Anthony Ricketts

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Anthony Ricketts (lahir 12 Mac 1979, di Sydney, New South Wales) ialah seorang pemain skuasy profesional dari Australia.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Ricketts memenangi Terbuka British pada tahun 2005, dengan menumpaskan James Willstrop dalam perlawanan akhir 11-7, 11-9, 11-7.

Semasa Sukan Komanwel 2002, Ricketts memenangi Pingat Perak dalam beregu lelaki berpasukan dengan Stewart Boswell. Ricketts dan Boswell memenangi lagi pingat perak dalam kejohanan Sukan Komanwel seterusnya.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]