Anjing schnauzer besar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Anjing schnauzer besar
Seekor anjing hitam yang berdiri
Seekor anjing schnauzer besar yang bulunya dijaga untuk persembahan.
Nama lain Anjing schnauzer Munich[1]
Anjing Munich[1]
Anjing schnauzer beruang Rusia[2]
Negara asal Jerman
Ciri
Berat 75–95 lb (34–43 kg)
Tinggi Jantan 25.5–27.5 in (65–70 cm)
Betina 23.5–25.5 in (60–65 cm)
Bulu Padat, berdawai
Warna Hitam atau "garam dan lada"
Saiz seperinduk 5-8 ekor[3]
Jangka hayat 7-10 tahun[4]
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing schnauzer besar (Bahasa Jerman: Riesenschnauzer; Bahasa Inggeris: giant schnauzer) ialah satu baka anjing pekerja yang dikembangkan pada abad ke-17 di Jerman. Ia merupakan yang terbaik daripada tiga baka anjing schnauzer, dengan baki dua merupakan anjing schnauzer piawai dan anjing schnauzer kecil. Banyak baka digunakan dalam pengembangannya, termasuk anjing Denmark besar hitam, anjing lembu Flandre, dan anjing schnauzer piawai. Pada asalnya dibiakbakakan untuk membantu di ladang dengan menggiring haiwan ternakan ke pasar dan menjada harta milik peladang, baka ini akhirnya berpindah ke kota, tempat ia bekerja menjaga kilang bir, kedai penyembelih, kandang dan kilang. Ia tidak dikenali di luar Bavaria sehingga ia menjadi popular sebagai anjing ketenteraan pada Perang Dunia I dan Perang Dunia II.

Ia mempunyai bulu padat dan keriting yang melindunginya daripada cuaca dan daripada haiwan perosak. Anjing schnauzer besar terdapat dalam dua corak warna: Hitam pejal dan warna yang dikenali sebagai garam dan lada, yang melibatkan bulu putih, hitam, dan kelabu membintik anjing dengan rawak. Di tempat yang dibenarkan, ia ditunjukkan dengan telinga dan ekor terpotong. Seperti anjing schnauzer lain, ia mempunyai janggut dan bulu kening tersendiri. Kini, anjing schnauzer besar menyertai banyak sukan anjing, termasuk schutzhund. Ia juga digunakan sebagai anjing polis.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Stahlkuppe, Joe; Earle-Bridges, Michele (1 Mac 2002). Giant Schnauzers: Everything About Purchase, Care, Nutrition, Training, and Wellness. Hauppauge, New York: Barron's Educational Series. m/s. 5–11. ISBN 0764118846. OCLC 47289437. http://books.google.com/?id=NKpEIP7u7yQC&dq=Giant+Schnauzer. Capaian 9 Februari 2013. 
  2. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan BigDog tidak disediakan
  3. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Kern tidak disediakan
  4. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan PurebredPuppy tidak disediakan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]