Ia tidak menggunakan ini dalam situasi ganas; "jeritan toller" diluahkan apabila ia teruja.[16]

Sosialisasi[sunting | sunting sumber]

Toller mempunyai keupayaan untuk menjadi anjing sangat sosial selagi secukupnya tersosialisasi pada awal kehidupan. Walaupun toller bertenaga dan mesra di sekeliling pemilik dan keluarganya, sifat berhati-hati menjadikannya menyendiri di sekeliling orang asing. Pendedahan kepada orang, lokasi, bau, dan pemandangan baharu adalah penting untuk perkembangan sihat baka toller. Ia cenderung untuk bergaul dengan baik dengan anjing lain, namun, ia mempunyai dorongan pemangsa kuat dan mungkin mengejar kucing atau haiwan kecil lain. Dorongan pemangsanya dapat dielakkan jika kucing, contohnya, diperkenalkan pada awal kehidupan toller. Kegagalan untuk mensosialisasikan toller dengan betul pada usia muda mungkin mengakibatkan tingkah laku agresif, pemusnah, atau takut dalam usia matang.[17]

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Toller pada umumnya tahan lasak.[18] Walau bagaimanapun, seperti hampir semua baka anjing, gangguan genetik tertentu diketahui berlaku pada baka ini. Ini kadang-kadang dipersalahkan pada takungan gen agak kecil. Kelab baka Finland menyatakan bahawa masalah kesihatan terbesar pada baka ini cenderung berkaitan dengan keimunan.[19] Ia dapat menjadi terjejas akibat masalah mata dan displasia pinggul dan cenderung terhadap penyakit reumatik berantarakan imun dan meningitis–artritis responsif steroid.[19][20]

Atrofi retina progresif (PRA) menjejaskan kira-kira 7% daripada populasi toller dengan anggaran 40% untuk pembawa.[21] Jenis PRA yang dikaitkan dengan baka ini dikenali sebagai degenerasi batang-kon progresif. Penyakit ini menyebabkan sel-sel di dalam retina merosot dan mati. Ini menyebabkan rabun malam pada mulanya dan akhirnya kebutaan penuh.[22] Anomali mata collie dianggarkan mempunyai kadar pembawa sebanyak 5% dan kadar terjejas sebanyak 0.5%. Ini pada umumnya hanya menyebabkan gangguan penglihatan ringan, walaupun dalam kes lebih parah dapat menyebabkan perdarahan retina dan penanggalan lalu mengakibatkan kebutaan.[23]

Masalah tiroid telah dikenal pasti oleh pembiak baka Amerika sebagai isu keutamaan, bersama-sama dengan epilepsi dan displasia pinggul. Sebanyak 1 dalam 6 toller mungkin menghidap tiroiditis autoimun. Gejala masalah tiroid termasuk peningkatan berat, masalah kulit dan bulu termasuk keguguran bulu, kelemahan, intoleransi sejuk atau ketidaksuburan.[24]

Penyakit Addison menjejaskan 1% toller dalam tinjauan kesihatan dengan kadar kejadian sebanyak 10 kali lebih banyak daripada populasi anjing umum. Kadar pembawa dianggarkan pada 18%. Penyakit ini juga dianggap sebagai isu penting pada baka ini. Tanda-tanda termasuk kelesuan, selera makan berkurangan, muntah, kelemahan, cirit-birit, peningkatan minum dan kencing, dan gigil.[25]

Meningitis asepsis (yang kadang-kadang dipanggil meningitis responsif steroid) telah didiagnosis dengan angka meningkat dalam populasi toller Norway dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Gejala termasuk sakit leher intensif, demam, dan kelesuan. Prevalens dianggarkan pada 2.5% dalam populasi Norway.[26]

Ujian kesihatan tersedia untuk kedua-dua penyakit mata dan tiroiditis autoimun. Ujian untuk penyakit Addison tersedia tetapi hanya untuk satu bentuk penyakit ini dan terdapat bentuk lain yang juga menjejaskan baka ini.[27] Ujian juga tersedia untuk satu bentuk lelangit sumbing yang eksklusif untuk toller. Pengujian awal menunjukkan kadar pembawa sebanyak kira-kira 15%.[28]

Satu tinjauan yang dijalankan pada tahun 2002 oleh kelab baka Canadian Nova Scotia Duck Tolling Retriever untuk membongkarkan penyakit dan keadaan yang berlaku dalam populasi toller, yang melibatkan pemilik 1180 ekor anjing di seluruh dunia, menunjukkan 73% yang dilaporkan dalam kesihatan cemerlang dan sejumlah 7.5% yang melaporkan kesihatan buruk. 141 ekor anjing (12%) dilaporkan mati dengan purata usia semasa kematian yang merupakan 6.4 tahun. Punca paling lazim bagi kematian ialah kanser, yang dilaporkan dalam 25% kematian, dengan usia lanjut yang menjadi paling lazim seterusnya pada 9%.[29][sumber tak boleh dipercayai?]

