Anjing penuding berbulu dawai Jerman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing penuding berbulu dawai Jerman
Anjing penuding berbulu dawai Jerman
Negara asalJerman
Trait
Jangka hayat purata 9–12 tahun[1][2]
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing penuding berbulu dawai Jerman[a] ialah satu baka anjing bersaiz sederhana hingga besar daripada jenis grifon yang dikembangkan pada abad ke-19 di Jerman untuk perburuan serba guna. Ia menjadi gundog utama di Jerman pada selebih abad ke-20. Ia merupakan hasli pengacukan dan penyilangan cermat daripada grifon penuding berbulu dawai, anjing penuding berbulu pendek Jerman, anjing penuding berbulu kasar Jerman, dan pudelpointer pemburu pada lewat abad ke-19.

Perihal[sunting | sunting sumber]

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Anjing penuding berbulu dawai Jerman betina

Anjing penuding berbulu dawai Jerman ialah anjing cukup berotot, bagus, dan bersaiz sederhana hingga besar dengan penampilan distingtif. Dengan saiz seimbang dan binaan kukuh, ciri-ciri yang paling membezakan pada baka ini merupakan lapis bulu mirip dawai yang tahan cuaca dan hiasan muka. Anjing penuding berbulu dawai Jerman, yang biasanya berperwatakan dan bergaya anjing penuding, ialah pemburu cerdas, bertenaga, dan tekun. Ekornya biasanya terpotong sehingga sepanjang dua perlima daripada panjang semula jadi. Di negara-negara yang melarang pemotongan ekor, ekor patut cukup panjang untuk mencapai paras keting. Seperti semua anjing penuding Jerman, ia mempunyai kaki renang. Anjing ini dapat memiliki penampilan serupa dan oleh itu kadang-kadang dikelirukan dengan spinone Itali, anjing berjanggut Czech, atau grifon penuding berbulu dawai.[3]

Bulu[sunting | sunting sumber]

Lapis bulu dawai berfungsi ialah ciri paling distingtif baka ini. Anjing mesti mempunyai lapis bulu betul untuk dianggap sebagai jenis betul. Lapis bulunya tahan cuaca dan kalis air. Lapis bulu bawahnya cukup padat pada musim sejuk untuk menebatnya menentang kesejukan tetapi sangat nipis pada musim panas sehingga hampir tidak terlihat. Lapis bulu luar distingtif adalah lurus, kasar, mirip dawai, dan terbentang merata, dan sepanjang satu hingga dua inci. Lapis bulu luarnya cukup panjang untuk melindunginya daripada beban litupan kasar, tetapi tidak begitu panjang sehingga menyembunyikan garis luar anjing. Pada tungkai bawah, lapis bulunya lebih pendek dan, di antara jari kaki, lapis bulunya mempunyai tekstur lebih lembut. Pada tengkorak, lapis bulunya pendek dan rapat secara semula jadi. Di atas bahu dan di sekeliling ekor, lapis bulunya sangat padat dan berat. Ekornya berbulu elok, khususnya di sisi bawah, tetapi tidak mempunyai jumbai. Keningnya mempunyai bulu kuat dan lurus. Janggut dan misai adalah sederhana panjang. Bulu pada tompok hati pada anjing hati dan putih mungkin lebih pendek daripada bulu putih. Lapis bulu licin pendek, lapis bulu wul lembut, atau lapis bulu terlebih panjang dikenakan penalti berat apabila ditunjukkan. Semasa mengekalkan tekstur keras mirip dawai, lapis bulu anak anjing mungkin lebih pendek daripada lapis bulu dewasa. Lapis bulu anak anjing patut lebih pendek daripada 1 inci sementara lapis bulu dewasa patut dikekalkan pada panjang 1 inci.

Gaya jalan[sunting | sunting sumber]

Anjing patut dinilai pada gaya jalan sederhana. Piawaian baka menyebut bahawa pergerakan adalah bebas dan lancar dengan jangkauan bagus pada sukuan hadapan dan kuasa dorongan baik pada sukuan belakang. Garis atas patut kekal teguh.

Perangai[sunting | sunting sumber]

Baka anjing penuding berbulu dawai Jerman

Anjing penuding berbulu dawai Jerman (GWP) bersikap penyayang, cergas, sangat tekun, giat, dan cerdas. Dengan semangat untuk belajar dan kesetiaan kepada keluarga, ia memerlukan pengendali yang tekal dalam pendekatan. Ia suka sibuk, cergas dan seronok bekerja untuk pemiliknya. Ia ramah dengan orang yang dikenali, tetapi kadang-kadang menjauhi orang asing dan patut disosialisasi pada usia awal. Ia kerap tidak berperilaku baik dalam persekitaran kenel. Anjing penuding berbulu dawai Jerman paling bahagia dan berkelakuan paling baik apabila menjadi sebahagian daripada keluarga dan dapat meluangkan masa bersama dengan orangnya. Ia boleh menjadi agak degil. Sesetengah anjing mempunyai kecenderungan untuk berkeliaran. Dengan kuasa dan tenaga, ia dapat menjadi bosan dan sukar untuk diurus tanpa senaman mencukupi. Anjing penuding berbulu dawai Jerman ialah gundog serba guna, mampu memburu sebarang jenis buruan di mana-mana rupa bumi. Anjing ini mempunyai hidung bagus dan mampu menjejak, menuding, dan mengutip di darat dan di perairan. Dengan kesetiaan dan sikap suka bermain, GWP bertahan dengan pendampingan manusia. Walau bagaimanapun, ia masih anjing dan semua anjing mungkin menggigit kanak-kanak kecil tanpa pengurusan dan pemantauan mencukupi. Walaupun ia pada umumnya menerima anjing lain, ia cenderung untuk memberikan tumpuan kepada orang dalam keluarganya.[4]

