Anuar Nor Arai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dr. Anuar Nor Arai
Poster promosi Johnny Bikin Filem
Kelahiran
Anuar Mohd. Nor @ Arai

6 Ogos 1943
Kuala Pilah
Meninggal dunia20 Januari 2010
Pusat Perubatan Selangor
Sebab kematiankomplikasi paru-paru
DikebumikanShah Alam, Selangor
WarganegaraMalaysian
PendidikanB.A. (Hons) Sastera, University Malaya


Ph.D. Theater and Film, University of Southern California, Los Angeles, USA
Pusat pendidikanUniversity Malaya


University of Southern California
PekerjaanStatus Iktisas: Professor Madya, Pengajian Drama dan Film, University Malaya sehingga 1996

Timbalan Rektor di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara)

Perunding Filem dan Pentas

Penulis Skript Pentas, TV dan Filem

Pengarah Seni

Pereka Produksi

Pengkritik Sastera dan Filem
PangkatProfessor Madya Dr
PasanganHajjah Zahrah Ibrahim
Anak-anakMazura Anuar, Zuraira Anuar, Ifa Mutiara Anuar
Ibu bapaFather: Mohd Nor

Dr. Anuar Nor Arai, merupakan seorang Akademik, Pengkritik Filem, Pengkritik Sastera, Penulis Skrip Pentas, Drama TV & Filem, Pengarah Filem, Drama TV & Pentas, Penggerak Kesatuan & Sosial dan Perunding.

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 20 Januari 2010 pada pukul 5.25 petang di Pusat Perubatan Selangor kerana menghadapi komplikasi paru-paru di sisi isterinya, Zahrah Ibrahim serta tiga anaknya iaitu Mazura, Zuraira dan Ifa Mutiara.

Selain aktif menulis skrip dan mengarah filem sejak tahun 1980-an, Allahyarham atau nama sebenarnya Anuar Mohd. Nor @ Arai juga merupakan seorang Profesor Madya Pengajian Drama dan Filem di University Malaya sehingga tahun 1996 dan merupakan Timbalan Rektor Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) sehingga tahun 2010. [1]

Kajian Ilmiah - Sastera, Drama Pentas, Filem, Tokoh[sunting | sunting sumber]

Kasmani Ariff: Manusia dan Seniman Sebelum Perang. Tesis Sarjana Muda Sastera, Jabatan Pengajian Melayu, University Malaya, Kuala Lumpur, 1976.


The Journeying Souls. The Verbal and Visual Quest of the Metaphysical Theater and Film. Doctoral Dissertation, Department of Drama & Department of Cinema, University of Southern California, Los Angeles, 1982.


Enam Penyair Malaysia-Singapura. Koleksi Esei Kritikan Puisi, 1990.


Johnny Bikin Filem. Pembikinannya dalan Catatan, 1995.


Rajuk dan Pujuk, Satu Analisis Konseptual Teks Teater Moden Melayu karya A, Samad Said dan Syed Alwi, 2002

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Tuk Selampit, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1986.


Kumpulan Drama Pentas Ronggeng Rokiah, Dewan Bahsa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2007.


Kumpulan Drama Pentas "Kotak Renung dan Tenung" dalam Walinong Sari, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007.


Kumpulan Esei dan Kritikan Filem, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2007.


Kumpulan Drama Pentas Dadameah Albab, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2008.

Rujukan[sunting | sunting sumber]