Anjing pufin Norway

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing pufin Norway
Seekor lundehund Norway
Nama lainLundehund Norway
Nama ringkasLundehund
Negara asalNorway
Trait
Berat 6–7 kg (13–15 lb)
Tinggi 30–40 cm (12–16 in)
Bulu padat dan pendek
Warna banyak
Saiz perinduk 1–6 ekor
Jangka hayat 5–10 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing pufin Norway atau lundehund Norway[a] ialah satu baka anjing kecil daripada jenis spits yang berasal dari Norway. Nama "lundehund" ialah kata nama majmuk yang terdiri daripada unsur "lunde", yang memaksudkan "pufin" (Bahasa Norway: lunde "pufin" atau lundefugl "burung pufin"), dan unsur "hund", yang memaksudkan "anjing". Baka ini pada asalnya dikembangkan untuk pemburuan burung pufin dan telurnya di tempat sarang yang tidak mudah dicapai di gua dan di tebing. Baka ini menghampiri kepupusan pada tahun 1960-an dan pemuliharaan sejak itu diusahakan.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Lundehund merupakan haiwan pekerja bernilai untuk pemburuan burung pufin di sepanjang pinggir laut Norway sebagai makanan selama lebih daripada 400 tahun.[2] Catatan pertama yang diketahui tentang baka ini bertarikh kembali ke tahun 1591, semasa seorang bailif menulis tentang lawatannya ke Værøy bahawa, "kita tidak dapat semudahnya memungut [pufin] dari dalam tanpa mempunyai anjing kecil yang terbiasa merangkak ke dalam lubang dan menarik burung itu ke luar."[1] Kebolehlenturannya dan jari tambahannya unggul untuk memburu burung itu di lokasi sarang yang tidak mudah dicapai di tebing dan di gua. Minat terhadap baka ini menurun apabila kaedah baharu yang menggunakan jaring untuk pemburuan pufin digabungkan dan cukai anjing dicipta. Pada sekitar tahun 1900, ia hanya terdapat di kampung Mostad (dieja Måstad dalam bahasa Norway) yang terasing, Lofoten. Terdapat juga cerita-cerita tentang lundehund yang digunakan di Lovund, Lurøy oleh Petter Dass, seperti yang terkutip dalam karya masyhurnya, Nordlands Trompet. Baka ini hampir pupus pada sekitar Perang Dunia Kedua apabila distemper anjing menyerang Værøy dan pulau-pulau di sekitar, lalu mengurangkan populasi kepada hanya dua ekor anjing.[1] Pada tahun 1963, populasinya jauh menjunam akibat lagi satu wabak distemper.[3] Pada kali ini, hanya enam ekor anjing terselamat, seekor di Værøy dan lima ekor di Norway timur, Hamar. Kelima-lima ekor anjing di Hamar adalah seibu. Ini menghasilkan kejejalan populasi parah.[4][5] Oleh sebab pembiakbakaan dengan garis panduan ketat, kini terdapat anggaran 1500 ekor anjing di dunia (2022), dengan sekitar 900 ekor daripada populasi di Norway.[6][7][5]

Ciri[sunting | sunting sumber]

Lundehund mempunyai enam jari yang membantu untuk berpaut pada tebing

Lundehund Norway ialah anjing jenis spits kecil berprofil segi empat tepat dengan beberapa trait fenotip unik.[7][5] Ia mempunyai julat besar bagi pergerakan sendinya, yang membolehkannya memuatkan diri ke dalam laluan dan terowong sempit dan mengeluarkan dirinya. Anjing baka ini mampu memusing kepalanya ke arah belakang di sepanjang tulang belakangya, serupa dengan anjing menyanyi New Guinea, dingo Borneo, dan dingo Australia, dan memusingkan tungkai hadapannya ke sisi pada sudut mengufuk 90 darjah dengan tubuhnya, seperti lengan manusia. Telinga tegak tajamnya dapat dilipat menutup untuk membentuk kedapan hampir penuh melalui lipatan ke hadapan atau ke belakang, yang melindungi telinga daripada kotoran dan parasit.[7]

Anjing pufin Norway adalah polidaktil: berbanding dengan empat jari normal pada setiap kaki, lundehund biasanya memiliki enam jari, kesemuanya terbentuk sepenuhnya, bersendi, dan berotot.[7] Sesetengah spesimen kadang-kadang mempunyai lebih atau kurang daripada enam jari setiap kaki, tetapi ini dianggap terkeluar daripada piawaian baka.

