Anjing terier putih Tanah Tinggi Barat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Anjing terier putih Tanah Tinggi Barat
Seekor anjing terier kecil sepenuhnya putih dengan telinga tegak berpusing untuk menghadap kamera. Ia mempunyai bulu kasar dan ekornya dinaikkan.
Seekor anjing terier putih Tanah Tinggi Barat.
Nama lain Anjing terier Poltalloch
Anjing terier Roseneath
Anjing terier Roseneath putih
Nama ringkas Westie (atau Westy)
Negara asal Scotland Scotland
Ciri
Berat 15–20 lb (6.8–9.1 kg)
Tinggi 14–16 in (36–41 cm)
Bulu Dua lapis
Warna Putih
Saiz seperinduk 3 ke 5 ekor anak anjing
Jangka hayat 12 ke tahun 16
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing terier putih Tanah Tinggi Barat (Bahasa Inggeris: West Highland white terrier) ialah satu baka anjing Scotland dengan bulu putih tersendiri. Baka modennya diturunkan daripada sebilangan program pembiakbakaan anjing terier putih di Scotland sebelum abad ke-20. Edward Donald Malcolm, Laird Poltalloch Ke-16, dikreditkan dengan penciptaan baka moden daripada anjing terier Poltalloch-nya, tetapi tidak mahu diketahui dengan nama itu. Baka berkaitan lain termasuk George Campbell, anjing terier Roseneath Duke Argyll Ke-8 dan anjing terier Pittenweem Dr. Americ Edwin Flaxman. Baka anjing terier Scotland putih kecil diberi nama modennya buka kali pertama pada 1908, dengan pengakuan oleh kelab kenel utama berlaku pada masa masa.

Baka ini kekal sangat popular di United Kingdom dan berada di ketiga teratas daripada semua baka di Ameriak Syarikat sejak 1960-an. Ia telah ditonjolkan dalam televisyen dan filem termasuk dalam Hamish Macbeth dan dalam iklan oleh syarikat seperti makanan anjing Cesar dan wiski Scotland Black & White. Ia merupakan anjing terier bersaiz sederhana, sungguhpun dengan kaki lebih panjanga daripada baka anjing terier Scotland lain. Ia mempunyai bulu dua lapis putih yang emngisi muka anjing ini memberinya penampilan bulat. Baka ini baik dengan kanak-kanak, tetapi tidak akan sentiasa bertoleransi dengan pengendalian kasar. Anjing ini ialah satu baka giat, tetapi bersosial dengan dorongan mangsa tinggi. Ia merupakan teman setia yang akan pertgi ke mana-mana untuk menyenangkan tuannya, kerana pernah digunakan untuk memburu rodensia.

Beberapa isu kesihatan spesifik baka dan tidak spesifik baka muncul pada baka ini termasuk satu keadaan pada anjing muda diberi nama julukan "rahang westie" yang menyebabkan pertumbuhan lampau tulang pada rahang anjing ini. Ia juga mudah menghidap gangguan kulit, dengan satu keadaan spesifik baka dipanggil kejadian dermatosis hiperplasia. Ia sangat bertenaga dan banyak memerlukan senaman. Sepupu kepada "scotty," westie dibiakbakakan untuk memburu rodensia kecil di tempat seperti ladang.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Tertentu
Umum

Pautan luar[sunting | sunting sumber]