Anugerah Juara Lagu ke-26

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anugerah Juara Lagu
ke-26
Tarikh29 Januari 2012
TempatStadium Putra Bukit Jalil
PengacaraFaizal Ismail dan Cheryl Samad
Tempoh Tayangan3 jam
Juara LaguAwan Nano
  • ← 2010
  • 2012 →

Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) ialah konsert dan majlis penghargaan tahunan bagi karya muzik Malaysia yang diperkumandangkan dalam carta Muzik Muzik TV3 musim 2011.

AJL26 dijuarai oleh lagu "Awan Nano", lagu gubahan Datuk M. Nasir dengan seni kata Budi Hekayat, nyanyian Hafiz Suip.

Am[sunting | sunting sumber]

Tema penganjuran AJL26 bercogan kata "Alunan Muzik Bergelora"[1] yang mengetengahkan unsur air, terutamanya dalam promo-promo yang memperlihatkan . Seperti biasa, 30 buah lagu yang meraih markah tertinggi dalam carta Muzik-Muzik 26 sepanjang tahun 2011 dilayakkan ke Separuh Akhir untuk dinilai semula untuk mencari 12 buah lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu. Inilah kali ketiga lagu-lagu terlibat tidak dibahagikan kepada kategori setelah pengkategorian dimansuhkan pada musim 2009 gara-gara kelesuan kategori Irama Malaysia dan Etnik Kreatif. Perubahan yang paling ketara dalam penganjuran AJL kali ini ialah peningkatan bilangan juri kepada 30 orang yang terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu 20 orang menilai lagu sebelum hari pertandingan dan 10 lagi menilai lagu dan persembahan pada malam pertandingan. Dari segi penyanyi lagu, Jaclyn Victor mengganti Anuar Zain sebagai penyanyi "Sedetik Lebih" dalam Separuh Akhir dan AJL.

Dengan Celcom sebagai penaja utama, satu anugerah khas baru diperkenalkan iaitu "Anugerah Juara Mobile Celcom" untuk mengiktiraf lagu yang telah mendapat muat turun Nada Dering Pemanggil (Call-Me-Tones) terbanyak melalui khidmat muat turun The Cube yang dikendalikan oleh Celcom.[2]

Muzik-Muzik Separuh Akhir[sunting | sunting sumber]

Konsert Muzik-Muzik Separuh Akhir disiarkan pada tiga malam Jumaat berturut-turut pada 18, 25 November dan 2 Disember 2011, jam 9 malam[3], bersiaran langsung dari Sri Pentas 2, Shah Alam.

Lihat di sini untuk senarai lengkap penyertaan Separuh Akhir Muzik Muzik 26,

Anugerah Juara Lagu[sunting | sunting sumber]

Malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-26 diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil pada 29 Januari 2012. Upacara membuka tirai dengan persembahan "Senandung Semalam" oleh Jamal Abdillah, "Bujang Senang" oleh Awie, dan "Warna" oleh Datuk Sheila Majid. Lagu-lagu yang layak dinilai oleh 30 orang juri yang terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu 20 orang yang menilai lagu dengan mendengar rakaman lagu-lagu berkenaan sebelum malam pertandingan dan memberikan 80 peratus markah, dan 10 orang yang menilai lagu dan persembahan pada malam anugerah dan memberikan 20 peratus markah.[4]

Urutan persembahan adalah seperti berikut:

  1. "Wanita Seluruh Dunia"
  2. "Sedetik Lebih"
  3. "Kekanda Adinda"
  4. "Gadis Semasa"
  5. "Kalau Berpacaran"
  6. "Cinta Muka Buku"
  7. "Karma"
  8. "Kisah Hati"
  9. "Sungai Lui"
  10. "Penakut"
  11. "Awan Nano"
  12. "Beribu Sesalan"

Sebelum keputusan diumumkan, acara diserikan dengan persembahan tribut kepada Allahyarham Sudirman yang terdiri daripada "Hidup Sederhana" oleh Black, "Balik Kampung" oleh Hazama AF9 , "Chow Kit Road" oleh Azlan & The Typewriter dan "Salam Terakhir" nyanyian bersama ketiga-tiga seniman.

