Anugerah Juara Lagu ke-15
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kategori Balada [sunting]
- "Nian Di Hati" : Siti Nurhaliza - (Azmeer/Azam Dungun)
- "Kau Kekasihku" : Siti Nurhaliza - (Ajai/Alam Maya)
- "Impian Cinta" : Rem - (Ajak/Ajak)
- "Pasrah" : Erra Fazira (Saari Amri/Yusof Kelana)
Kategori Pop Rock [sunting]
- "Bintang Hati" : Amy Mastura - (Goh Boon Hoe/Amran Omar)
- "Melodi Hati" : Shawn Baharin - (Syed ENV/Syed ENV)
- "Sha Na Na" : Amy Mastura - (Amy Mastura/Amy Mastura)
- "Impian Realiti" : Syafinaz - (Aubrey N. Suwito/Syafinaz)
Kategori Irama Malaysia [sunting]
- "Balqis" : Siti Nurhaliza - (Suhaimi Mohd Zain/Hairul Anuar Harun)
- "Ngajat Tampi" - Noraniza Idris - (Rosli Selasih'SISO)
- "Tinting" - Noraniza Idris - (Suhaimi Mohd Zain/Hairul Anuar Harun)
- "Cepat Kaya" - Senario - (Azmeer/Zira,Wahid&Azlee)
- Juara Lagu: "Balqis" (Siti Nurhaliza/Suhaimi Mohd Zain(Pak Ngah)/Hairul Anuar Harun)
- Juara Kategori:
- Etnik Kreatif: "Balqis" (Siti Nurhaliza/Suhaimi Mohd Zain(Pak Ngah)/Hairul Anuar Harun)
- Balada: "Kau Kekasihku" (Siti Nurhaliza/Ajai/Alam Maya)
- Pop Rock: "Bintang Hati" (Amy Mastura/Boon/Amran Omar)
- 2 bekas pemenang Juara Lagu iaitu Jamal Abdillah & Fauziah Latiff bergabung tenaga menyanyinya lagu-lagu klasik iaitu Gelora, Senandung Kasih & Anakku Sazali untuk segmen selingan sebelum keputusan diumumkan. Turut ditampilkan dalam persembahan tersebut ialah aktor Jalaluddin Hassan.
- Kemenangan Juara Lagu kali ketiga buat Siti Nurhaliza selepas berjaya pada 1996 dan 1998. Ini menjadikan beliau dan M. Nasir sebagai pemegang rekod bersama Juara Lagu Keseluruhan terbanyak iaitu sebanyak tiga kali (M. Nasir pada menang pada AJL 94, 97 dan 99).
- Amy Mastura merupakan penyanyi wanita yang pertama memenangi kategori pop rock setelah pernah mencuba sebelum ini menerusi kategori yang sama. Pada tahun 1995, Ning Baizura sepatutnya bertanding untuk lagu beliau, "Kau dan Aku" yang akhirnya menang menerusi penyertaan kumpulan KOOL.
- Kemenangan Persembahan Terbaik kali ketiga buat Noraniza Idris selepas berjaya pada 1998 (Dikir Puteri) & 1999 (Dondang Dendang). Ini menjadikan beliau artis pertama dalam sejarah AJL yang berjaya mencipta 'hatrick' iaitu menang di dalam kategori yang sama untuk tiga tahun berturut-turut.
- Kemenangan Siti Nurhaliza menerusi lagu Balqis juga meletakkan beliau sebagai pencipta 'hatrick' untuk kemenangan dalam kategori yang sama (Irama Malaysia/Etnik Kreatif) untuk tiga tahun berturut-turut. Bezanya kemenangan beliau pada AJL 99 (kemenangan kedua) adalah menerusi duet lagu Hati Kama bersama Noraniza Idris namun masih dikira sebagai 'hatrick'.
- Komposer Pak Ngah berjaya mencipta 'hatrik' menerusi Etnik Kreatif sejak AJL 1998.
- Anugerah Juara Lagu 2000 juga menyaksikan buat pertama kalinya seorang artis layak ke pentas akhir dengan 2 lagu dalam satu kategori iaitu :
- Siti Nurhaliza - Kategori Balada - ("Kau Kekasihku" & "Nian di Hati")
- Noraniza Idris - Kategori Irama Malaysia/Etnik Keratif - ("Tinting" & "Ngajat Tampi")
- Amy Mastura - Kategori Pop Rock - ("Bintang Hati & Sha Na Na")
- Pak Ngah atau nama sebenar beliau Suhaimi Md.Zain muncul sebagai komposer pertama yang layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu selama tiga tahun berturut-turut menerusi lebih dari sebuah lagu ciptaan beliau.
- Tiada kumpulan muzik (band), ini merupakan kali ketiga berturutan sejak AJL1998
|
|
|
|
|
|
| 1980-an |
|
|
| 1990-an |
|
|
| 2000-an |
|
|
| 2010-an |
|
|
|
Perhatian: Tahun merujuk kepada tahun kelayakan, bukan tahun acara diadakan.
|
|