Warna[sunting | sunting sumber]

Warnanya merupakan: Hati (perang) dan putih atau hitam dan putih berbintik biasanya dengan sesetengah tompok padu, dan hati padu (perang) dengan tompok dada putih atau tanpa tompok dada putih.[5]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Anjing penuding berbulu dawai Jerman menjejaki asal usulnya ke tahun 1880. Baka ini berasal dari Jerman, apabila Baron Sigismund von Zedlitz und Neukirch menjadi pembiak baka terkemuka,[6] yang ingin menghasilkan anjing pemburu serba guna yang bekerja rapat-rapat sama ada dengan satu orang atau sekumpulan orang yang memburu dengan berjalan kaki di pelbagai rupa bumi; daripada rantau pergunungan Alp, hingga hutan tebal, hingga kawasan lebih terbuka dengan ladang dan pekan kecil. Baka yang diingini oleh orang Jerman perlu mempunyai lapis bulu yang melindungi anjing semasa bekerja di dalam semak-samun atau di dalam air sejuk, namun mudah dijaga, iaitu silangan cermat anjing penuding Jerman dengan banyak baka lain. Sumber berbeza-beza tentang zuriat tepat, walaupun grifon penuding berbulu dawai, pudelpointer, anjing penuding berbulu kasar Jerman, dan anjing penuding berbulu pendek Jerman lazimnya diterima sebagai penyumbang paling berkemungkinan. Ini ialah anjing yang dapat sepenuhnya bergerak balas terhadap keperluan pemburunya. Matlamatnya adalah untuk mengembangkan anjing berlapis bulu dawai dan bersaiz sederhana yang mampu:

  • Mencari, mengesan, dan menuding buruan tanah tinggi
  • Bekerja dengan kemahiran sama dan mengutip unggas air
  • Menjadi gundog mudah terlatih yang bekerja rapat-rapat
  • Menjejak dan mengesan buruan tercedera
  • Menghindari ketakutan semasa memburu buruan "tajam" seperti rubah
  • Menjadi pendamping dan haiwan peliharaan setia; dan
  • Menjadi anjing pengawal untuk keluarga dan harta pemiliknya.

Semua anjing penuding berbulu dawai Jerman mesti memenuhi penilaian perburuan dan fizikal ketat sebelum menjadi layak untuk pembiakbakaan. Selain pencarian dan penuding, ujian ini termasuk penjejakan dan pengutipan semua buruan termasuk buruan tercedera seperti rubah, arnab, rusa, dan babi hutan, yang mungkin tidak diperlukan daripada anjing yang terutamanya memburu burung.

Untuk kerja burung tanah tinggi (iaitu bukan unggas air), banyak GWP telah mencemerlangkan diri dengan gelaran Kejuaraan Padang semua baka dan Tuan Pemburu. Apabila membeli GWP pekerja, perlu ada perhatian untuk mengenal pasti pembiak baka yang memberikan penekanan pada semua aspek anjing pemburu serba guna. Antara pembiak baka ini boleh didapati dengan anjing berjaya termasuk Kejuaraan Duaan (kedua-dua padang dan pertunjukan).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤنوديڠ بربولو داواي جرمن; Jerman: deutscher drahthaariger Vorstehhund; Deutsch Drahthaar; bahasa Inggeris: German wire-haired pointing dog; German wirehaired pointer; German wire-haired pointer

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Individual Breed Results for Purebred Dog Health Survey" (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Ogos 2013. Dicapai pada 23 Januari 2024.
  2. ^ Proschowsky, H. F.; Rugbjerg, H.; Ersbøll, A. K. R. (2003). "Mortality of purebred and mixed-breed dogs in Denmark". Preventive Veterinary Medicine (dalam bahasa Inggeris). 58 (1–2): 63–74. doi:10.1016/S0167-5877(03)00010-2. PMID 12628771.
  3. ^ Koshyk, Craig (2011). Pointing Dogs: The Continentals Volume One (Kulit keras) (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1). Dog Willing Publications. m/s. 364. ISBN 978-0-9813523-1-2. Dicapai pada 4 Mac 2024.
  4. ^ "German Wirehaired Pointer AKC" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club.
  5. ^ "German Wirehaired Pointer Breed Standard" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. 2007. Dicapai pada 4 Mac 2024.
  6. ^ Hörter, Ria (3 April 2020). "Ria Hörter, Dog Writer, Creators of Pedigree Dogs". riahorter.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Mac 2024.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]