Anjing botak Peru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Anjing tidak berbulu Peru)
Anjing botak Peru
Nama lainViringo Peru
Anjing botak Inka
Negara asalPeru
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing botak Peru,[a][1] viringo Peru, Peruvian Inca orchid, atau anjing Chimú ialah salah satu daripada beberapa baka anjing botak. Anjing botak Peru juga dipanggil "perro chino" yang diterjemahkan secara harfiah kepada "anjing cina" tetapi dianggap mempunyai maksud "anjing rumah" pula, kerana "china" ialah perkataan bahasa Quechua untuk "wanita".[2] Baka ini terdapat dengan pelbagai saiz dan warna, termasuk perang coklat, kelabu gajah, dan gangsa. Ia peka terhadap suhu ekstrem dan memerlukan penjagaan khusus oleh sebab kekurangan bulunya, termasuk perlindungan daripada cahaya matahari dan kesejukan. Dahulu, ia pernah dikaitkan dengan Empayar Inka dan secara rasmi diiktiraf sebagai sebahagian daripada warisan kebudayaan Peru.[3][4]

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Anjing botak Peru baka tulen sempurna, Trujillo, Peru
Muka seekor anjing botak Peru tipikal

Menurut piawaian baka FCI, aspek paling penting bagi penampilannya ialah kebotakannya. Anjing botak kerap digunakan dalam penyelidikan untuk pengujian pelbagai keadaan seperti dermatitis dan keadaan lain berkaitan dengan imun.[5] Anjing ini mungkin mempunyai bulu pendek di atas kepalanya, di kakinya, dan di hujung ekornya. Di Peru, para pembiak baka cenderung memilih anjing yang sepenuhnya botak. Kulit dapat berwarna perang coklat, kelabu-gajah, tembaga, atau berbelak. Ia dapat sepenuhnya berwarna tunggal atau berwarna tunggal dengan tompok merah jambu lidah. Albinisme tidak diterima. Warna matanya berkaitan dengan warna kulit. Matanya sentiasa berwarna perang, tetapi anjing dengan warna cerah dapat mempunyai mata lebih jelas berbanding dengan anjing berkulit gelap. [6] [7]

Anjing botak Peru terdapat dalam tiga saiz:[8]

  • Kecil: 25–40 cm (10–16 in)
  • Sederhana: 40–50 cm (16–20 in)
  • Besar: 50–65 cm (20–26 in)

Berat juga berbeza-beza mengikut saiz:

  • Kecil: 4–8 kg (9–18 lb)
  • Sederhana: 8–12 kg (18–26 lb)
  • Besar: 12–25 kg (26–55 lb)

Anjing ini patut langsing dan anggun dengan wajah kekuasaan dan keharmonian tanpa menjadi kasar.[6][7]

Telinganya hendaklah berbentuk api lilin dan tegak dengan kemungkinan untuk terbentang rata.[6][7]

Perkadaran ketinggian (pada paras kelasa) dengan panjang (kelasa ke pangkal ekor) ialah 1:1.[6][7]

Genetik dan kesihatan[sunting | sunting sumber]

Anjing botak Peru, Amerika Syarikat

Gen yang menyebabkan kebotakan juga sering menyebabkan bilangan gigi lebih rendah pada baka ini berbanding dengan pada baka lain, kebanyakannya kekurangan geraham dan geraham kecil.[9]

Trait kebotakan ialah mutasi maut ganda dominanTemplat:Neologism inline, yang bermaksud bahawa kebotakan homozigotik tidak wujud. Embrio homozigus, yang mempunyai dua salinan bagi gen itu, tidak berkembang di dalam rahim. Ini menghasilkan purata kadar kelahiran 2:1, botak:berbulu.[10]>Templat:Verification needed

Menggayakan diri

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Huaco anjing botak Peru purba, Muzium Brüning

Anjing botak Peru kerap dianggap sebagai anjing Inka kerana ia diketahui telah dibela semasa Empayar Inka (orang Sepanyol mengelaskannya sebagai salah satu daripada enam baka anjing berlainan di dalam empayar itu). Ia juga dibela sebagai haiwan peliharaan dalam kebudayaan pra-Inka dari zon pinggir laut utara Peru. Anjing botak seramik daripada kebudayaan Chimú, kebudayaan Moche, dan kebudayaan Vicus cukup terkenal. Gambaran anjing botak Peru muncul pada sekitar tahun 750 Masihi dalam bekas seramik Moche dan diteruskan dalam tradisi seramik Andes kemudiannya.[11][halaman diperlukan]

Anjing botak Peru kini merupakan lambang Peru dan sebahagian daripada warisan kebangsaannya, yang diraikan dalam kesenian dan kesusasteraan.[12] Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI) menerima baka ini dan menerima pakai piawaian baka rasmi.[perlu rujukan]

