Anuwar Ali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Dr. Anuwar Ali (lahir 1946), merupakan seorang ahli ekonomi dan pakar dalam pengajian tinggi di Malaysia. Beliau kini bertugas sebagai Naib Canselor dan Presiden Universiti Terbuka Malaysia. Pengalamannya yang meluas dalam bidang pendidikan bermula apabila menjadi tutor di Fakulti Ekonomi dan Perniagaan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1973. Dengan penuh tekad dan kesabaran beliau kemudiannya mendapat kenaikan pangkat dan dilantik sebagai Dekan di Fakulti dan akhirnya menjadi Naib Canselor UKM pada 1 Mei 1998. Di samping itu, beliau juga merupakan Pengarah Pengajian Tinggi di Kementerian Pendidikan (1995-1998) dan Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (2001-2003).


Anuwar bin Ali
Canselor University of Cyberjaya
Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia
Dalam jawatan
1 Ogos 2017 – 31 Julai 2020
Digantikan olehSyed Razlan Syed Putra Jamalullail
Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia ke-8
Dalam jawatan
1 Mei 1998 – 1 Mei 2003
Didahului olehMohd Sham Mohd Sani
Digantikan olehMohamed Salleh bin Mohamed Yasin
Butiran peribadi
Lahir1946 (umur 77–78)
Jasin, Melaka
Alma mater
  • Queen's University (BSc)
  • University of Leicester (MSc)
  • University of Kent (PhD)
PekerjaanAhli Akademik & Ahli Ekonomi

Dilahirkan di Jasin, Melaka pada 11 Julai 1946, beliau mendapat pendidikan menengahnya di Melaka High School. Selepas tamat alam persekolahan beliau melanjutkan pelajaran di universiti terkenal iaitu Queen's University of Belfast, United Kingdom di mana beliau dianugerahkan BSc (Econs) pada 1970. Semasa berada di UKM sebagai seorang tutor dan pensyarah, beliau melanjutkan pelajarannya dan memperolehi sarjana dan kedoktoran dari University of Leicester dan University of Kent, Canterbury, United Kingdom.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Malaysia's industrialization : The Quest for Technology, Singapura , Oxford University Press, 1992.
  2. Wajah dan Karisma Anuwar Ali:Rampaian Cetusan Pemikiran Diarkibkan 2011-07-19 di Wayback Machine. Universiti Kebangsaan Malaysia, 2003.