Finalis[sunting | sunting sumber]

Keputusan[sunting | sunting sumber]

Anugerah Utama[sunting | sunting sumber]

  • Persembahan Terbaik: "Kisah Hati" (Alyah), membawa pulang trofi dan wang tunai RM10,000
  • Vokal Terbaik: "Awan Nano" (Hafiz), membawa pulang trofi dan wang tunai RM10,000
  • Tempat ketiga: "Karma" (Faizal Tahir; lagu/lirik: Audi Mok dan Faizal Tahir), membawa pulang trofi dan wang tunai RM12,000
  • Naib juara: "Beribu Sesalan" (3 Suara; lagu Kevin Chin, lirik: Tinta), membawa pulang trofi dan wang tunai RM15,000
  • Juara: "Awan Nano" (Hafiz; lagu: M. Nasir, lirik: Budi Hekayat), membawa pulang trofi dan wang tunai RM35,000

Anugerah sampingan[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah Juara Mobile Celcom : "Sedetik Lebih" (Anuar Zain) - Edry Abdul Halim (pemenang ditentukan dengan jumlah muat turun nada dering Celcom)
  • Anugerah Video Parodi AJL Pilihan : "Pulangkan" (Misha Omar) - Peserta : Muhammad Aliff (pemenang ditentukan dengan undian SMS dan laman web)

Ringkasan Penyertaan[sunting | sunting sumber]

Untuk merujuk senarai penuh finalis sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai lagu finalis Anugerah Juara Lagu.

Berikut adalah senarai finalis mengikut turutan giliran persembahan yang berentap di AJL ke-26:

Giliran Tajuk Lagu Kedudukan Terbaik Carta MM Komposer Penulis Lirik Penyanyi Petikan Album Label Keputusan
1 "Wanita Seluruh Dunia" 5 Clifford Hugh Joseph (Boy Clifford/Cliff Umar)
Edrie Hashim
Clifford Hugh Joseph (Boy Clifford/Cliff Umar) Kumpulan Projek Pistol "Stereo Andromeda" [5] LIFE Records - Neo Worldwide Entertainment Finalis
2 "Sedetik Lebih" 3 Edry Abdul Halim Anuar Zain (digantikan oleh Jaclyn Victor) "Runut Bunyi Filem Hikayat Merong Mahawangsa" [6] KRU Records
3 "Kekanda Adinda" 3 Khairil Ridzwan Anuar (Monoloque) MonoloQue
Atilia Haron
"Hikayat Halimunan Abad Ke-21: Jejak Tanah" [7] Universal Music - Penerbitan Pancasona[8]
4 "Gadis Semasa" 4 Yunalis Zarai Yuna Zarai
Kumpulan The Palauan
"Decorate" [9] Fantasia Music City - Laguna Music / Yuna Room Records
5 "Kalau Berpacaran" 1 Sohaimi Mior Hassan
Ana Nurhidayah Mohd Raffali (Ana Raffali)
Sohaimi Mior Hassan
Ana Nurhidayah Mohd Raffali (Ana Raffali)
Ahmad Abdul Rahman (Altimet)
Sohaimi Mior Hassan
Ana Raffali
Altimet
"Kalau Berpacaran...The Album" [10] Warner Music - Tele-infa Teknologi Sdn Bhd
6 "Cinta Muka Buku" 1 Imratul Najwa binti Abdul Latif (Najwa Latif) Iqhwatul Syafika binti Abdul Latif (Ika Latif) Najwa Latif ▷ ; kemudian dimuatkan dalam "Najwa Latif" (2012) [11] NAR Records - Fantasia Music City
7 "Karma" 1 Mok Chuang Yew (Audi Mok)
Faizal Tahir
Faizal Tahir Faizal Tahir
Kumpulan Royal FT Force
"Adrenalin" [12] Universal Music - Monkey Bone / EMI Ketiga
8 "Kisah Hati 1 Adi Priyo Sambodo (Manusia Putih) Alyah "Kisah ♥" [13] △ - Like Music Sdn Bhd Persembahan Terbaik
9 "Sungai Lui" 1 Aizat Amdan
Anas Amdan
Aizat Amdan "Urusan Aizat Amdan" [14] Erama Records - Kasi Gegar Entertainment Finalis
10 "Penakut" 3 Yunalis Zarai Yuna Zarai
Kumpulan The Palauan
"Decorate" [15] Fantasia Music City - Laguna Music / Yuna Room Records
11 "Awan Nano" 1 Mohamad Nasir Mohamed (M. Nasir) Hasmi Hashim (Budhi Hekayat) Hafiz Suip "Masih Jelas" [16] Warner Music - Astro Entertainment Juara
Vokal Terbaik
12 "Beribu Sesalan" 1 Kevin Chin Shathesh Raj A/L Ramachandran (Tinta S) Kumpulan 3 Suara
(Ning Baizura
Jaclyn Victor
Shila Amzah)
"3 Suara" [17] Sony Music Naib Juara

