Apam
Apam secara umumnya merujuk kepada makanan yang gebu. Terdapat beberapa jenis kuih yang digelar apam, antaranya kuih apam, apam berkuah dan apam balik, yang terdapat dalam pelbagai bentuk, rupa dan rasa.
Apam berkuah [sunting]
Apam berkuah merupakan sejenis kuih tradisi Melayu Nusantara, yang sesuai dimakan pada waktu petang secara bersantai. Ia merupakan sejenis kuih apam.
Apam berkuah biasanya dimakan dengan mencicahnya kedalam kuah khas yang berempah.
Apam balik [sunting]
Apam balik atau juga dikenali sebagai apom balik, merupakan sejenis kuih tradisi Malaysia dan Singapura, sesuai dimakan pada waktu pagi dan petang secara bersantai. Ia merupakan sejenis kuih apam berkulit tebal yang dibakar dengan lapisan mentega dan ditaburi inti kacang dan jagung di atasnya dan kemudian dilipat dua. Apam balik sedap dimakan panas-panas.
Bahan tepungnya dicampur dengan air soda dan air penaik ibu roti, dimasak di atas belanga tembaga dan dimaniskan dengan taburan gula kasar, kisaran kacang tanah goreng, marjerin dan bahan penambah perisa lain yang sesuai.