Anugerah Industri Muzik ke-17

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Anugerah Industri Muzik ke-17 berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 2 Mei 2010 dan disiarkan secara langsung menerusi saluran ntv7, mempertandingkan sebanyak 24 kategori. Majlis ini diacarakan oleh Afdlin Shauki dan Adibah Noor[1], dengan bantuan Nazrudin Rahman dan Yasmin Hani di karpet biru.

Anugerah Industri Muzik ke-17
Tarikh2 Mei 2010
LokasiPusat Dagangan Dunia Putra
NegaraMalaysia
Liputan televisyen/radio
Rangkaianntv7
  • ← 2009
  • Anugerah Industri Muzik
  • 2011 →

Am[sunting | sunting sumber]

Pada Disember 2009, dilaporkan bahawa pihak penganjur AIM, iaitu Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM) dan Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dilaporkan mengumumkan bahawa pencalonan dibuka untuk karya-karya yang dikeluarkan dari 1 Disember 2008 hingga 31 Disember 2009, pada 8 Januari 2010, pukul 4 petang.[2] Sejajar dengan perkembangan terkini dalam industri muzik tanahair, pihak penganjur turut membuka pintu kepada EP untuk bertanding dalam beberapa kategori, termasuk Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki, Wanita dan Berkumpulan), Artis Baru Terbaik, Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu dan Lagu Terbaik.[3] RIM juga telah menetapkan bahawa album yang memiliki minimum lima buah lagu layak dipertandingkan dan dianggap sebagai sebuah album penuh.[2]

Pada 17 Mac 2010, senarai calon akhir AIM17 diumumkan di sebuah sidang akhbar di Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra, melibatkan album dan single yang diterbitkan pada 1 Januari hingga 31 Disember 2009.[4][5] Sebanyak 925 pencalonan diterima oleh pihak Akademi, iaitu meningkat 30% berbanding tahun lalu[4][5]; bagaimanapun, Pengerusi AIM, Aziz Bakar, mengulas bahawa "Walaupun pencalonan yang kita dapat tahun ini banyak, tetapi kualiti lagu atau album yang kita terima masih dalam tahap yang sama. Sebab tak ramai yang melabur untuk melahirkan muzik yang berkualiti. Begitu juga kerana sudah kurangnya penulis serta komposer muzik yang bagus."[6] Namun demikian, Aziz meluahkan rasa puas hati dengan perkembangan pasaran industri muzik Malaysia yang meningkat sebanyak 34% dwengan mencatatkan keuntungan sebanyak RM101.8 juta pada tahun 2009 (termasuk jualan digital iaitu muat turun nada dering dan Internet yang mencapai RM30.2 juta), berbanding tahun 2008 yang hanya berkisar pada RM76 juta sahaja.[7]

Seperti biasa, ntv7 menyiarkan siri Prelude AIM 17 selama empat minggu berturut-turut sebelum acara kemuncak AIM, kali ini dirakam di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka. Para seniman muda yang membuat persembahan berdua-dua untuk memberi penghormatan kepada seniman veteran terulung dalam Prelude ialah Bob dan Shila (siaran 8 April: penghargaan kepada Dato Siti Nurhaliza), Faizal Tahir dan Bienda (15 April: M. Nasir), Alif Satar dan Noryn Aziz (22 April: Dato' Sheila Majid), Azlan & The Typewriter dan Dina Nadzir (29 April: Search).[8]

Di samping itu, jelajah "AIM 17 Roadtour" dilangsungkan di seluruh negara untuk mempromosikan acara kemuncak kepada orang ramai dengan bantuan calon-calon AIM yang membuat persembahan, iaitu di Wangsa Walk, Kuala Lumpur (3 April), Kompleks Pasir Gudang, Johor Bahru (11 April), Village Mall, Sungai Petani (17 April), dan Dataran Pahlawan Melaka (25 April).[9]

Satu lagi sidang akhbar diadakan di Dewan Ballroom Hotel Pan Pacific pada 14 April 2010 untuk mengumumkan dua pengacara AIM17, Adibah Noor dan Afdlin Shauki[1], dan barisan selebriti yang bertugas sebagai penyampai anugerah pada majlis itu.

Sebagai langkah menjimatkan masa dalam majlis kemuncak, hanya 15 anugerah disampaikan sepanjang majlis, dan para pemenang hanya diberi 30 saat untuk berucap di atas pentas. Anugerah selebihnya dihadiahkan dalam acara kecil sebelum raptai penuh majlis pada hari sebelumnya.

Persembahan[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah senarai artis yang membuat persembahan sepanjang majlis (mengikut turutan):

Penyampai[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah senarai artis yang muncul sebagai penyampai anugerah sepanjang majlis (mengikut turutan):

Calon dan pemenang[sunting | sunting sumber]

Anugerah-anugerah Lagu Rock Terbaik, Lagu Pop Terbaik, Lagu Hip Hop Terbaik, Lagu Pop Etnik Terbaik, Lagu Nasyid Terbaik, Lagu Inggeris Tempatan Terbaik, Lagu Cina Tempatan Terbaik, Lagu India Tempatan Terbaik, Kulit Album Terbaik, Rakaman Album Terbaik, Video Muzik Terbaik dan Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu disampaikan dalam sebuah acara kecil yang diadakan pada 1 Mei 2010 sebelum raptai penuh majlis; yang selebihnya disampaikan pada malam majlis gilang-gemilang.

Perhatian: Nama pemenang berhuruf tebal.

