Anugerah Juara Lagu ke-24

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Anugerah Juara Lagu 2009)
Lompat ke: pandu arah, cari
Anugerah Juara Lagu ke-24
TV3
Tarikh 10 Januari 2010
Tempat Stadium Putra Bukit Jalil
Pengacara Faizal Ismail
Cheryl Samad
Ally Iskandar
Tempoh 3 jam
Juara Lagu Pergi
nyanyian Aizat
(gubahan: Pete Teo/
lirik: Amran Omar)
 < 2008 Anugerah Juara Lagu 2010 > 

Anugerah Juara Lagu 2009 dilangsungkan pada 10 Januari 2010[1], menyaksikan persaingan antara 14 buah lagu yang buat kali pertama dalam sejarah pertandingan, tidak dibahagikan mengikut kategori genre lagu seperti tahun-tahun sebelumnya. Kesemua 14 finalis diumumkan pada malam 20 November 2009 setelah mengira markah keseluruhan kesemua 30 lagu yang dipertandingkan di separuh akhir tiga minggu. Gelaran Juara Lagu 2009 jatuh di tangan lagu "Pergi" ciptaan Pete Teo untuk nyanyian Aizat.

Isi kandungan

Am [sunting]

Para peminat muzik tanah air digemparkan dengan keputusan buat pertama kalinya dalam penganjuran Muzik-Muzik/AJL bahawa lagu-lagu yang dipertandingkan tidak dibahagi mengikut kategori "Pop/Rock", "Balada" dan "Irama Malaysia dan Etnik Kreatif", sebaliknya mengadakan pertandingan terbuka antara semua lagu yang layak tanpa mengira genrenya. Menurut Pengurus Produksi Hiburan Primeworks Studio, Fadzliniza Zakaria, "Sejak dulu, kami sentiasa terbuka dengan cadangan dan pendapat serta kehendak dalam industri muzik itu sendiri bagi meningkatkan lagi mutu program Muzik-Muzik. Sebab itulah Muzik-Muzik 24 tampil dengan format baru di mana pencalonan lagu lebih fleksibel dan ini bermakna lagu-lagu yang dicalonkan terbuka kepada semua kategori lagu, tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada penggiat-penggiat seni muzik supaya bebas berkarya dan hasil ciptaan mereka tidak terbatas kepada tiga kategori utama ini saja. Oleh itu, lagu-lagu yang bakal dicipta lebih luas genrenya dan ini sekaligus dapat mengembangkan lagi hasil seni ciptaan pengkarya tempatan. Kita tidak mahu penggiat seni muzik hanya bergantung kepada kategori untuk menentukan muzik mereka supaya lagu-lagu yang bakal dihasilkan tidak terbatas dan dengan ini industri akan lebih maju."[2]

Kekurangan lagu etnik kreatif diakui menjadi faktor utama pembahagian mengikut kategori digugurkan kali ini. Tambah Fadzliniza, "Kami tidak mahu tangkap muat dan masukkan semua lagu itu hanya kerana Etnik kreatif mempunyai sedikit saja lagu. Ia akan memalukan kami. Sewaktu kami masih wujudkan kategori ini, ada yang berhasrat buat lagu bergenre ini semata-mata untuk masuk Muzik-Muzik, tetapi malangnya ia tidak berkualiti. Sebab itu saya rasa lebih baik Muzik-Muzik kali ini dibuat secara terbuka dan semua lagu berlainan genre dapat bersaing sama."[2] Dari 30 buah lagu yang bertanding sepanjang separuh akhir, 14 buah lagu yang layak ke AJL dipilih oleh Azlan Abu Hassan, Mohariz Yaakub, Ahadiat Akashah, Helen Yap dan Azhar Borhan.[1] Pada setiap malam separuh akhir pertama dan kedua, para juri telah memilih lima lagu paling tinggi markahnya tetapi tidak memuktamadkan kelayakannya ke AJL, sebaliknya sekadar mengumumkan lagu-lagu mana yang paling bagus prestasinya sehingga senarai muktamad dikumpul dari kesemua 30 lagu yang dipertandingkan sepanjang ketiga-tiga malam separuh akhir, pada akhir malam ketiga.

Pada 15 Disember 2009, sesudah kesemua 14 finalis diumumkan, sebuah sidang media diadakan di Rootz Club, Bukit Bintang, untuk memperkenalkan tema AJL24, iaitu 'Music Unfolds' yang memperingati perjalanan industri muzik Malaysia dari 1960-an hingga tahun 2000. Ahmad Shaifullizam Arshad (Gbam) diumumkan sebagai penerbit AJL kali ini. Katanya, "Maksud saya, perubahan bukan sahaja akan dilakukan dari segi lagu dan susunan tetapi juga persembahan pentas,"[3] iaitu menyentuh pentas bergerak yang menyerikan majlis gilang-gemilang. AJL24 dilaporkan menelan belanja RM 2 juta.[4]

Muzik-Muzik Separuh Akhir [sunting]

"Lagu-lagu yang layak ditebalkan."

