Anpan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ginza kimuraya

Anpan (あんパン atau 餡パン?) adalah roti manis dengan isi kacang merah.

Roti bukanlah makanan yang biasa dimakan oleh orang Jepun sebelumnya, namun kini banyak jenis roti yang merupakan makanan khas Jepun, seperti : meron-pan, kurimu-pan, jamu-pan, koshian-pan, ogura an-pan, sakura an-pan, korone, dan lain-lain. Hal ini mungkin disebabkan orang Jepunpandai dalam memperkenalkan tradisi makanan dari negara-negara lain dan mengadaptasinya agar sesuai dengan selera orang Jepun.

An-pan tercipta pada tahun 1874, oleh pemilik roti kimuraya di daerah Ginza, Tokyo. Pada awalnya Kimura Yasube'e, nama pemilik kedai tersebut cuba untuk membuat roti yang sesuai dengan selera orang Jepun. Kemudian dengan mengambil idea dari kuih manju kukus yang merupakan makanan khas Jepun, timbullah roti yang lembut, manis, mudah dimakan dan sesuai pula dengan selera orang Jepun.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Otani Hiromi, jurnalis makanan, majalah Nipponia jilid 38, 2006