Album Terbaik[sunting | sunting sumber]

Lagu Terbaik[sunting | sunting sumber]

Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Lelaki)[sunting | sunting sumber]

Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Wanita)[sunting | sunting sumber]

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik di Dalam Lagu[sunting | sunting sumber]

Artis Baru Terbaik[sunting | sunting sumber]

Lagu Pop Etnik Terbaik[sunting | sunting sumber]

Album Nasyid Terbaik[sunting | sunting sumber]

Lagu Nasyid Terbaik[sunting | sunting sumber]

  • "Allahu Rabbi" – InTeam (Amin Inteam; Zubaralhadid & Amin Inteam)
  • "Dia Muhammad" – InTeam (Frizdan)
  • "Kejora Sinar Zaman" – Rabbani (Dakmie, B.Nury)
  • "Mahabbah" – Rabbani (Dakmie, B.Nury)
  • "Syahadah" – Rabbani (Dakmie, B.Nury, Hassan Morad; Hj. Abu)

Album Rock Terbaik[sunting | sunting sumber]

Lagu Rock Terbaik[sunting | sunting sumber]

Album Pop Terbaik[sunting | sunting sumber]

Lagu Pop Terbaik[sunting | sunting sumber]

Album Hip Hop Terbaik[sunting | sunting sumber]

Lagu Hip Hop Terbaik[sunting | sunting sumber]

Album Inggeris Tempatan Terbaik[sunting | sunting sumber]

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik[sunting | sunting sumber]

Album Cina Tempatan Terbaik[sunting | sunting sumber]

  • StardomAndrew Tan (Andrew Tan)
  • JeanieJeanie Lee (Clement Siow)
  • I'm KarenKaren Kong (Fred Chong, Lee Chee Chong, Kieran Kuek)
  • All About RynnRynn Lim (Rynn Lim, David Koon, Cheng Lee, Gary Lao)
  • Thomasjack – Thomasjack (Lee Chee Cheng, Andrew Low, Will Ng)

Lagu Cina Tempatan Terbaik[sunting | sunting sumber]

  • "Stardom" – Andrew Tan (Percy Phang)
  • "Na Han" – JK Chen Jia Kai (JK Chen Jia Kai, Percy Phang; JK Chen Jia Kai)
  • "Insane" – Jovi Theng (Jovi Theng; Zhang Guo Xiang)
  • "Tian Shang" – Karen Kong (Chen Wei Chuan; Xiao Han)
  • "Sunrise" – Xie Jia Wang (Xie Jia Wang, Kuan Chi Yuan; Vinx Lim Yi Xin)

Album India Tempatan Terbaik[sunting | sunting sumber]

  • Paarthu – Ruthless (DJ T-Bone, Bedsty Music, Diwan Switch)
  • SMS – Emergency (VJ Records Sdn Bhd)
  • Neethikku Poraattam – Masta Clan (Unifly Productionz)
  • Saran Z – Saran Z (Ennaveley, Saran Z)
  • Life is a Mystery – Shruthi (A. Thanushia)

Lagu India Tempatan Terbaik[sunting | sunting sumber]

  • "Uyartinthidu Thozha" – Jey Raggaveindra, Ashokan, Dr Ombala, Sidhartan, Jegathisan
  • "Thuli Thuli Mazhai Thuli" – Preeta Prasad (Jay Santhanar)
  • "Uyirile Ondrage Kalantida" – Sidharthan (Arulselvan)
  • "Talattu Paade" – Sitharthan (Jay, Parameswara)
  • "Megathul" – Sivakumar A/L Jayabalan (Sundrra Nantha)

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Disampaikan Oleh Artis Luar Negara[sunting | sunting sumber]

Kulit Album Terbaik[sunting | sunting sumber]

Rakaman Album Terbaik[sunting | sunting sumber]

WTB, Anton Morgan, Nick Lee, CL Toh & Greg Henderson)

Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu[sunting | sunting sumber]

Video Muzik Terbaik[sunting | sunting sumber]

Anugerah Kembara[sunting | sunting sumber]

Anugerah Wirama[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Budiey Isma (14 April 2010). "Adibah Nor & Afdlin Shauki Pengacara AIM 17". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 17 April 2010.
  2. ^ a b Shazryn Mohd Faizal (25 Disember 2009). "Pencalonan AIM17 kini dibuka". Utusan Malaysia. Dicapai pada 30 Disember 2009.
  3. ^ "Pencalonan AIM17 bermula". Utusan Malaysia. 13 Disember 2009. Dicapai pada 30 Disember 2009.
  4. ^ a b "Artis Lama Dan Baru Berentap di AIM17". gua.com.my. 18 Mac 2010. Dicapai pada 18 Mac 2010.
  5. ^ a b "Senarai Penuh Pencalonan Akhir Anugerah Industri Muzik AIM17". Sensasi Selebriti. 18 Mac 2010. Dicapai pada 18 Mac 2010.
  6. ^ Haswari Ali (18 Mac 2010). "AIM 17 Cipta Rekod Pencalonan Terbanyak". Murai.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-25. Dicapai pada 18 Mac 2010.
  7. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-25. Dicapai pada 2010-03-22.
  8. ^ Budiey Isma (26 Mac 2010). "Gambar Bob AF2, Shila OIAM, Faizal Tahir di Prelude AIM 17". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 17 April 2010.
  9. ^ "Jelajah Promosi AIM17 Tambah Bahang Malam Kemuncak". mStar Online. 9 April 2010. Dicapai pada 17 April 2010.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]