Anugerah perkhidmatan cemerlang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Anugerah khidmat cemerlang adalah anugerah yang diberikan kepada seseorang anggota tidak kira sama ada mereka berada di bawah Sistem Saraan Baru (SSB) atau Sistem Saraan Malaysia (SSM) bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan kerana kualiti/kuantiti sumbangannya melebihi daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya. Penghargaan ini juga bertujuan menjadikan anggota berkenaan sebagai contoh dan daya penarik kepada lain-lain anggota untuk sama-sama meningkatkan lagi taraf perkhidmatan demi mencapai matlamat organisasi.

Had siling pemberian Anugerah khidmat cemerlang ialah tidak melebihi 8% jumlah anggota dalam sesebuah organisasi pada 31 Disember tahun penilaian.

Kriteria[sunting | sunting sumber]

  1. Mendapat prestasi 85% ke atas;
  2. Telah disahkan ke dalam jawatan;Anggota mestilah bebas daripada dikenakan sebarang tindakan tatatertib;
  3. Anggota yang telah dinaikkan pangkat hendaklah berkhidmat tidak kurang dari tiga (3) tahun dengan tahun permulaan pertama yang diambil kira adalah pada tahun berikutnya; iaitu sebagai misalannya seperti berikut :.
    1. anggota yang mendapat kenaikan pangkat pada 1.1.1998, hanya akan dipertimbangkan dalam tahun 2001 untuk penganugerahan pada Disember 2001;
    2. begitu juga jika tarikh naik pangkat anggota ialah 1.7.1998, anggota juga layak dipertimbangkan dalam tahun 2001 untuk penganugerahan pada Disember 2001 dan;
  4. Anggota yang telah mendapat Anugerah Khidmat Cemerlang hendaklah berkhidmat tidak kurang dari selama lima (5) tahun perkhidmatan dengan tahun permulaan pertama diambil kira adalah pada tahun berikutnya, sebagai misalannya seperti berikut:-
"Anggota yang mendapat Anugerah Khidmat Cemerlang pada Disember 1996, akan dipertimbangkan dalam tahun 2002 untuk penganugerahan pada Disember 2002"

Hadiah[sunting | sunting sumber]

Hadiah bagi penerima Anugerah Khidmat Cemerlang seperti berikut:

  1. Sijil Perkhidmatan Cemerlang
  2. Hadiah Prestasi sebanyak RM1000.00