Antagonis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Antagonis merupakan watak atau sekumpulan watak, atau, kadang-kala merupakan institusi suatu kejadian yang mewakili pembangkang menentang hujah-hujah pihak protagonis (dalam maksud lain, antagonis adalah watak hitam). Dalam gaya klasik sesebuah cerita di mana aksinya terdiri daripada seorang wira menentang seorang penjahat, kedua-dua mereka boleh diambil kira masing-masing sebagai protagonis dan antagonis.

Berlawanan dengan kepercayaan masyarakat, para antagonis tidak semestinya bersifat jahat, tetapi hanya menentang si watak utama.