Lundehund Norway

Lapis bulu luarnya padat dan kasar dengan lapis bulu bawah lembut. Lundehund teradaptasi untuk memanjat laluan tebing sempit di Værøy. Di sana, pada asalnya ia memburu pufin. Sesetengah maklumat umum dapat ditemukan di halaman web Persatuan Anjing Pufin Norway.[8]

Baka ini sedang diuji di Lapangan Terbang Tromsø oleh Pihak Pengurusan Lalu Lintas Udara dan Lapangan Terbang Norway sebagai jalan penyelesaian untuk perlanggaran antara burung dengan pesawat. Anjing ini digunakan untuk mencari telur burung di sekitar lapangan terbang dialihkan. Lundehund ialah baka giat yang memerlukan banyak juga senaman. Ia merupakan anjing baik untuk keluarga dan cukup mentoleransi kanak-kanak jika disosialkan dengan baik.

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Anjing pufin Norway menunjukkan tanda-tanda kemurungan pembiakbakaan dalam termasuk kesuburan menurun oleh sebab saiz perinduk kecil, tingkah laku pengelakan pembiakbakaan dalam, dan mutu sperma rendah.[7]

Sindrom lundehund[sunting | sunting sumber]

Lundehund Norway cenderung terhadap perkembangan limfangiektasia usus, pada umumnya dikenali sebagai sindrom lundehund, iaitu enteropati pembazir protein yang menyebabkan cirit-birit berjeda, pemuntahan, penyusutan berat, dan asites.[9] Sebagai tambahan, anjing dengan sindrom lundehund cenderung terhadap gastritis atrofi kronik dan neoplasma gastrik.[10][7] Satu isu besar dengan lundehund ialah kehilangan kebolehan untuk menyerap nutrien daripada makanan dan, dalam kes ekstrem, anjing tersebut dapat kebulur akibat ketidakbolehannya untuk menerbitkan nutrien dan protein daripada makanan, sekali pun terdapat pengambilan makanan. Tiada penawar, namun penyakit ini dapat diuruskan; walau bagaimanapun, banyak anjing mengalami sindrom lundehund berulang-ulang sepanjang hidup, lalu menyebabkan rawatan perubatan berpanjangan dan kualiti hidup rendah.[11][12] Terdapat petanda bahawa lundehund yang mengamalkan diet rendah lemak dan tinggi protein menerima kesan sangat positif terhadap kesihatan berkaitan dengan masalah pencernaan. Sebuah kajian tentang mortaliti pada populasi lundehund menunjukkan bahawa 30% kematian sebelum usia 11 tahun berlaku akibat sindrom lundehund dan lagi 10% akibat penyakit perut dan usus lain.[13] Gen-gen terlibat dan pola pewarisan untuk sindrom lundehund belum difahami dengan baik dan mungkin, sekurang-kurangnya sebahagian, dijelaskan oleh pewarisan poligen dan kekerapan tinggi—atau pengikatan—gen-gen terlibat.[7][9]

Program pembiakbakaan silang[sunting | sunting sumber]

Oleh sebab keparahan penjejalan populasi, lundehund Norway kini sedang menjalani program pembiakbakaan silang yang diterajui oleh Kelab Anjing Pufin Norway dengan bantuan daripada sekumpulan ahli genetik. Program ini bersasar untuk menerapkan strategi pembiakbakaan anjing pufin Norway dengan individu terpilih daripada pelbagai baka anjing Nordik lain termasuk buhund Norway, anjing gembala Iceland, dan spits Norrbotten untuk mengurangkan kecelaruan genetik resesif berbahaya.[14][7][5]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤوفين نوروءي; لوندهون نوروءي, Sebutan bahasa Melayu: [lundəhʊn]; Norway: norsk lundehund; bahasa Inggeris: Norwegian puffin dog; Norwegian lundehund

