Anjing terier sempadan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Anjing terier sempadan
Border Terrier.jpg
Negara asal UK - Scotland / England
Ciri
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing terier sempadan (Bahasa Inggeris: border terrier) ialah satu baka anjing kumpulan terier kecil dan berbulu kasar. Pada asalnya dibiakbakakan sebagai pemburu rubah dan haiwan perosak, anjing terier sempadan mengongsi leluhur dengan anjing terier Dandie Dinmont[1] anjing terier Patterdale [petikan diperlukan] dan anjing terier Bedlington.[1]

Sungguhpun baka ini jauh lebih lama, anjing terier sempadan secara rasmi diakui oleh The Kennel Club di Great Britain pada 1920, dan oleh American Kennel Club (AKC) pada 1930. Anjing terier sempadan dibiakbakan untuk mempunyai kaki cukup panjang untuk mengikuti kuda dan anjing pemburu rubah lain, yang berjalan bersamanya, dan badan cukup kecil untuk merangkak ke dalam lubang rubah dan mengejar rubah keluar agar pemburu boleh mendapatkan tembakan terus/ Anjing pemburu rubah yang berjalan dengannya tidak cukup kecil untuk melakukan kerja anjing terier sempadan.

Pada 2006, anjing terier sempadan ditempatkan yang ke-81 dalam bilangan pendaftaran oleh AKC,[2] sementara ia ditempatkan yang ke-10 di United Kingdom.[3]

Pada 2008, anjing terier sempadan ditempatkan yang ke-8 dalam bilangan pendafaran oleh UK Kennel Club.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Border Terrier History
  2. "AKC Dog Registration Statistics". Akc.org. 2 Februari 2009. http://www.akc.org/reg/dogreg_stats.cfm. Capaian 20 Februari 2009. 
  3. "2006 Top 20 Breed Registrations". The Kennel Club. 23 Januari 2007. http://www.thekennelclub.org.uk/item/887. Capaian 20 Februari 2009. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]