Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013
Penghargaan Pelakon, penyanyi, pengacara, juruhebah radio
Tarikh 4 April 2010
Lokasi Arena of Stars, Genting Highlands
Negara Malaysia
Pengacara Raja Azura
Sharifah Shahirah
Penganugerahan pertama 1987
Penyandang terkini Shaheizy Sam (Bintang Paling Popular, 2012)
Penerima terbanyak Fara Fauzana (2)
Pencalonan terbanyak
Laman web rasmi abp.bharian.com.my
Liputan televisyen
Rangkaian TV3
Masa tayangan 2 jam
Bil. penonton 3.9 juta
2008 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 2010 >

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH 2009) adalah penganjuran majlis penganugerahan seniman tahunan kali ke-22 anjuran akhbar Berita Harian. Majlis ini dilangsungkan di Arena of Stars, Genting Highlands pada 4 April 2010 bertemakan "Cetusan Warna".[1] Raja Azura dan Sharifah Shahirah telah digandingkan bersama sebagai pengacara.

Anugerah tertinggi, "Bintang Paling Popular" telah dimenangi Siti Nurhaliza. Siaran langsung menerusi TV3 dan Hot FM telah memudahkan orang ramai mengikuti perkembangannya. Pada malam anugerah, Aznil Nawawi, Faizal Ismail dan Nabil sempat mengucapkan dedikasi hadiah mereka kepada allahyarham Din Beramboi dalam ucapan penerimaan hadiah masing-masing.[2] Anugerah Bintang Paling Popular dimenangi oleh Datuk Siti Nurhaliza yang kali terakhir memenangi anugerah tertinggi ini pada upacara tahun 2004.

Maklumat am[sunting | sunting sumber]

Apa yang menarik mengenai ABPBH 2009 adalah para peminat boleh mengundi seniman kegemaran mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS)[3] selain mengerat borang dari akhbar Berita Harian dan Harian Metro untuk dihantar melalui pos.

Senarai calon akhir untuk 16 kategori yang boleh diundi untuk ABPBH 2009 diumumkan di sebuah sidang media di Royal Ballroom 3, Palace of The Golden Horses, Mines City Resort pada 20 Januari 2010.[1] Para pengundi diberi masa hingga 19 Mac 2010 untuk menentukan pemenang setiap anugerah.

Siti Nurhaliza mengumumkan hasratnya untuk mengundurkan diri dari pencalonan ABPBH selepas ini. Beliau mahu berehat untuk seketika kerana telah melalui suatu proses yang panjang dalam berkempen. Beliau gembira setelah melihat peningkatan dari segi senarai finalis ABPBH dan wujudnya pelapis yang baru.[4]

Jelajah ABPBH kali ini hanya dilangsungkan di empat tempat merangkumi Semenanjung Malaysia.[5] Jelajah bermula di Village Mall, Sungai Petani, Kedah (5 & 6 Mac 2010), diikuti Mesra Mall, Kemasek, Kemaman, Terengganu (12 & 13 Mac 2010), Plaza Angsana, Johor Bahru (20 & 21 Mac 2010) dan Klang Parade, Klang (26, 27 & 28 Mac 2010). Dilaporkan 10,000 orang berpusu-pusu bertemu dengan artis di sesi Johor Bahru,[6] diikuti 10,000 lagi di Klang Parade.[7]

Kiraan undi diumumkan selesai di Balai Berita (ibu pejabat Berita Harian) pada petang 2 April, dengan lebih 400,000 borang undian yang dikira dan 220,000 hantaran undian SMS[8] dari para pembaca. Tetapi, pada awal hari itu, negara dikejutkan dengan pemergian salah seorang calon ABPBH 2009, iaitu Din Beramboi yang julung kali dicalonkan untuk Penyampai Radio Lelaki Paling Popular.