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Readicker-Henderson, Edward (1 Oktober 2012). "Norway's Best-Kept Secret: Puffin Dogs". National Geographic (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Julai 2021. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  2. ^ "FCI-Standard N° 265 NORSK LUNDEHUND (Norwegian Lundehund)" [Piawaian FCI No. 265 Anjing Pufin Norway] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Norsk Kennel Club. 22 Februari 2012. Dicapai pada 3 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
  3. ^ Kropatsch, Regina; Melis, Claudia; Stronen, Astrid V.; Jensen, Henrik; Eppelen, Joerg T. (2015). "Molecular Genetics of Sex Identification, Breed Ancestry and Polydactyly in the Norwegian Lundehund Breed". Journal of Heredity (dalam bahasa Inggeris). 106 (4): 403–406. doi:10.1093/jhered/esv031. hdl:11250/2462901. ISSN 0022-1503. PMID 25994807.
  4. ^ Pfahler, Sophia; Distl, Ottmar (10 April 2015). "Effective Population Size, Extended Linkage Disequilibrium and Signatures of Selection in the Rare Dog Breed Lundehund". PLOS ONE (dalam bahasa Inggeris). 10 (4): e0122680. Bibcode:2015PLoSO..1022680P. doi:10.1371/journal.pone.0122680. ISSN 1932-6203. PMC 4393028. PMID 25860808.
  5. ^ a b c d Stronen, Astrid V.; Salmela, Elina; Baldursdóttir, Birna K.; Berg, Peer; Espelien, Ingvild S.; Järvi, Kirsi; Jensen, Henrik; Kristensen, Torsten N.; Melis, Claudia; Manenti, Tommaso; Lohi, Hannes; Pertoldi, Cino (1 Jun 2017). "Genetic rescue of an endangered domestic animal through outcrossing with closely related breeds: A case study of the Norwegian Lundehund". PLOS ONE (dalam bahasa Inggeris). 12 (6): e0177429. Bibcode:2017PLoSO..1277429S. doi:10.1371/journal.pone.0177429. ISSN 1932-6203. PMC 5453418. PMID 28570553.
  6. ^ "NLK Norsk Lundehundklubbs database" [Pangkalan Data Kelab Anjing Pufin Norway]. Norsk Lundehund Klubb Database (dalam bahasa Norway). Dicapai pada 3 Januari 2024.
  7. ^ a b c d e f g h Melis, Claudia; Pertoldi, Cino; Ludington first3=William; Beuchat, Carol; Qvigstad, Gunnar; Stronen, Astrid Vik (14 Januari 2022). "Genetic Rescue of the Highly Inbred Norwegian Lundehund". Genes (dalam bahasa Inggeris). 13 (1): 163. doi:10.3390/genes13010163. ISSN 2073-4425. PMC 8775414 Check |pmc= value (bantuan). PMID 35052503 Check |pmid= value (bantuan). Missing pipe in: |last3= (bantuan)
  8. ^ "General Brochure in English on Lundehund.pdf" (PDF) (dalam bahasa Inggeris).
  9. ^ a b Metzger, Julia; Pfahler, Sophia; Distl, Ottmar (2 Ogos 2016). "Variant detection and runs of homozygosity in next generation sequencing data elucidate the genetic background of Lundehund syndrome". BMC Genomics (dalam bahasa Inggeris). 17 (1): 535. doi:10.1186/s12864-016-2844-6. ISSN 1471-2164. PMC 4971756. PMID 27485430.
  10. ^ Kolbjørnsen, Ø.; Press, C. McL.; Landsverk, T. (1 Julai 1994). "Gastropathies in the Lundehund". APMIS (dalam bahasa Inggeris). 102 (7–12): 647–661. doi:10.1111/j.1699-0463.1994.tb05216.x. S2CID 208528477 – melalui Wiley Online Library.
  11. ^ Berghoff, DVM, Nora. "Lundehund Syndrome: What we know about chronic gastrointestinal disease in Norwegian Lundehunds" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Texas A&M University. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 24 Mei 2011. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  12. ^ "health" (dalam bahasa Inggeris). Nlaainc.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Julai 2011. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  13. ^ Rasespesifikk Avlsstrategi (RAS) for Norsk Lundehund [Strategi Pembiakbakaan Spesifik Baka untuk Lundehund Norway] (dalam bahasa Norway). Oslo: Norwegian Lundehund Club. 2014. m/s. 28.
  14. ^ Beuchat, Carol. "Saving the Norwegian Lundehund: an update from Milo". Institute of Canine Biology. Dicapai pada 3 Januari 2024.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]