Jemaah Juri[sunting | sunting sumber]

  • Azmeer (Ketua Juri)
    • Aubrey Suwito
    • Sharon Paul
    • Damien Seet (Damien Mikhail)
    • Cat Farish
    • Fauzi Marzuki
    • Johan Nawawi
    • Rozi Abdul Razak
    • Roslen Fadzil
    • Osman Ali
    • Hafiz Hamidun
    • AG Coco
    • Din Hormatov
    • Helen Yap
    • Jennifer Thompson
    • Faizal Uzir (Lok U)
    • Khairil Johari Johar
    • Azhar Borhan
    • Mohd Faizal Maas (Ajai)
    • Nik Mustaza (Taja)
    • Hang Dimas

Untuk merujuk senarai penuh juri-juri yang pernah dilantik sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai Jemaah Juri Anugerah Juara Lagu.

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Mengikut laporan penontonan yang dikeluarkan oleh AGB Nielsen Malaysia pada 31 Januari 2012, AJL mencipta rekod baru dengan meraih kadar tontonan pukal keseluruhan seramai 6.5 juta penonton serta takat penonton tertinggi sebanyak 5 juta (24.9 TVR) atau 71.6%, iaitu yang tertinggi bagi sesebuah terbitan acara hiburan dalam sejarah televisyen Malaysia. Selain itu, jumlah penonton AJL26 di Internet adalah 118,864 kali, iaitu 42% lebih berbanding AJL25, apatah lagi tapak web rasmi AJL26 turut mencatat peningkatan kunjungan sebanyak 37% dari tahun lalu kepada 113,356 kunjungan unik.[18] Rekod tontonan tertinggi dalam sejarah AJL ini dipegang sehingga kini (2016).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Alunan muzik bergelora di AJL26 Diarkibkan 2012-02-09 di Wayback Machine, Tupai.com.my, 6 Jan 2012. Dicapai pada 31 Jan 2012.
  2. ^ Anugerah Juara Lagu 26 : Alunan Muzik Bergelora, TV3, 9 Jan 2012. Dicapai pada 29 Jan 2012.
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-26. Dicapai pada 2011-10-27.
  4. ^ Komposer, finalis sambut baik, Kosmo!, 28 Jan 2012. Dicapai pada 29 Jan 2012.
  5. ^ https://music.apple.com/us/album/stereo-andromeda/558159405
  6. ^ https://www.last.fm/music/Anuar+Zain/Soundtrack+Hikayat+Merong+Mahawangsa
  7. ^ https://music.apple.com/my/album/hikayat-halimunan-abad-ke-21-jejak-tanah/1469578828
  8. ^ https://www.youtube.com/watch?v=N2knlTJjCK4
  9. ^ https://www.discogs.com/Yuna-Decorate/release/3675425
  10. ^ https://www.discogs.com/Sohaimi-Mior-Hassan-Kalau-BerpacaranThe-Album/release/10693745
  11. ^ https://www.allmusic.com/album/najwa-latif-mw0003383646
  12. ^ https://www.discogs.com/Faizal-Tahir-Adrenalin/release/7646731
  13. ^ http://khazanah-muzik.blogspot.com/2012/04/alyah-kisah-hati.html
  14. ^ https://www.discogs.com/Aizat-Urusan-Aizat-Amdan/release/9192992
  15. ^ https://www.discogs.com/Yuna-Decorate/release/3675425
  16. ^ http://khazanah-muzik.blogspot.com/2012/05/hafiz-masih-jelas-2009.html
  17. ^ https://www.discogs.com/Jaclyn-Victor-Ning-Baizura-Shila-Amzah-3-Suara/release/11202958
  18. ^ Rating AJL 26 Cecah Rekod 6.5 Juta Penonton, Sensasi Selebriti, 31 Jan 2012. Dicapai pada 31 Jan 2012.