19 April
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari April 19)
| << | April 2013 | >> | ||||
| Ahd | Isn | Sel | Rab | Kha | Jum | Sab |
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
| 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
| 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
| 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
| 28 | 29 | 30 | ||||
| MMXIII | ||||||
19 April merupakan hari ke-109 (hari ke-110 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 256 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa [sunting]
- 1713 - Maharaja Charles VI mengeluarkan Persetujuan Pragmatik untuk memastikan salah seorang puterinya (akhirnya Maria Theresa) akan mewarisi empayar Habsburg.
- 1775 - Perang Revolusi Amerika bermula dengan Pertempuran Lexington dan Concord (gambar) di koloni British Massachusetts.
- 1839 - Pemeteraian Perjanjian London mengakui secara rasmi kemerdekaan Belgium daripada Kemaharajaan Bersatu Belanda.
- 1971 - Stesen angkasa yang pertama, Salyut 1 dilancarkan dari Kosmodrom Baikonur, RSS Kazakh, USSR.
- 1984 - Lagu cinta watan "Advance Australia Fair" gubahan Peter Dodds McCormick, mula dinyanyikan pada 1878, secara rasmi menggantikan "God Save the Queen" sebagai lagu kebangsaan Australia.
- 1989 - Sebuah turet senapang di atas kapal tempur Tentera Laut Amerika Syarikat Iowa meletup, membunuh 47 anak kapal.
- 1995 - Sebutir bom kereta diletupkan di hadapan Bangunan Persekutuan Alfred P. Murrah (gambar) di Bandar Oklahoma, Oklahoma, membunuh 168 orang dan mencederakan lebih 800 lagi.
- 2005 - Joseph Alois Ratzinger menjadi Paus Benedict XVI pada hari kedua sidang sulit paus.
- 2011 - Presiden Nigeria Goodluck Jonathan terpilih semula sebagai presiden.
- 2011 - Tiga tahun selepas turun sebagai Presiden, Fidel Castro meletak jawatan daripada Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Cuba.
- 2012 - India berjaya melancarkan ujian peluru berpandu balistik antara benua Agni-V.
Kelahiran [sunting]
- 1928 - Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah, Yang di-Pertuan Agong ke-9
- 1937 - Joseph Estrada, Presiden Filipina ke-13
- 1978 - Gabriel Heinze, pemain bola sepak Manchester United F.C.
Kematian [sunting]
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||