Sebelum waktu itu, di Amerika Syarikat, sesetengah penggemar menghasilkan lagi satu jenis anjing botak Peru, iaitu Peruvian Inca Orchid atau orkid Inka Peru. Orkid Inka Peru diiktiraf oleh AKC dan semua anjing yang diiktiraf merupakan keturunan bagi 13 ekor anjing yang dibawa dari Peru pada awal abad ke-20.[perlu rujukan] UKC juga mengiktiraf baka ini dalam beberapa tahun kebelakangan ini.[perlu rujukan]

Bukti DNA[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2018, analisis terhadap DNA daripada keseluruhan nukleus sel menunjukkan bahawa anjing memasuki Amerika Utara dari Siberia pada 4,500 tahun selepas manusia melakukannya, terasing selama 9,000 tahun berikutnya, dan selepas perhubungan dengan orang Eropah, anjing ini tidak lagi wujud kerana digantikan oleh anjing Eurasia. Anjing praperhubungan mempamerkan petanda genetik unik yang kini lenyap.[13]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: انجيڠ بوتق ڤيرو; Sepanyol: perro sin pelo del Perú; perro peruano sin pelo; perro sin pelo peruano; bahasa Inggeris: Peruvian hairless dog

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "PERRO PERUANO SIN PELO (Canis familiaris)". www.peruecologico.com.pe (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 5 Januari 2024.
  2. ^ Cook, O. F. (1 April 1919). "DOMESTICATION OF ANIMALS IN PERU Get". Journal of Heredity (dalam bahasa Inggeris). 10 (4): 176–181. doi:10.1093/oxfordjournals.jhered.a101913.
  3. ^ ""Designan representante del Ministerio ante el Comité Nacional de Protección del "perro sin pelo del Perú". Resolución ministerial n.º 076-2013-MC"" (PDF). Ministerio de Economía y Finanzas del Perú (Lima) (dalam bahasa Sepanyol). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 15 Jun 2013.
  4. ^ "Masters of the pyramid: The dogs reclaiming their heritage". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 2 September 2019. Dicapai pada 5 Januari 2024.
  5. ^ Kimura, Ohshima (Januari 1993). "The inheritance and breeding results of hairless descendants of Mexican hairless dogs". Laboratory Animals (dalam bahasa Inggeris). 27 (1): 55–58. doi:10.1258/002367793781082403. PMID 8437436.
  6. ^ a b c d "Estándar-FCI N° 310 PERRO SIN PELO DEL PERÚ" [Piawaian FCI No. 310 Anjing Botak Peru] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Sepanyol). 26 Oktober 2021. Dicapai pada 16 Mac 2024.
  7. ^ a b c d "FCI-Standard N° 310 PERRO SIN PELO DEL PERÚ (Peruvian hairless dog)" [Piawaian FCI No. 310 Anjing Botak Peru] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Brígida Nestler. Penyeliaan teknikal oleh Miguel Ángel Martínez. Pindaan terkini oleh Kennel Club Peruano. 26 Oktober 2021. Dicapai pada 16 Mac 2024.CS1 maint: others (link)
  8. ^ "Peruvian Inca Orchid - Dog Breed Information". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 5 Januari 2024.
  9. ^ Kupczik, Kornelius; Cagan, Alexander; Brauer, Silke; Fischer, Martin S. (2017-07-14). "The dental phenotype of hairless dogs with FOXI3 haploinsufficiency". Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). 7 (1): 5459. Bibcode:2017NatSR...7.5459K. doi:10.1038/s41598-017-05764-5. ISSN 2045-2322. PMC 5511229. PMID 28710361.
  10. ^ Hans Räber "Enzyklopädie der Rassehunde" T.I
  11. ^ Berrin, Katherine & Larco Museum. The Spirit of Ancient Peru:Treasures from the Museo Arqueológico Rafael Larco Herrera. New York:Thames and Hudson, 1997.
  12. ^ "Masters of the pyramid: The dogs reclaiming their heritage". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 2 September 2019. Dicapai pada 5 Januari 2024.
  13. ^ Ní Leathlobhair, Máire; Perri, Angela R; Irving-Pease, Evan K; Witt, Kelsey E; Linderholm, Anna; Haile, James; Lebrasseur, Ophelie; Ameen, Carly; Blick, Jeffrey; Boyko, Adam R; Brace, Selina; Cortes, Yahaira Nunes; Crockford, Susan J; Devault, Alison; Dimopoulos, Evangelos A; Eldridge, Morley; Enk, Jacob; Gopalakrishnan, Shyam; Gori, Kevin; Grimes, Vaughan; Guiry, Eric; Hansen, Anders J; Hulme-Beaman, Ardern; Johnson, John; Kitchen, Andrew; Kasparov, Aleksei K; Kwon, Young-Mi; Nikolskiy, Pavel A; Lope, Carlos Peraza; dll. (2018). "The evolutionary history of dogs in the Americas". Science (dalam bahasa Inggeris). 361 (6397): 81–85. Bibcode:2018Sci...361...81N. doi:10.1126/science.aao4776. PMC 7116273. PMID 29976825.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]