Antraks

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Antraks merupakan sebahagian dari keluarga basillus - bacterium yang mempunyai bentuk panjang. Nama saintifiknya adalah Bacillus anthracis. Bacillus anthracis mempunyai saiz yang agak besar (1-1.5um x 4-10um). Bacillus anthracis boleh dibiakkan dalam medium agar berkhasiat biasa secara aerobik (dengan oksigen) ataupun anearobik (tanpa oksigen).

Bacillus anthracis mempunyai gene dan ciri-ciri yang menyerupai Bacillus cereus, sejenis bakterium yang biasa di dapati dalam tanah di seluruh dunia, dan juga menyerupai Bacillus thuringiensis, pantogen kepada larva Lepidoptera. Antraks merupakan basillus yang pertama dibuktikan sebagai punca penyakit dan basillus Antrax juga membentuk spora yang tahan lama.

3 Jenis jangkitan Antarks adalah seperti berikut :-

1. Kudis Anthraks ( cutaneous anthrax )

2. Antraks Salur Perut ( Gastrointestinal anthrax )

3. Antraks secara dihidu (penyakit penyisih bulu / woolsorters' disease)

Antraks merupakan penyakit menular teruk yang berpunca oleh bakteria Bacillus anthracis dan membawa maut dalam paling bentuk ganas. Antraks biasanya berlaku dikalangan haiwan maun liar dan peliharaan, tetapi boleh berlaku kepada manusia apabila mereka terdedah kepada haiwan yang berjangkit, tisu dari haiwan yang sakit, atau spora Antraks yang banyak. Bagaimanapun masih tidak terdapat kes manusia yang jatuh sakit melalui hubungan dengan pesakit Antraks.. Antraks bererti "arang batu" dalam bahasa Yunani, dan digunakan kerana pesakit mempunyai lesion kulit hitam. Jangkitan Antraks jarang tetapi tidak menghairankan dalam haiwan maun seperti lembu, biri-biri, kambing, unta, dan antelope. Antraks boleh didapati di seluruh dunia. Antarks lebih mudah di dapati di negara membangun atau negara tanpa program kesihatan haiwan awam. Sesetengah kawasan di dunia (Smerika Selatan dan Amerika Tengah, Eropah Selatan dan Timur, Asia, Afrika, Karibbean, dan Timur Tengah) melapurkan lebih banyak kes Antraks pada haiwan berbanding pada manusia.

Pendedahan[sunting | sunting sumber]

Apabila Antraks berjangkit pada manusia, ia biasanya disebabkan pendedahan pekerjaan kepada haiwan yang sakit atau hasil ternakan seperti kulit dan daging. Pekerja yang terdedah kepada haiwan mati dan hasil haiwan dari negara dimana Antraks biasa didapati boleh dijangkiti dengan B. anthracis, dan Antraks dalam hidupan liar di dapati di Amerika Syarikat. Walaupun ramai pekerja sering terdedah kepada jumlah spora Antraks yang banyak, kebanyakannya tidak memnunjukkan simptom.

Cara jangkitan[sunting | sunting sumber]

Antraks boleh memasuki tubuh manusia melalui usus kecil, paru-paru (di hidu), atau kulit (melalui luka). Antraks tidak menular dan tidak mungkin tersebar melalui manusia kepada manusia.

Kembali kepada Index penyakit.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]