Antizarah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pemusnahhabisan

Antizarah kepada sesuatu zarah itu ialah sesuatu entiti dengan jisim yang sama, tetapi sifat-sifat, yakni nombor-nombor kuantum (seperti cas elektrik, cas warna, keanehan, dan sebagainya), adalah bertentangan.

Ia mula-mula timbul di dalam penyelesaian kepada persamaan Dirac, yang memerihalkan zarah berjisim dalam keadaan kuantum dan berkerelatifan. Penyelesaian dengan tenaga negatif ditafsirkan sebegai antizarah yang bertenaga positif, tetapi seolah-olah dengan masa negatif akibat pergerakan yang bertentangan, yang dikaitkan dengan nombor-nombor kuantum bertentangan.

Contoh: antizarah bagi elektron ialah antielektron atau disebut juga positron, yang mempunyai jisim sama seperti elektron, tetapi cas elektriknya +1.