Anugerah Era 2002

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Anugerah Era 2002 merupakan majlis penganugerahan tahunan yang dianjurkan oleh Astro menerusi Era FM pada 28 September 2002. Ia mengiktiraf karyawan seni muzik Malaysia dan negara tetangga. Pemenang dipilih melalui borang undian sah, laman web dan sistem pesanan ringkas.

Anugerah Era 2002
NegaraMalaysia

Terdahulu pada jam 5.00 Petang di Times Square, First World Hotel, Genting Highlands telah berlangsung Showcase Pra-Anugerah Era yang disaksikan oleh 1,000 pengunjung dan peminat radio swasta itu. Selain berhibur, deejay Era turut bermesra dengan penonton sambil memberi pelbagai hadiah menarik seperti beg, baju T dan tiket menyaksikan Anugerah Era. Selain Showcase, Radio Era turut menjual barangan cenderamata dengan harga paling murah bertujuan memberi peluang kepada orang ramai memiliki barangan tersebut.

Konsep anugerah yang bermula dengan watak Ali Baba dan 11 Penyamun (sebenar 40 penyamun) yang mengetengahkan penyampai Era sebagai watak impose bersama pelakon sebenar seperti Normadiah, Tan Sri P. Ramlee, S. Shamsuddin dan lain-lain agak unik dan memikat. Ramai penonton kelihatan kagum dan ada juga yang memuji kelainan tersebut berbanding konsep anugerah lain di negara ini. Malah penyediaan pentas yang kemas serta kesan khas menarik setiap kali artis membuat persembahan dilihat sebagai kematangan anugerah tersebut yang masuk tahun kedua. Sokongan feratik yang cukup bersemangat juga menjadi sebab utama kemeriahan terus dirasai hingga kepenghujung rancangan[1].

Bagaimanapun, dalam kegembiraan penyampaian anugerah, tidak dilupai oleh Era ialah insan seni yang sudah tiada. Mereka ialah artis yang pernah menyertai anugerah tersebut pada tahun 2001 yang lalu seperti Allahyarham Azahari (Raihan), Ahmad Daud, Datin Rafeah Buang dan beberapa pemuzik terkenal.

Persembahan[sunting | sunting sumber]

Senarai pemenang[sunting | sunting sumber]

Kategori Pemenang
Anugerah Carta Era (Jesnita) Exists
Anugerah Emas Era Sharifah Aini
Anugerah Panggung Era Rahim Razali
Vokal Lelaki Pilihan Zamani Ibrahim
Vokal Wanita Pilihan Siti Nurhaliza
Vokal Duo/Kumpulan Pilihan Sheila on 7
Artis Harapan Pilihan Sarimah Ibrahim
Artis Inggeris Tempatan Pilihan Too Phat
Lagu Pop Pilihan (Dua Insan) Ezad Lazim & Iva Virginia
Lagu Etnik Pilihan (Nirmala) Siti Nurhaliza
Lagu Rock Pilihan (Aladin) Spider
Lagu Nasyid Pilihan (Hanya Tuhan Yang Tahu) UNIC
Video Muzik Pilihan (Nirmala) Siti Nurhaliza

Pautan luar[sunting | sunting sumber]