Antivenom

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pemerahan racun ular untuk penghasilan antivenom.

Antivenom ialah serum antitoksin untuk meneutralkan bisa, khususnya bisa ular. Ia dihasilkan dengan mengeluarkan racun daripada ular, labah-labah atau serangga yang dikehendaki. Kemudiannya ia dicairkan dan disuntik kepada kuda, biri-biri atau pun kambing. Subjek ujikaji akan mengalami proses tindakbalas imunisasi terhadap racun itu, menghasilkan antibodi melawan molekul aktif racun tersebut. Ia kemudian boleh diambil daripada darah haiwan ujikaji itu dan digunakan untuk merawat pembisaan. Di peringkat antarabangsa, antivenom perlu mendapat pengesahan standard farmakopeia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]