Anugerah Juara Lagu ke-14
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Anugerah Juara Lagu 1999)
Anugerah Juara Lagu 1999 atau Juara Lagu '99 adalah pertandingan yang membariskan lagu-lagu Melayu yang akan dinobatkan sebagai Juara Lagu. Anugerah Juara Lagu ke-14 ini diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Shah Alam dan disiarkan secara langsung melalui penyiar rasmi TV3 dan radio THR pada jam 8.30 malam 5 Disember 1999. Anugerah tersebut diacarakan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu oleh Normala Shamsuddin dan Kelvin Ong.
Anugerah kali ini menyediakan anugerah bagi persembahan terbaik, juara kategori serta juara keseluruhan dan membuktikan kemampuannya dalam meraih pilihan penonton apabila sebanyak 3.8 juta orang menontonnya berbanding 2.5 juta pada tahun sebelumnya.
Isi kandungan |
Finalis [sunting]
Kategori Balada [sunting]
- "Purnama Merindu" : Siti Nurhaliza - (Azmeer/Lukhman S)
- "Syurga Di Hati Kita" : Ziana Zain - (Ly/Baiduri)
- "Hanya Satu" : Nora - (Johan Nawawi)
- "Aku Tetap Aku" : Shima (Lan Laga/ Amran Omar)
Kategori Pop Rock [sunting]
- "Andalusia" : M.Nasir - (M.Nasir/Loloq)
- "Istimewa" : Kumpulan Indigo - (KRU)
- "Jendela Hati" : Erra Fazira - (Fauzi Marzuki/Habsah Hassan)
- "Satu Cinta Dua Jiwa" : Siti Nurhaliza - (Azlan Abu Hassan/Ishak Ahmad)
Kategori Irama Malaysia [sunting]
- "Hati Kama" : Siti Nurhaliza & Noraniza Idris - (Suhaimi Mohd Zain/Hairul Anuar Harun)
- "Dondang Dendang" - Noraniza Idris - (Suhaimi Mohd Zain/Hairul Anuar Harun)
- "Samrah Mentari" - Jamal Abdillah - (Suhaimi Mohd Zain/Hairul Anuar Harun)
- "Dondang Mustika" - Kumpulan Kopratasa - (Siso)
Kemenangan [sunting]
- Juara Keseluruhan: "Andalusia" (M.Nasir / Loloq)
- Juara Kategori:
- Irama Malaysia: "Hati Kama" (Siti Nurhaliza & Noraniza Idris / Suhaimi Mohd Zain)
- Balada: "Purnama Merindu" (Siti Nurhaliza / Azmeer / Lukhman S)
- Pop rock: "Andalusia" (M.Nasir / Loloq)
- Persembahan Terbaik: Noraniza Idris - "Dondang Dendang"
Trivia [sunting]
- Juara Lagu kali ini merupakan kali kedua buat Siti Nurhaliza berentap dalam ketiga-tiga kategori selepas Juara Lagu 1998. Ini menunjukkan dua tahun berturut-turut beliau bertanding bagi tiga kategori yang berbeza.
- Ziana Zain membuktikan kekuatan vokal beliau menerusi lagu Syurga Di Hati Kita meskipun beliau mengandung 2 bulan pada malam Anugerah Juara Lagu tahun ini.
- Pak Ngah atau Suhaimi Mohd. Zain muncul sebagi komposer pertama yang layak dalam kategori Irama Malaysia menerusi 3 buah lagu iaitu Hati Kama, Samrah Mentari, dan Dondang Dendang sekaligus membuka peluang yang luas buat beliau untuk memenangi kategori tersebut.
- Komposer Azmeer buat julung-julung kalinya menghasilkan karya terbaik untuk penyanyi tersohor Siti Nurhaliza dan lagu tersebut berjaya memenangi kategori Balada pada tahun ini meskipun mendapat saingan yang cukup sengit daripada lagu-lagu lain yang berbisa seperti Syurga Di Hati Kita, Hanya Satu dan Aku Tetap Aku.
- Pada tahun 2006 ketika majlis persandingan Siti Nurhaliza, penyanyi Nora dan Ziana Zain menghadiahkan persembahan lagu 'Hanya Satu' dan 'Syurga Di Hati Kita' yang merupakan lagu-lagu kegemeran Siti.
- Kemunculan pertama kali dan terakhirnya Kumpulan Indigo melalui lagu Istimewa dalam kategori Pop Rock dalam Anugerah Juara Lagu memberi saingan kepada lagu-lagu lain dalam kategori ini.
- Seperti AJL 1998, tiada kumpulan muzik (band) layak ke Anugerah Juara Lagu 1999.
- AJL 1999 menyaksikan Erra Fazira bertanding buat kali pertama menerusi lagu 'Jendela Hati'.
- Lagu 'Biso Bonar' ciptaan dan nyanyian Hattan gagal mara ke final untuk kategori Pop Rock biarpun lagu tersebut disifatkan sebagai antara rakaman lagu terbaik dalam sejarah industri muzik serta dicalonan 4 kategori di AIM 2000. Peristiwa sama berulang pada 2006 apabila lagu Nafas Cahaya ciptaan M.Nasir / Loloq / nyanyian Misha Omar gagal ke final kategori Etnik Kreatif dan akhirnya diangkat sebagai Lagu Terbaik di AIM 2009.
|
||||||||||||||||||||