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Menurut pantauan AGB Nielsen Media Research, siaran langsung majlis ABPBH 2009 ditonton oleh kira-kira 3,995 juta (20.5 TVR) atau 64.1% dari peratusan penonton yang menonton pada waktu siarannya (9:00 – 11:59 malam); malahan, melalui kajian minit per minit, pada jam 10.40 malam dan 10.50 malam, ABPBH 2009 berjaya mencecah sehingga hampir 4.6 juta penonton.[9]

Antara perkara-perkara yang paling menarik perhatian pada malam itu adalah kedengaran sorakan 'boo' para penonton di tempat acara ketika nama Mawi dan Fasha Sandha disebut ketika pencalonan Penyanyi Lelaki Popular dan Pelakon Wanita TV Popular dibacakan oleh suara latar.[10][11] Dikupaskan bahawa kecaman terhadap Fasha berpunca dari kontroversi beliau sepanjang tahun lalu, bermula dari kes bersikap biadab dengan para wartawan sehingga dituduh sebagai orang ketiga yang membawa kepada keretakan rumahtangga Nora Danish dan Rizal Ashram Ramli[10], manakala suara 'boo' yang dilemparkan kepada Mawi tidak diketahui sebabnya, selain hakikat bahawa beliau pernah memutuskan pertunangannya dengan Ina Naim untuk bernikah dengan Ekin.

Persembahan[sunting | sunting sumber]

Penyampai[sunting | sunting sumber]

Calon dan pemenang[sunting | sunting sumber]

Perhatian: Nama pemenang berhuruf tebal.

Bintang Paling Popular[sunting | sunting sumber]

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat[sunting | sunting sumber]

Penyanyi Lelaki Popular[sunting | sunting sumber]

Penyanyi Wanita Popular[sunting | sunting sumber]

Penyanyi Duo/Kumpulan Popular[sunting | sunting sumber]

Penyanyi Nasyid Popular[sunting | sunting sumber]

Pelakon Filem Lelaki Popular [sunting | sunting sumber]

Pelakon Filem Wanita Popular[sunting | sunting sumber]

Pelakon TV Lelaki Popular[sunting | sunting sumber]

Pelakon TV Wanita Popular[sunting | sunting sumber]

Pengacara TV Lelaki Popular[sunting | sunting sumber]

Pengacara TV Wanita Popular[sunting | sunting sumber]

Penyampai Radio Lelaki Popular[sunting | sunting sumber]

Pengacara Radio Wanita Popular[sunting | sunting sumber]

Artis Komedi Lelaki Popular[sunting | sunting sumber]

Artis Komedi Wanita Popular[sunting | sunting sumber]

Artis Baru Lelaki Popular[sunting | sunting sumber]

Artis Baru Wanita Popular[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Farihad Shalla Mahmud, Serimah Mohd Sallehuddin & Zaidi Mohamad (22 Januari 2010). "Debaran bermula". Berita Harian. Diperolehi pada 26 Januari 2010. 
  2. Li Ee Kee. "ABPBH 09: Siti Bintang Paling Popular". gua.com.my. Diperolehi pada 4 April 2010. 
  3. Nurulhisham Abdul Latiff dan Zaidi Mohamad (8 Disember 2009). "ABPBH ke-23 terima SMS". Berita Harian. Diperolehi pada 26 Januari 2010. 
  4. Farihad Shalla Mahmud (26 Januari 2010). "Kali terakhir!". Berita Harian. Diperolehi pada 4 April 2010. 
  5. "Lokasi siri jelajah ABPBH2009". Berita Harian. Diperolehi pada 4 April 2010. 
  6. Zubir Mohd Yunus (28 Mac 2010). "Jeritan peminat di Plaza Angsana". Berita Harian. Diperolehi pada 4 April 2010. 
  7. Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (4 April 2010). "ABPBH: Bahang kemuncak gegar Klang Parade". Berita Harian. Diperolehi pada 4 April 2010. 
  8. "Kiraan undi ABPBH selesai". Berita Harian. 3 April 2009. Diperolehi pada 4 April 2010. 
  9. Budiey Isma (5 April 2010). "Hampir 4 Juta Tonton Anugerah Bintang Popular 2009". Sensasi Selebriti. Diperolehi pada 5 April 2010. 
  10. 10.0 10.1 "Patutkah Fasha Sandha & Mawi Di 'Boo'?". gua.com.my. 5 April 2010. Diperolehi pada 5 April 2010. 
  11. "Mawi, Fasha Kena Boo di ABPBH2009!". Murai.com.my. 5 April 2010. Diperolehi pada 5 April 2010.