Antara muka perduaan aplikasi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dalam bidang sains komputer, antara muka perduaan aplikasi (bahasa Inggerisnya application binary interface, ABI) ditakrifkan sebagai antara muka aras rendah antara sesebuah atur cara aplikasi (atau jenis yang lain) dengan sistem pengendalian atau pun atur cara lain.

ABI merangkumi maklumat-maklumat seperti:

  • jenis, saiz, dan penjajaran data
  • resam pemanggilan, yang menentukan cara hujah fungsi dihantar dan nilai pulangan dikembalikan
  • angka-angka panggilan sistem dan cara sesebuah aplikasi membuat panggilan kepada sistem pengendalian
  • dan dalam kes sebuah ABI sistem pengendalian yang lengkap, format perduaan bagi fail, pustaka atur cara dan lain-lain.