Anti-Counterfeiting Trade Agreement

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
ACTA
Anti-Counterfeiting Trade Agreement
Anti-Counterfeiting Trade Agreement map.svg
     Penandatangan

     Penandatangan juga diliputi tandatangan EU
     Bukan penandatangan tetap diliputi tandatangan EU

     Negara lain yang layak menyertai
Jenis Perjanjian Perjanjian plurilateral
Dirangka Perundingan rasmi bermula Jun 2008
(Disahkan dalam bahasa Inggeris, Perancis dan Sepanyol pada 15 April 2011)
Tempat
Perjanjian
1 Oktober 2011
Tokyo
Berkuatkuasa
Syarat
Belum lagi
Disahkan enam negara
Penandatangan A.S., Kesatuan Eropah dan 22 negara anggota, Australia, Kanada, Jepun, Maghribi, New Zealand, Singapura dan Korea Selatan
Pihak-pihak Pihak yang berunding:
Australia, Kanada, Kesatuan Eropah, Jepun, Mexico, Maghribi, New Zealand, Republik Korea, Singapura, Switzerland dan Amerika Syarikat
Pemegang simpanan Kerajaan Jepun
Bahasa Inggeris, Perancis dan Sepanyol
Laman sesawang http://www.international.gc.ca/trade-agreements-accords-commerciaux/fo/intellect_property.aspx?view=d
Logo Wikisource Anti-Counterfeiting Trade Agreement di Wikisource

Anti-Counterfeiting Trade Agreement (ACTA) (Perjanjian Perdagangan Anti-Pemalsuan) adalah suatu perjanjian plurilateral dengan tujuan menetapkan piawai antarabangsa bagi penguatkuasaan undang-undang terhadap hak cipta harta intelek.[1] Perjanjian ini bakal mencipta kerangka undang-undang antarabangsa bagi negara-negara yang bergabung secara sukarela,[2] dan akan mencipta pertubuhan baharu di luar lembaga sedia ada seperti Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO), Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO) mahupun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu[1][3]. Perjanjian ini ditandatangani pada 1 Oktober 2011 oleh Amerika Syarikat, Australia, Jepun, Kanada, Korea Selatan, Maghribi, New Zealand dan Singapura. Pada Januari 2012, Kesatuan Eropah dan 22 anggotanya turut menurunkan tandatangan, membawa jumlah entiti yang menyertai kepada 31. Selepas diratifikasi oleh 6 negara, persetujuan ini akan berkuatkuasa.

Negara-negara yang ikut berunding menggambarkan perjanjian ini sebagai tindak balas terhadap "meningkatnya perdagangan sejagat barang-barang lancung dan cetak rompak karya yang dilindungi hak cipta."[2] Ruang lingkup ACTA termasuk barangan palsu, ubat generik dan pelanggaran hak cipta di Internet.[4] Kelompok seperti Electronic Frontier Foundation (EFF) menentang ACTA,[5] menyatakan bahawa pertubuhan bukan kerajaan, negara membangun dan orang awam tidak diajak menyertai perbincangan dan perundingan ACTA, dan melabelnya "pelaburan dasar haram".[5] [6]

Tandatangan EU dan kebanyakan anggotanya menyebabkan perletakan jawatan pelapor yang dilantik Parlimen Eropah, serta bantahan meluas di Poland.[7][8][9]

[sunting] Lihat juga

Perjanjian dan undang-undang terkait
Pertubuhan berkaitan
Topik berkaitan

[sunting] Rujukan

[sunting] Pautan luar

Tapak ACTA rasmi
Tapak lain
Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain