Anjing pudel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Anjing poodle)
Lompat ke: pandu arah, cari
Anjing pudel
Poodle, cropped.JPG
Seekor anjing pudel piawai putih berklip Skandinavia, ekor tidak terpotong.
Negara asal Jerman, kemudian dipiawaikan di Perancis[1]
Ciri
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing pudel (Jawi: انجيڠ ڤودل; Bahasa Jerman: Pudel; Bahasa Perancis: caniche; Bahasa Inggeris: poodle) ialah sekumpulan baka anjing rasmi, anjing pudel piawai atau anjing pudel besar (Bahasa Jerman: Großpudel; Bahasa Perancis: grande caninche; Bahasa Inggeris: standard poodle), anjing pudel kecil (Bahasa Jerman: Zwergpudel; Bahasa Perancis: caniche nain; Bahasa Inggeris: miniature poodle), dan anjing pudel mainan (Bahasa Jerman: Toypudel; Bahasa Inggeris: toy poodle) (satu pertubuhan pendaftaran juga mengakui jenis anjing pudel sederhana (Bahasa Jerman: Kleinpudel; Bahasa Perancis: moyen caniche; Bahasa Inggeris: medium poodle), antara anjing pudel piawai dengan anjing pudel kecil), dengan banyak warna bulu. Pada asalnya dibiakbakakan di Jerman sebagai sejenis anjing air, baka ini dipiawaikan di Perancis. Anjing pudel mahir dalam banyak sukan anjing, termasuk ketangkasan, kepatuhan, penjejakan, dan juga penggembalaan. Anjing pudel telah mengambil kehormatan teratas dalam banyak pertunjukan pengakuran, termasuk "Best in Show" dalam Pertunjukan Anjing Westminster Kennel Club pada 1991 dan 2002, dan dalam Pertunjukan Anjing Sedunia pada 2007 dan 2010.

Anjing pudel mainan memenangi "Best in Show" dalam Crufts pada 1966 dan 1982. Anjing pudel piawai memperoleh anugerah pada 1955, 1985 dan 2002. Pemenang 2002 datang dari Norway dan merupakan pameran luar negara pertama untuk memenangi anugerah Best in Show Cruftsward.[2][3][4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Poodle (breed of dog)." Encyclopædia Britannica Ultimate Reference Suite. Chicago: Encyclopædia Britannica, 2011.
  2. Dogworld: Digital Crufts Edition (2010): p. 87
  3. Dogworld: Digital Crufts Edition (2010): p. 84
  4. "Norwegian poodle wins Crufts". BBC News. 10 Mac 2002. http://news.bbc.co.uk/1/hi/england/1865753.stm. Capaian 28 Disember 2009. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]