Ar-Raheeq Al-Makhtum
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| Ar-Raheeq-ul-Makhtum | |
|---|---|
| Pengarang | Safi-ur-Rahman al-Mubarkpuri |
| Negara | India |
| Bahasa | Arab, Urdu |
| Genre | Biografi |
| Penerbit | Darussalaam |
| Jenis media | Cetak (kulit keras) |
| Bil. muka surat | 440 - 600 |
Ar-Raheeq-ul-Makhtum (bahasa Arab/Urdu: الرحيق المختوم ; bermakna "minuman yang termeterai bekasnya") ialah buku sirah (biografi) Nabi Muhammad s.a.w., ditulis dalam bahasa Arab dan Urdu oleh Safi-ar-Rahman Mubarakpuri. Versi Arab buku ini mendapat tempat pertama Pertandingan Seerah Rabitah Alam Islam pada 1979 (1399 H), menewaskan 170 manuskrip lain dalam pelbagai bahasa.[1] Ia telah diterjemah ke dalam bahasa Melayu dengan nama yang sama, "Al-Raheeq Al-Makhtum", lazimnya dengan subjudul seperti "Sirah Nabawiyah" atau "Sirah Nabi".
Tajuk buku ini datangnya dari ayat al-Quran Surah Al-Mutaffifiin: Yusqawna mirraheeq-(in)-makhtum-in (bermakna Mereka diberi minum dari satu minuman yang termeterai bekasnya).[al-Quran 83:25]
Rujukan [sunting]
- ↑ Ar-Raheeq Al-Makhtum - The Sealed Nectar. Dar-us-Salam Publications