Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anugerah Piala Dunia FIFA diberi kepada pemain dan pasukan cemerlang dalam setiap kejuaraan Piala Dunia. Terdapat 4 anugerah individu, iaitu Kasut emas, Bola Emas, Anugerah Yashin dan Pemain Muda Terbaik serta 2 anugerah pasukan, iaitu Anugerah Permainan Bersih dan Pasukan Paling Menarik. Di samping itu, FIFA juga menyusun satu Pasukan Bintang Pilihan bagi setiap kejuaraan.
Anugerah Kasut Emas diberi kepada penjaring gol terbanyak dalam Piala Dunia FIFA.
Anugerah ini diberi kepada pemain terbaik dalam satu kejuaraan Piala Dunia, dengan satu senarai pendek oleh jawatankuasa teknikal FIFA dan pemenang diundi oleh wakil daripada media. Anugerah Bola Perak dan Bola Gangsa juga diberi kepada para pemain yang ke-2 dan ke-3 terbaik.
Anugerah ini diperkenalkan sejak 1982.
[sunting] Anugerah Yashin
Anugerah Yashin dianugerahkan kepada penjaga gol terbaik dalam satu kejohanan Piala Dunia. Anugerah ini dinamakan sempena penjaga gol Kesatuan Soviet terkenal, Lev Yashin.
[sunting] Piala Permainan Bersih FIFA
Anugerah ini diberi kepada pasukan yang mempunyai rekod permainan bersih terbaik semasa kejohanan Piala Dunia. Hanya pasukan yang layak ke pusingan kedua akan dipertimbangkan. Pemenang anugerah ini akan memperolehi Piala Permainan Bersih FIFA, satu diploma, satu pingat permainan bersih untuk setiap pemain dan pegawai, serta barangan bola sepak bernilai $50,000 untuk digunakan dalam pembangunan belia.
[sunting] Pasukan Paling Menarik
Pasukan yang paling menarik hati dan minat para peminat dianugerahkan anugerah ini. Anugerah ini ditentukan oleh undian peminat dalam internet.
|
|
|
|
| Pertandingan |
|
|
| Rencana lain |
|
|
|
1Tiada perlawanan akhir Piala Dunia rasmi pada 1950. 2Tiada pusingan kelayakan kerana tempat diberi berdasarkan jemputan.
|
|
|
|
|
|
|
|
| Asia |
|
|
|
| Afrika |
|
|
| Amerika Utara |
|
|
| Amerika Selatan |
|
|
| Oceania |
|
|
| Eropah |
|
|
| Bukan FIFA |
|
|
Ralat petik: Tag <ref> ada tetapi tag <references/> tidak disertakan