Antoofighter: Amukan Drakulat!

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Antoo Fighter)
AntooFighter
PengarahAzizi "Chunk" Adnan
PenulisAzizi "Chunk" Adnan
Dihasilkan olehAhmad Puad Onah
Mohd Najib Aziz
Asrulhisyam Ahmad
Azizi "Chunk" Adnan
DibintangiRadhi OAG
Awie
Harun Salim Bachik
Bell Ngasri
Soffi Jikan
SinematografiMohd Shaupee A. Wahid
Muzik olehCap Ayamz
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehPrimeworks Studios
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Antoofighter: Amukan Drakulat! (juga Antoo Fighter atau AntooFighter) merupakan sebuah filem aksi komedi Malaysia 2008 arahan Azizi "Chunk" Adnan ini ditayangkan di pawagam pada 27 November 2008.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Templat:Spoiler Kisah bermula apabila sekumpulan makhluk dan hantu-hantu dari zaman dahulu yang diketuai Drakulat Van Listerooy, kembali mengganas dan bermaharajalela di zaman ini selepas mereka terlepas dari kurungan dan tangkapan kumpulan Penentang Jembalang pada zaman dahulu. Drakulat (lakonan Awie) dan hantu-hantunya, Bajang (lakonan Soffi Jikan) seekor Iblis, Mistikus (Witch), Sarjan Algojo (Hantu Gigi), Maya (Pontianak), Siti Sunshine (Pontianak Pondan), Ozawa (Pontianak Korea), Chow Meng Nga (Hantu Cina), Togom (Hantu Hijau), Filius de Flamma (Hantu Api), Kartarakh (Hantu Biji Mata) telah mengembara dari tempat mereka terlepas ke Kuala Lumpur dan telah menawan Menara Kuala Lumpur dan dijadikan markas operasi mereka. Di situ mereka telah memulakan kekacauan dan kekecohan di ibunegara sehingga menyebabkan negara di tahap bahaya. Dalam masa yang sama, objektif Drakulat sebenarnya adalah untuk membebaskan "Lord Sharon" iaitu anak Syaitan ke dunia supaya mereka dapat bersama-sama menguasai dunia dan membebaskan kuasa kegelapan ke segenap alam maya. Oleh itu, Drakulat terpaksa mencari seorang gadis yang telah terpilih menerusi keturunan darahnya, iaitu "Delyla", di mana darahnya dipercayai mempunyai kuasa dan dapat dijadikan korban untuk dipersembahkan kepada "Lord Sharon" supaya dapat bebas ke bumi. Dalam pada itu, kehadiran kumpulan Drakulat dapat dirasai oleh Pak Din (lakonan Harun Salim Bachik) iaitu salah seorang Antoofighter terakhir pada zaman 50an. Antoofighter merupakan kumpulan rahsia yang telah wujud sejak bermulanya alam dan dunia dimana 5 orang manusia akan terpilih untuk menjaga dunia daripada kuasa kuasa jahat setiap 60 tahun.

Watak dan Perwatakan[sunting | sunting sumber]

Watak-watak utama dalam filem ini dibezakan dengan The Crescent Warriors dan The Council of Zion. The Crescent Warriors mewakili semua penentang antoo manakala The Council of Zion diwakili kumpulan antoo.

The Crescent Warriors[sunting | sunting sumber]

Nama Watak Umur Asal Kelemahan Pelakon
Pohjee (Fauzi Deraman) 21 Damansara Damai, Kuala Lumpur Baca buku Radhi OAG
Lara Lenjan (Azean Manjalara) 20 Kampung Baru, Kuala Lumpur Bau tempoyak Scha Alyahya
Rambo (Kamarudin Aboo) 22 Bangsar, Kuala Lumpur Tikus Bront Palarae
Tasya (Natasya Mat Senu) 19 Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur Bau ketiak bangla Nurfazlin Azmi
Opie (Soupi Ramli) 20 Bangsar, Kuala Lumpur Tikus Ngasrizal Ngasri
Guntur (M Ghazali Ayob) 62 Langkawi, Kedah Mengayat gadis Usop Kopratasa/Loloq (ketika muda)
Pak Din (Zainuddin Yanky) 68 Grik, Perak Teh O Ais Harun Salim Bachik
Delyla 20 Bukit Damansara, Kuala Lumpur Takut Gelap Delyla Adnan
Kiyai Gurkha 77 Pasir Salak, Perak Berbahasa Inggeris Hamid Gurkha
A.M.U.T (Anti Monster Unit - Robot Pemusnah) - Kilang mainan di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur Pergerakan terhad -

The Council of Zion[sunting | sunting sumber]

Nama Watak Jenis Antoo Asal Kelemahan Pelakon
Lord El Sharon Bapa Syaitan Neraka Jahanam Simbol bulan sabit -
Drakulat Van Listerooy Vampire Belanda Lagu Taman Rashidah Utama Awie
Ariel Bajang Iblis Jawa, Indonesia Novel Cinta Soffi Jikan
Mistikus Velvella Ahli sihir Munich, Jerman Rosyam Nor Jamilah Wadan
Sarjan Algojo Albula Hantu Gigi Kampung Bongek, Rembau, Negeri Sembilan Tak tahu bertempur dan tak tahu baca not muzik Amran Tompel
Maya Pontianak Gua Tempurung, Perak Lelaki gempal bermisai Nursyuhada
Fillius De Flamma Hantu Api Neraka ketujuh Air -
Siti Sunshine Pontianak Pondan Pontianak, Indonesia Getah seluar dalam Rabiatul Adawiyah
Ozawa Shimitzu Hantu Korea (Ju-on) Korea Ajak berlari Rabiatul Adawiyah
Chong Meng Nga Hantu Cina China Tak reti berjalan Azron Othman
Togom (Toyol Gomok) Toyol Besut, Terengganu Warna merah jambu -
Gambut Jin Tanah Segambut Dalam, Kuala Lumpur Bunyi gesel kapur atas papan hitam Yank Kassim
Katarakh Hantu Mata Mata sebelah kiri, Pontiana Maya Tak tahu bertempur -

Pelakon Watak Kameo[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Hampir 70% daripada filem ini menggunakan teknik Imej Janaan Komputer (CGI).[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Laman web rasmi Antoo Fighter". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-30. Dicapai pada 2008-04-12.
  2. ^ http://antoofighter.blogspot.com/2007/10/antoofighter-tu-hape-by-pet.html

Pautan luar[sunting | sunting sumber]