Anjing spaniel padang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Anjing spaniel padang
Field spaniel 581.jpg
Nama ringkas Field
Negara asal England
Ciri
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing spaniel padang (Bahasa Inggeris: field spaniel) ialah satu baka anjing bersaiz sederhana jenis spaniel. Ia dibiakbakakan pada asalnya untuk menjadi anjing pertunjukan sepenuhnya hitam pada hujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 dan tidak popular untuk bekerja sebagai anjing pemburu. Walau bagaimanapun, pada pertengahan abad ke-20 ia dikembangkan semula sebagai anjing berkaki lebih panjang yang lebih sesuai digunakan untuk kerja padang. Ia kini dianggap sebagai baka jarang, dan terdaftar sebagai Baka Asli Rentan oleh The Kennel Club.

Bulunya lebih ringan daripada anjing spaniel lain dan tidak mempunyai bulu lapis bawah. Bulunya terdapat kebanyakannya dalam warna pejal kadang-kadang dengan sesetengah tanda di dada. Ia boleh menjadi anjing keluarga baik dan sabar dengan kanak-kanak, tetapi boleh memerlukan sejenis tujuan, mungkin kerja pemburuan atau ketangkasan untuk mengelakkannya daripada bosan dan bersikap pemusnah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Grayson, Peggy (1984)THE HISTORY AND MANAGEMENT OF THE FIELD SPANIEL, Scan Books, ISBN 0-90360-10-2

Pautan luar[sunting | sunting sumber]