Anupong Paochinda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anupong Paochinda
อนุพงษ์ เผ่าจินดา
Menteri Dalam Negeri
Memegang jawatan
30 Ogos 2014
Perdana MenteriPrayut Chan-o-cha
Didahului olehCharupong Ruangsuwan
Panglima Tentera Darat Thai
Dalam jawatan
1 Oktober 2007 – 30 September 2009
Didahului olehSonthi Boonyaratglin
Digantikan olehPrayut Chan-o-cha
Butiran peribadi
Lahir (1949-10-10) 10 Oktober 1949 (umur 74)
Bangkok, Thailand
KerakyatanThai
Parti politikIndependent
PasanganKunlaya Paochinda
Perkhidmatan ketenteraan
KesetiaanThailand
Perkhidmatan/
cawangan
Tentera Darat Diraja Thai
Tahun perkhidmatan1972 - 2010[1]
PangkatJeneral

Jeneral Anupong Paochinda (lahir 10 Oktober 1949) adalah mantan Panglima Tentera Darat Thai dari tahun 2007 hingga bersara pada 30 September 2010.

Sewaktu berpangkat Leftenan Jeneral merangkap Panglima Wilayah Tentera Darat 1, Anupong telah dilantik sebagai ahli Majlis Keselamatan Negara, iaitu kumpulan yang membuat rampasan kuasa di Thailand 2006 dan menggulingkan kerajaan sementara Perdana Menteri Thaksin Shinawatra.

Selepas rampasan kuasa tahun 2014, Anupong menjadi penasihat kepada junta yang menggelarkan dirinya "Majlis Negara bagi Keamanan dan Ketenteraman" (NCPO), dan pada Ogos 2014 menjadi Menteri Dalam Negeri dalam kerajaan pasca kudeta Jeneral Prayut Chan-o-cha.

Kehidupan[sunting | sunting sumber]

Anupong belajar di Sekolah Phanthasuksa Pitthaya Bangkok pada tahun 1965 dan Sekolah Thailand-British 1966, pendidikan militari dari Akademi Persediaan Angkatan Tentera Thailand pada 1967 (Class 10) dan Akademi Tentera Diraja Chulachomklao pada 1972 (Kelas 21), serta sarjana ilmu politik dari Universiti Ramkhamhaeng (1993), dan sarjana pwentadbiran dari Universiti Pertahanan Nasional Thailand (Kelas 26) 2004.

Anupong pernah menjadi komandan Rejimen Ke-21 Infantri yang ditugaskan melindungi Permaisuri Sirikit. Anupong dipilih oleh Jemaah Menteri Thailand dilantik menjadi Panglima Tentera Darat Diraja Thai pada 19 September 2007 oleh Raja Thailand Bhumibol Adulyadej 1 Oktober 2007.

Anupong menikah dengan Kunlaya Paochinda dan memiliki dua anak, Yutthaphong Paochinda dan Wimalin Paochinda.

Pada 2 Oktober 2008, Perdana Menteri Thailand Samak Sundaravej menuntut agar pemberontakan jalan ditamatkan.

Pada 14 Januari 2010, Anupong menamatkan kuasa Mejar Jeneral Khattiya Sawasdipol ekoran kontroversial "Seh Daeng" bahawa Khattiya secara terbuka terjebak dengan Front Persatuan Nasional Demokrasi Melawan Kediktatoran ,pendukung Thaksin Shinawatra dan melanggar disiplin militer. Keesokan harinya, pejabat Anupong diserang dengan peluncur granat M79 dengan sedikit kerosakan.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.ratchakitcha.soc.go.th/DATA/PDF/2557/B/024/9.PDF
  2. ^ "Explosive rumour is true after all". The Star. 23 Januari 2010.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pegawai tentera
Didahului oleh
Sonthi Boonyaratglin
Panglima Tentera Darat Thai
2007–2009
Diikuti oleh:
Prayuth Chan-ocha

Templat:Royal Thai Army Chiefs