Anjing pug

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Anjing pug
Mops-duke-mopszucht-vom-maegdebrunnen.jpg
Seekor anjing pug perang kekuning-kuningan, warna paling umum.
Nama lain Anjing pug China
Anjing buldog Belanda
Anjing mastif Belanda
Anjing mastif kecil
Anjing mop
Carlin
Negara asal China[1]
Ciri
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing pug (Bahasa Inggeris: pug), anjing pug China (Bahasa Inggeris: Chinese pug), anjing buldog Belanda (Bahasa Inggeris: Dutch bulldog), atau anjing mastif Belanda (Bahasa Inggeris: Dutch mastiff) ialah sejenis anjing mainan yang bermuka berkedut dan bermuncung pendek, dan berekor lingkar. Baka ini mempunyai bulu licau halus, yang terdapat dalam pelbagai warna, sungguhpun kerap hitam atau perang kekuning-kuningan, dan badan kotak padat dengan otot berkembang dengan baik. Dikenali di China purba sebagai lo-sze, anjing pug sebagai haiwan pembiakbakaan mungkin telah menyumbang kepada anjing buldog Inggeris, anjing Peking moden dan King Charles Spaniel. Anjing pug dibawa dari China ke Eropah pada abad keenam belas dan dipopularkan di Eropah Barat oleh Kerabat Orange di Belanda, dan Kerabat Stuart.[2] Anjing pug kekal popular sehingga abad kedua puluh satu, dengan sesetengah pemilik selebriti terkenal. Seekor anjing pug dihakimi sebagai Best in Show dalam Pertunjukan Anjing Sedunia pada 2004.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan AKC_History tidak disediakan
  2. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Pugs_in_public tidak disediakan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:NIE Poster