6 November [sunting]

  1. "Mirage" (Pesawat)
    (komposer/penulis lirik: Jipie)
  2. "'Kau Aku" (Aizat)
    (komposer/penulis lirik: Aizat)
  3. "Dia, Aku dan Kamu" (Red Peanut feat. Nadia)
    (komposer: Eddie Hamid, penulis lirik: Ahmad Fedtri Yahya)
  4. "Oh Anok Anok" (Reshmonu)
    (komposer: Reshmonu, penulis lirik: Farasha Osman)
  5. "Tak Mungkin Kerna Sayang" (Alyah)
    (komposer: Ajai, penulis lirik: Habsah Hassan)
  6. "Aku Skandal" (Hujan)
    (komposer/penulis lirik: Noh)
  7. "Enjut" (Noraniza Idris)
    (komposer: Cat Farish, penulis lirik: Ahmad Fedtri Yahya)
  8. "Gila" (Mila)
    (komposer: Audi Mok, penulis lirik: Nur Fatimah)
  9. "Dan Sebenarnya" (Yuna)
    (komposer/penulis lirik: Yuna, Paan, Efry, Adil)
  10. "Raja Gelek" (One Nation Emcees)
    (komposer: Damien Mikhail, penulis lirik: One Nation Emcees)
  11. "Bertamu di Kalbu" (Jaclyn Victor)
    (komposer/penulis lirik: Anjang)

13 November [sunting]

  1. "Aurora" (Estranged)
    (komposer/penulis lirik: Estranged)
  2. "Seadanya Aku" (Nubhan)
    (komposer: Sharon Paul, penulis lirik: Azalea)
  3. "Tahu Tak Tau Joget" (Jinbara)
    (komposer: Anak Jin, Palut; penulis lirik: Anak Jin)
  4. "Ku Pinjam Satu Bintang" (Alyah & Riz)
    (komposer: Ajai, penulis lirik: Slen)
  5. "Fikirlah" (Aizat)
    (komposer/penulis lirik: Anas)
  6. "Khatimah Cinta" (6ixth Sense)
    (komposer/penulis lirik: 6ixth Sense)
  7. "Pakai Buang" (Stacy)
    (komposer/penulis lirk: Edry)
  8. "Bengang" (Akim)
    (komposer: Amir, penulis lirik: Sheikh Qalam)
  9. "Aku Rindu Sayang Kamu" ( Black Hanafiah)i
    (komposer/penulis lirik: Yuzai)
  10. "Cinta Gila" (Grey Sky Morning) ii
    (komposer: Sharnizad dan Hafizall penulis lirik: Hafizal)
  11. "Benar-Benar" (Adam)
    (komposer/lirik: Edry Abdul Halim)

20 November [sunting]

  1. "Situasi" (Bunkface)
    (komposer/penulis lirik: Sam Baharom)
  2. "Rindu Terhenti" (Tomok)
    (komposer: Aubrey Suwito, penulis lirik: Tinta S)
  3. "Patri" (Jinbara)
    (komposer/penulis lirik: Anjang)
  4. "Masih Jelas" (Hafiz) iii
    (komposer: Aidit Alfian, penulis lirik: Ad Samad)
  5. "Pergi" (Aizat)
    (komposer: Pete Teo/lirik: Amran Omar)
  6. "Ketika Ini" (Estranged)
    (komposer/penulis lirik: Estranged)
  7. "Bencinta" (Shila Amzah) iv
    (komposer: Audi Mok, penulis lirik: Faizal Tahir)
  8. "Cinta Adam dan Hawa" (Misha Omar)
    (komposer: Azmeer, penulis lirik: Loloq)
Nota
  • ^i  Lagu ini asalnya dicipta dalam rentak dangdut dan sepatutnya dirakamkan oleh Mas Idayu, namun diberikan kepada Black Hanafiah dengan gubahan baru setelah penyanyi itu menjadi mentornya.
  • ^ii  Lagu ini menggantikan "Pari-Pari Di Bawah Angin" (Meet Uncle Hussain) yang terpaksa menarik diri kerana kegagalan mewujudkan persefahaman antara bekas vokalis Lan dan ahli-ahli sedia ada untuk bersatu semula mendendangkan lagu ini.[5]
  • ^iii  Lagu ini sepatutnya dipersembahkan pada malam 13 November tetapi Hafiz terpaksa menangguhkannya ke malam 20 November atas sebab adanya "komitmen lain".[6]
  • ^iv  Penyanyi asal lagu ini, Faizal Tahir, tidak dapat hadir kerana terlantar di hospital akibat mengalami jangkitan kuman pada paru-paru.[7]

Anugerah Juara Lagu [sunting]

Acara kemuncak AJL ke-24 berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 10 Januari 2010. Cheryl Samad, Faizal Ismail dan Ally Iskandar sekali lagi digandingkan sebagai pengacara.

Acara AJL 24 bermula dengan sedutan 'Red Carpet' pada pukul 7.30 malam, diikuti dengan upacara sebenar bermula pukul 9 malam.

