Apresiasi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Apresiasi
Album studio oleh Saida dan Sairah
Dikeluarkan pada Mac 2010
Dirakam pada 2009–2010
Syarikat Siti Nurhaliza Productions
Penerbit Aidit Alfian


Apresiasi merupakan album duet yang dipersembahkan oleh Siti Norsaida Tarudin dan Siti Nursairah Tarudin, atau lebih dikenali sebagai Saida dan Sairah, dua daripada adik-beradik Datuk Siti Nurhaliza, dan diterbitkan oleh Siti Nurhaliza Productions sebagai peluang untuk mereka berdua menyerlahkan bakat masing-masing kepada orang awam. Album ini juga dilancarkan sempena ulang tahun ke-15 penglibatan Siti Nurhaliza dalam industri muzik tanahair, oleh itu pelancaran rasminya diadakan serentak dengan Majlis Meraikan Ulangtahun ke-15 Dato’ Siti Nurhaliza di Persada Seni pada 16 April 2010[1] (walaupun sudah berada di pasaran sejak Mac).

Album ini hanya memuatkan enam lagu, iaitu satu lagu duet, dua lagu nyanyian Saida, dua nyanyian Sairah, dan satu lagu yang dinyanyikan oleh mereka berdua bersama Siti Nurhaliza dan dua adik-beradik lelaki, Ali dan Ayie, sebagai dedikasi kepada arwah bapa mereka, Tarudin Ismail, yang meninggal dunia pada 15 Februari 2009.[2]

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

No. Tajuk Lirik Gubahan Masa
1. "Tinta Bukan Luka" (Saida dan Sairah) Ad Samad Alim  
2. "Hero Wayang" (Sairah)      
3. "Sedalamnya Cinta" (Saida)      
4. "Akhir Cinta" (Sairah) PSNN Sharon Paul  
5. "Dicuri Malam" (Saida)      
6. "Kini Dikau Jauh" (Saida, Sairah, Ayie, Ali dan Siti Nurhaliza) Ad Samad Aidit Alfian  

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Budiey Isma (16 April 2010). "Gambar Siti Nurhaliza, Sairah & Saida Lancar Album Apresiasi". Sensasi Selebriti. Diperolehi pada 18 April 2010. 
  2. Shazryn Mohd Faizal (31 Mac 2010). "Apresiasi cara Saida, Sairah". Utusan Malaysia. Diperolehi pada 19 April 2010.