Kajian sedunia terhadap sejarah pendaftaran toller di 17 buah negara menunjukkan bahawa kira-kira 90% daripada kepelbagaian genetik yang hadir dalam populasi pengasas telah hilang. Toller yang lahir pada antara tahun 1999 dengan tahun 2008 mempunyai saiz pengasas berkesan sebanyak 9.8, saiz populasi berkesan terealisasi sebanyak 18, dan purata pekali pembiakbakaan sebanyak 0.26. Pembiak baka sedang berusaha untuk mencegah kehilangan keheterozigotan dan mengekalkan variasi genetik cukup. Nilai persanakan tinggi bermakna bahawa baka ini tidak mampu mengekalkan paras mantap bagi pembiakbakaan dalam dalam jangka masa panjang.[19]

Kegiatan[sunting | sunting sumber]

Seekor toller yang menyertai acara ketangkasan

Toller diketahui cemerlang dalam pelbagai kegiatan sukan dan kepatuhan serta pekerjaan berkaitan dengan kesihatan dan keselamatan. Tenaga dan kecerdasan tinggi baka ini menjadikannya calon sempurna untuk pekerjaan sukar yang memerlukan dedikasi dan kemahiran luar biasa.[30] Toller seronok bekerja dan berada di luar, oleh itu, tidak hairanlah jika ia cemerlang dalam pelbagai kegiatan sukan dan pekerjaan.[2]

Baka ini dikategorikan sebagai anjing "sukan" di bawah pertubuhan CKC dan AKC yang menjadikan toller anjing unggul untuk pelbagai kegiatan fizikal.[1][2] Kelab kenel lain seperti ANKC dan UKC mengkategorikan toller sebagai "gundog" yang menggambarkan dorongan, kecerdasan mental, dan firasat perburuan intuitifnya.[31][32] Kelab kenel di seluruh dunia mengiktiraf toller sebagai baka atletik, ceras, dan terdorong yang mempunyai kebolehan semula jadi untuk menjadi cemerlang dalam mana-mana kegiatan berikut: ketangkasan anjing, lompatan limbungan, penangkapan cakera, flyball, lure coursing, kepatuhan, pencarian dan penyelamatan, anjing terapi, dan perburuan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤڠوتيڤ ڤمبورو ايتيق نوۏا سکوشا; bahasa Inggeris: Nova Scotia duck-tolling retriever
  2. ^ Jawi: انجيڠ ڤڠوتيڤ نوۏا سکوشا

