Anjing terier Glen of Imaal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Anjing terrier Glen of Imaal)
Lompat ke: pandu arah, cari
Anjing terier Glen of Imaal
Wheaten glen of imaal.jpg
Seekor anjing terier Glen of Imaal gandum dewasa
Nama lain Anjing terier Glen of Imaal Ireland
Anjing terier Wicklow
Nama ringkas Glen, Glennie
Negara asal Ireland
Ciri
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing terier Glen of Imaal (Bahasa Inggeris: Glen of Imaal terrier), anjing terier Glen of Imaal Ireland (Bahasa Inggeris: Irish Glen of Imaal terrier), atau anjing terier Wicklow (Bahasa Inggeris: Wicklow terrier) ialah satu baka anjing kategori terier dan satu daripada empat baka anjing terier Ireland. Nama baka ini kerap disingkatkan oleh penggemar kepada hanya Glen.

Baka ini berasal dari, dan dinamai sempena, Glen of Imaal di Kaunti Wicklow, Ireland. Ia diakui buat kali pertama oleh Irish Kennel Club pada 1934 dan paling kini oleh American Kennel Club pada 2004.

Baka ini dilaporkan wujud pada zaman pemerintahan Elizabeth I, yang mengupah askar Perancis dan Hessian untuk menamatkan kekacauan awam di Ireland. Selepas persengketaan ini, ramai askar ini bertempat di kawasan Wicklow. Ia membawa hound rendah mereka bersama, yang dibiakbakakan dengan anjing ternakan terier tempatan, akhirnya menghasilkan baka tersendiri yang akhirnya dikenali sebagai anjing terier Glen of Imaal.

Anjing terier Glen of Imaal dikembangkan untuk penghapusan haiwan perosak seperti tikus, rubah, bejar, dan berang-berang, dan juga sebagai anjing pekerja tujuan umum untuk penggembalaan. Tidak seperti banyak anjing terier lain, ia merupakan "anjing kuat" lebih daripada "pemerum"—ia dibiakbakakan untuk bekerja dengan senyap ke dalam tanah, senyap-senyap pergi ke dalam lubang buruannya, sebalik menyalak untuk menyatakan lokasinya. Dalam ujian, ia sebenarnya disingkirkan sekiranya berbunyi semasa berburu.

Menurut cerita rakyat Ireland, yang diulangi dalam banyak gambaran baka ini, anjing terier Glen of Imaal digunakan sebagai anjing turnspit untuk memutarkan daging di atas apai untuk pemasakan. Walau bagaimanapun, bukti untuk ini sukar ditemui, dan ukiran anjing turnspit dari abad ke-19 tidak banyak menunjukkan keserupaan dengan anjing terier Glen of Imaal moden.

Baka ini hampir pupus sebelum dipulihkan semula pada awal abad kedua puluh. Kini, anjing terier Glen of Imaal masih merupakan salah satu daripada baka anjing terjarang[1] (di Amerika Syarikat, bilangan haiwan terdaftar dalam beratus-ratus) dan baka anjing terier Ireland paling kurang dikenali.

Kerana Glen of Imaal kini digunakan sebagai padang tembak oleh tentera Ireland, kini tiada anjing terier Glen of Imaal mendiami kawasan itu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]