Anugerah Juara Lagu ke-16

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anugerah Juara Lagu
ke-16
Tarikh30 Disember 2001
TempatAuditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Shah Alam
PengacaraAidil Abd. Ghafar
Zalina Azman
Tempoh Tayangan2 jam 30 minit
Juara Lagu"Mimpi Laila"
  • ← 2000
  • 2002 →


Anugerah Juara Lagu 2001 atau Juara Lagu 2001 ialah pertandingan yang membariskan lagu-lagu Melayu untuk dinobatkan sebagai "Juara Lagu" bagi tahun 2001. Anugerah Juara Lagu ke-16 mengekalkan pengacara dan lokasi yang sama dari tahun sebelumnya dan diadakan pada 30 Disember 2001. Jika pada tahun sebelumnya, Anugerah Juara Lagu diadakan sebelum bulan Ramadhan dan Aidilfitri, tetapi Juara Lagu 2001 diadakan selepas Ramadhan dan Aidilfitri.

Finalis[sunting | sunting sumber]

Untuk melihat senarai semi-finalis untuk Juara Lagu ke 16 , sila lihat Separuh Akhir Muzik Muzik 16.

Untuk merujuk senarai penuh finalis sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai lagu finalis Anugerah Juara Lagu.

Berikut adalah senarai finalis mengikut turutan giliran persembahan yang berentap di AJL ke-16:

Kategori Tajuk Lagu Komposer Penulis Lirik Penyanyi Petikan Album Label Keputusan
Pop Rock "Marilah Maria" Ahmad Ridzuan Abdul Aziz (Masterpiece) Ahmad Ridzuan Abdul Aziz (Masterpiece) Kumpulan Def Gab C "Remifasolatido"[1] Sony Music - BMG Finalis
Balada "Percayalah" Mohd Faizal Maas (Ajai) Siti Nurhaliza Siti Nurhaliza "Safa" [2] Suria Records Finalis
Etnik Kreatif "Desa Tercinta" Johan Nawawi Lukhman Abdul Kadir (Lukhman S) Nora Ariffin "Kirana" [3] Sony Music - BMG Finalis
Pop Rock "Bahagia" Mohd Faizal Maas (Ajai) Syed Zahiruddin Wan Ahmad (Syed ENV) Dayang Nurfaizah "Seandainya Masih Ada Cinta" [4] Universal - MVM / Broadway Ent. / EMI Finalis
Balada "Andainya Aku Bersuara" Azhar Abu Bakar (Azmeer) Azhar Abu Bakar (Azmeer) Liza Hanim "Istimewa" [5] Suria Records Finalis
Etnik Kreatif "Ya Maulai" Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) Hairul Anuar Harun Siti Nurhaliza "Sahmura" [6] Suria Records Persembahan Terbaik
Pop Rock "Maafkanku" Aidit Alfian
Mohd Faizal Maas (Ajai)
Aidit Alfian Ajai & Nurul "Sehati Sejiwa" [7] Warner Music Finalis
Balada "Menyemai Cinta Bersamamu" Azlan Abu Hassan Ishak Ahmad (Ucu) Nora Ariffin "Kirana" [8] Sony Music - BMG Finalis
Etnik Kreatif "Mimpi Laila" Yasin Sulaiman Yasin Sulaiman Yasin Sulaiman "Mimpi Laila" [9] Warner Music Juara
Juara Kategori
Pop Rock "Engkau Bagaikan Permata" Yap Yu Pit (Helen Yap) Sham Amir Hussain
Siti Nurhaliza
Siti Nurhaliza "Pancawarna" [10] Suria Records Juara Kategori
Balada "Seandainya Masih Ada Cinta" Mohd Faizal Maas (Ajai) Syed Zahiruddin Wan Ahmad (Syed ENV) Dayang Nurfaizah "Seandainya Masih Ada Cinta" [11] Universal - MVM / Broadway Ent. / EMI Juara Kategori
Etnik Kreatif "Raikan Cinta" Mohamad Nasir Mohd (M. Nasir) Mohamad Nasir Mohd (M. Nasir) M. Nasir "Phoenix Bangkit" [12] Warner Music - Luncai Emas Finalis

Pemenang[sunting | sunting sumber]

  • Juara Lagu: "Mimpi Laila" (Yassin/Yassin/Yassin)
  • Juara Kategori:
    • Etnik Kreatif: "Mimpi Laila" (Yassin/Yassin/Yassin)
    • Balada: "Seandainya Masih Ada Cinta" (Dayang Nurfaizah/Ajai/Syad ENV)
    • Pop Rock: "Engkau Bagaikan Permata" (Siti Nurhaliza/Helen Yap/Sham Amir Hussain/Siti Nurhaliza)

Jemaah Juri[sunting | sunting sumber]

  • Dato Johari Salleh (Ketua Juri)
  • Professor Hannafi Mohd Imam
  • Habsah Hassan
  • Ooi Eow Jin
  • Abdul Jalil Salleh (Juwie)
  • Irene Savaree
  • Lim Swee Tin
  • Zuraida Atan (Pemeriksa Kira Kira Dalaman MRCB)

Untuk merujuk senarai penuh juri-juri yang pernah dilantik sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai Jemaah Juri Anugerah Juara Lagu.

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Kemenangan Yassin bagi juara keseluruhan Juara Lagu menjadikan beliau penyanyi/pencipta lagu/penulis lirik kedua selepas M. Nasir yang menang dengan lagu nyanyian/ciptaan/lirik sendiri.
  • Buat julung kalinya penjurian di AJL menggunakan Sistem Pesanan Ringkas SMS (untuk kategori Persembahan Terbaik sahaja) iaitu 30% SMS dan 70% Juri Profesional. Penonton hanya boleh mengundi menerusi SMS semasa artis membuat persembahan sahaja. Ini memberikan peluang sama rata kepada artis pertama dan artis terakhir yang membuat persembahan sekaligus mengelakkan ketidakadilan berlaku kepada artis yang mempunyai giliran persembahan di akhir-akhir siaran.
  • Dayang Nurfaizah yang muncul pertama kali untuk beraksi pada Anugerah Juara Lagu berjaya memenangi kategori balada yang sememangnya menjadi tumpuan dan menjanjikan saingan sengit dari pencabar terdekat beliau seperti Siti Nurhaliza, Liza Hanim dan Nora.
  • Setelah 3 edisi sejak AJL 1998, maka Def-Gab-C mewakili kumpulan muzik (band) layak ke AJL kali ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]