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "American Kennel Club" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 Januari 2024.
  2. ^ a b c d e "Canadian Kennel Club" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 Januari 2024.
  3. ^ "Nova Scotia Legislature: Duck Toller" (dalam bahasa Inggeris). Nslegislature.ca. 29 Mac 2012. Dicapai pada 10 Mac 2024.
  4. ^ a b c d e f g h i Canadian Kennel Club. "CKC Breeding Standards: Nova Scotia Duck Tolling Retriever" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 10 Mac 2024.
  5. ^ a b c d e f g h i j k American Kennel Club. "Nova Scotia Duck Tolling Retriever" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Februari 2015. Dicapai pada 10 Mac 2024.
  6. ^ a b Palika, Liz (2007). The Howell Book of Dogs (dalam bahasa Inggeris). John Wiley & Sons. m/s. 307. ISBN 978-0-470-00921-5.
  7. ^ Pemerintah Nova Scotia. "Symbols: Nova Scotia Duck Tolling Retriever" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Ogos 2010. Dicapai pada 10 Mac 2024.
  8. ^ "Nova Scotia Duck Tolling Retriever : Dog Breed Selector: Animal Planet" (dalam bahasa Inggeris). Animal Planet. Dicapai pada 10 Mac 2024.
  9. ^ "Nova Scotia Duck Tolling Retriever Club of Canada" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 17 September 2017. Dicapai pada 10 Mac 2024.
  10. ^ "Hunting | NSDTRC (USA)" (dalam bahasa Inggeris). Nova Scotia Duck Tolling Retriever Club (Amerika Syarikat). 24 Januari 2013. Dicapai pada 10 Mac 2024.
  11. ^ "Agility | NSDTRC (USA)" (dalam bahasa Inggeris). Nova Scotia Duck Tolling Retriever Club (Amerika Syarikat). 24 Januari 2013. Dicapai pada 10 Mac 2024.
  12. ^ "Dock Diving | NSDTRC (USA)" (dalam bahasa Inggeris). Nova Scotia Duck Tolling Retriever Club (Amerika Syarikat). 24 Januari 2013. Dicapai pada 10 Mac 2024.
  13. ^ "Obedience/Rally | NSDTRC (USA)" (dalam bahasa Inggeris). Nova Scotia Duck Tolling Retriever Club (Amerika Syarikat). 24 Januari 2013. Dicapai pada 10 Mac 2024.
  14. ^ "Search & Rescue | NSDTRC (USA)" (dalam bahasa Inggeris). Nova Scotia Duck Tolling Retriever Club (Amerika Syarikat). 24 Januari 2013. Dicapai pada 10 Mac 2024.
  15. ^ "Temperament | NSDTRC (USA)" (dalam bahasa Inggeris). Nova Scotia Duck Tolling Retriever Club (Amerika Syarikat). 24 Januari 2013. Dicapai pada 10 Mac 2024.
  16. ^ "Top 10 | NSDTRC (USA)" (dalam bahasa Inggeris). Nova Scotia Duck Tolling Retriever Club (Amerika Syarikat). 24 Januari 2013. Dicapai pada 10 Mac 2024.
  17. ^ "Nova Scotia Duck Tolling Retriever Facts - Wisdom Panel™ Dog Breeds". Wisdom Panel™ (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 10 Mac 2024.
  18. ^ Burke, Don (2005). The Complete Burke's Backyard: The Ultimate Book of Fact Sheets (dalam bahasa Inggeris). Murdoch Books. m/s. 842. ISBN 1740457390.
  19. ^ a b c Mäki, K. (2010). "Population structure and genetic diversity of worldwide Nova Scotia Duck Tolling Retriever and Lancashire Heeler dog populations". Journal of Animal Breeding and Genetics (dalam bahasa Inggeris). 127 (4): 318–326. doi:10.1111/j.1439-0388.2010.00851.x. PMID 20646119.
  20. ^ Wilbe, M.; Jokinen, P. I.; Hermanrud, C.; Kennedy, L. J.; Strandberg, E.; Hansson-Hamlin, H.; Lohi, H.; Andersson, G. R. (2009). "MHC class II polymorphism is associated with a canine SLE-related disease complex". Immunogenetics (dalam bahasa Inggeris). 61 (8): 557–564. doi:10.1007/s00251-009-0387-6. PMID 19636550. S2CID 23422782.
  21. ^ "prcd-PRA Test For: Nova Scotia Duck Tolling Retrievers" (dalam bahasa Inggeris). OptiGen. Dicapai pada 10 Mac 2024.
  22. ^ "The OptiGen prcd-PRA Test" (dalam bahasa Inggeris). OptiGen. Dicapai pada 10 Mac 2024.
  23. ^ "Questions and Answers about Collie Eye Anomaly in the Nova Scotia Duck Tolling Retriever" (dalam bahasa Inggeris). Nova Scotia Duck Tolling Retriever Club (Amerika Syarikat). Diarkibkan daripada yang asal pada 14 September 2012. Dicapai pada 10 Mac 2024.
  24. ^ Folkman, Jane. "Thyroid/Addison's Study in Tollers – Michigan State University" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Nova Scotia Duck Tolling Retriever Club (Amerika Syarikat). Dicapai pada 10 Mac 2024.
  25. ^ "Update – UC Davis Addison's Study in Tollers" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Nova Scotia Duck Tolling Retriever Club (Amerika Syarikat). Dicapai pada 10 Mac 2024.
  26. ^ Anfinsen, K. P.; Berendt, M; Liste, F. J.; Haagensen, T. R.; Indrebo, A; Lingaas, F; Stigen, O; Alban, L (Julai 2008). "A retrospective epidemiological study of clinical signs and familial predisposition associated with aseptic meningitis in the Norwegian population of Nova Scotia duck tolling retrievers born 1994–2003". Canadian Journal of Veterinary Research (dalam bahasa Inggeris). 72 (4): 350–355. PMC 2442678. PMID 18783024.
  27. ^ "Explanation of JADD Testing Results" (dalam bahasa Inggeris). Orthopedic Foundation for Animals. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Julai 2012. Dicapai pada 10 Mac 2024.
  28. ^ "Cleft Palate (CP1) in the Nova Scotia Duck Tolling Retriever (NSDTR)" (dalam bahasa Inggeris). Orthopedic Foundation for Animal. Dicapai pada 10 Mac 2024.
  29. ^ "2002 Nova Scotia Duck Tolling Retriever Health Survey" (dalam bahasa Inggeris). Toller Health Coalition/NSDTR Club of Canada. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Julai 2013. Dicapai pada 10 Mac 2024.
  30. ^ "Nova Scotia Duck Tolling Retriever Club (Amerika Syarikat)" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 10 Mac 2024.
  31. ^ "United Kennel Club" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 10 Mac 2024.
  32. ^ "Australian National Kennel Council" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 10 Mac 2024.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]