Anjing spits India

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Anjing spitz India
An Indian Spitz breed (female).jpg
Negara asal India
Ciri
Pengelasan dan piawaian
Tidak diakui oleh mana-mana kelab kenel utama
Nota Diakui oleh The Kennel Club of India (KCI).
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing spits India (Bahasa Inggeris: Indian spitz) ialah satu baka anjing jenis spits tergolong dalam kumpulan Anjing Kebergunaan. Ia sangat menyerupai anjing spits Jerman tetapi kasar-kasar 1.5–2.5 in (3.8–6.3 cm) lebih pendek pada paras kelasa dan berberat pada sekitar 10–15 lb (4.5–6.8 kg) atau kurang.

Anjing spits India merupakan salah satu anjing paling popular pada 1980-an dan pada 1990-an apabila peraturan import India menyusahkan pengimportan baka anjing lain. Kini, sungguhpun dibayangi oleh baka lain seperti anjing pug dan Lhasa Apso, ia mendominasi dan membangkit sebagai salah satu haiwan peliharaan paling menjimatkan dan masih disukai.

Anjing spits India kerap dipanggil anjing Pomerania sungguhpun kedua-dua baka ini sangat berlainan dan anjing spits India tergolong dalam keluarga spits bersama dengan anjing pemburu elk, anjing spits Jerman, anjing Samoyed dan anjing spits Finland contohnya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]