Apple III

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Apple III
Pengilang Apple Computer
Diperkenalkan Mei 1980
Ditamatkan April 1984
Harga AS$3,500
CPU Synertek 6502A, 2 MHz
RAM 128 KB yang boleh ditingkatkan sehingga 512 KB,
OS Sistem Pengendalian Canggih Apple (SOS)


Apple III (1980) ialah sebuah komputer peribadi yang direka sebagai pengganti kepada Apple II oleh Apple Computer Inc. tetapi kurang berjaya. Disasarkan pada para pengguna perniagaan, ia dijual dari bulan Mei 1980 sehingga ditamatkan pada tahun 1984. Kerja reka bentuk dimulakan pada akhir tahun 1978 di bawah bimbingan Dr. Wendell Sander.

Ciri Apple III[sunting | sunting sumber]

Apple III menonjolkan SOS (Sophisticated Operating System, iaitu Sistem Pengendalian Canggih), sebuah sistem pengendalian yang maju, dan "Apple III BASIC Perniagaan", sebuah pentafsir BASIC. UCSD Pascal juga dibekalkan untuk membolehkan pengaturcaraan yang lebih berstruktur. Ciri-cirinya yang lain termasuk:

Komputer Apple III

Apple III dikuasai oleh SynerTek 6502A, sebuah unit pemprosesan pusat (CPU) 8-bit 2-MHz. Sebagaimana dengan sesetengah mesin yang lebih maju dalam keluarga Apple II, ia menggunakan teknik pensuisan bank untuk mengalamatkan ingatan sehingga 256 KB (512 KB melalui peningkatan perisian pihak ketiga). Apple III ialah keluaran Apple yang pertama yang membenarkan penggunanya memilih kedua-dua fon skrin serta bentangan papan kekunci (sama ada QWERTY atau Dvorak).

Punca kegagalan dalam pasaran[sunting | sunting sumber]

Apple III mengalami kegagalan dalam pasaran, akibat berbagai-bagai alasan seperti yang berikut:

  • Dengan harga permulaan sebanyak sekitar AS$3,500, ia adalah lebih mahal daripada banyak komputer perniagaan berasaskan CP/M yang dijual ketika itu.
  • Perpustakaan perisian Apple III amat terhad.
  • Mesin itu mempunyai banyak pepijat perkakasan dan perisian. Sebagai contoh, jam masa nyata yang merupakan jamnya yang pertama di dalam sebuah komputer Apple, akan gagal selepas digunakan untuk masa yang panjang. Akhirnya, syarikat Apple memilih untuk menghapuskan jam tersebut sama sekali daripada spesifikasinya.
  • Apple III tidak memiliki kipas pendinginan (suatu cadangan Steve Jobs untuk mencapai prestasi yang lebih sunyi, akan tetapi ia akhirnya mengakibatkan banyak kekandasan dan masalah) serta liang udara. Akibatnya, Apple terpaksa menggantikan 14,000 buah mesinnya yang pertama secara percuma.

Apple III Plus[sunting | sunting sumber]

Apple III Plus, versi yang diperbaik, diperkenalkan pada bulan Disember 1983. Bagaimanapun, kempen "Biarkan Saya Memperkenalkan Saya Semula" yang baharu itu tidak dapat menyelamatkan reputasi Apple III yang buruk. Mungkin lebih berkait dalam jangka masa panjang adalah fakta bahawa Apple III pada dasarnya merupakan sebuah komputer Apple II tertingkat — pengganti terbaharu kepada barisan mesin 8-bit yang telah wujud sejak dari tahun 1976.

Pada tahun selepas Apple III diperkenalkan, IBM melancarkan komputer peribadinya yang merupakan sebuah reka bentuk 16-bit yang benar-benar baharu. Berbagai-bagai klonnya yang murah juga turut dijual. Pasaran perniagaan bergerak dengan pantas ke mesin IBM serta klonnya dan pada bulan September 1985, barisan Apple III ditamatkan setelah menjual sekitar 65,000 unit. Steve Wozniak, pengasas bersama Apple, menyatakan bahawa alasan utama bagi kegagalan Apple III adalah bahawa sistem itu direka bentuk oleh bahagian pemasaran Apple, berbeza dengan projek-projek sebelumnya yang didorong oleh bahagian kejuruteraan Apple.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]