Lagu pembukaan majlis ialah Juara Lagu tahun sebelumnya, "Lagu Untukmu" nyanyian Dato' Siti Nurhaliza dan Azlan & the Typewriter (Azlan ialah bekas vokalis Meet Uncle Hussain, penyanyi asal lagu ini).

Turutan persembahan lagu-lagu yang bertanding adalah seperti berikut.

  1. "Aurora" (Estranged)
    (komposer/penulis lirik: Estranged)
  2. "Tak Mungkin Kerna Sayang" (Alyah)
    (komposer: Ajai, penulis lirik: Habsah Hassan)
  3. "Cinta Adam dan Hawa" (Misha Omar)
    (komposer: Azmeer, penulis lirik: Loloq)
  4. "Masih Jelas" (Hafiz) ii
    (komposer: Aidit Alfian, penulis lirik: Ad Samad)
  5. "Situasi" (Bunkface)
    (komposer/penulis lirik: Sam Baharom)
  6. "Pakai Buang" (Stacy)
    (komposer/penulis lirk: Edry)
  7. "Pergi" (Aizat)
    (komposer: Pete Teo/lirik: Amran Omar)
  8. "Aku Skandal" (Hujan)
    (komposer/penulis lirik: Noh)
  9. "Rindu Terhenti" (Tomok)
    (komposer: Aubrey Suwito, penulis lirik: Tinta S)
  10. "Aku Rindu Sayang Kamu" ( Black Hanafiah)
    (komposer/penulis lirik: Yuzai)
  11. "Bengang" (Akim)
    (komposer: Amir, penulis lirik: Sheikh Qalam)
  12. "Dan Sebenarnya" (Yuna)
    (komposer/penulis lirik: Yuna, Paan, Efry, Adil)
  13. "Kau Aku" (Aizat)
    (komposer/penulis lirik: Aizat)
  14. "Bencinta" (Faizal Tahir)
    (komposer: Audi Mok, penulis lirik: Faizal Tahir)

Sebelum keputusan diumumkan, para penonton disajikan dengan medley yang meraikan tema AJL kali ini, iaitu peralihan industri muzik berkumpulan di Malaysia dari zaman pop-yeh-yeh 1960-an hingga gelombang indie 2000-an.

Pemenang-pemenang diumumkan seperti berikut:

Faizal Tahir, Yuna dan rakan-rakan, Aizat & Black bersama-sama trofi masing-masing
  • Juara Lagu: "Pergi" – Aizat (RM 35,000 dan trofi)
  • Naib Juara Lagu: "Dan Sebenarnya" – Yuna (RM 15,000 dan trofi)
Faizal ahir semasa mempersembahkan lagu Bencinta

Pemilihan pemenang Juara Lagu, Naib Juara Lagu dan Tempat Ketiga dibuat 70% sebelum persembahan dan 30% berdasarkan persembahan pada malam pertandingan. Sementara untuk anugerah Persembahan dan Vokal Terbaik, pemilihan dibuat berdasarkan persembahan pada malam pertandingan.

Sambutan [sunting]

Menurut sumber kajian AGB Nielsen, siaran langsung AJL24 berjaya mencatat jumlah penontonan sebanyak 4.6 juta atau 68.3% jumlah penonton pada waktu tayangannya. Selain itu, siaran langsung ini juga disambut hangat di Internet dengan sebanyak 20 ribu pelayar menyaksikan penstriman AJL24 dan paparan Di Sebalik Tabir, menjadikannya antara acara yang paling banyak ditonton di Asia Tenggara (sumber Octoshape Infinite Edge Internet Media); sebanyak 30% penonton Internet berasal dari luar Malaysia.[8]

Rujukan [sunting]

  1. 1.0 1.1 Li Ee Kee. "Siapa Berjaya Mara Ke AJL 24?", gua.com.my, 21 November 2009. Dicapai pada 21 November 2009. 
  2. 2.0 2.1 Wahida Asrani. "AJL24 bertanding tanpa kategori", mStar, 24 Oktober 2009. Dicapai pada 21 November 2009. 
  3. Siti Azira Abd Aziz. "AJL24: ‘Music Unfolds’ Rai Era Muzik 60-an, 70-an, 80-an Dan 2000", mStar, 17 Disember 2009. Dicapai pada 21 Disember 2009. 
  4. Li Ee Kee. "AJL24 Menelan Bajet RM2 juta", gua.com.my, 16 Disember 2009. Dicapai pada 21 Dis 2009. 
  5. "MUH Tarik Diri Muzik-Muzik Separuh Akhir!", gua.com.my, 28 Oktober 2009. Dicapai pada 21 November 2009. 
  6. "Giliran Hafiz Ke Separuh Akhir Muzik-Muzik", gua.com.my, 18 November 2009. Dicapai pada 21 November 2009. 
  7. "Pemeriksaan Awal Faizal Tahir Dapati 'Lung Infection'", gua.com.my, 20 November 2009. Dicapai pada 21 November 2009. 
  8. "AJL24 Cecah Rekod 5 Juta Penonton", gua.com.my, 14 Januari 2010. Dicapai pada 16 Januari 2010.